Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

January 6, 2011

Susu Badan Boleh Menyebabkan Kanak-kanak Lebih Cerdik!!!

Posted by Azira at 5:01 PM 0 comments
Terbawa post ni bila dok melayari blog seseorang ni... Menarik dengan tajuk ni so decided nak kongsi dengan kengkawan... Benarkah Susu Badan (Ibu) boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik?

Ditulis oleh Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah :

"Memberi susu badan boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik, menurut penyelidikan terbesar penyusuan badan. Walaupun sudah terdapat beberapa kajian sebelumnya yang mengaitkan susu ibu dan IQ tetapi ia diterima secara ragu-ragu kerana perbandingan dibuat diantara ibu yang memilih untuk menyusu badan dan tidak, dan ia lebih bergantung kepada faktor sosial dan intelektual ibu dan bukan dari kebaikkan susu badan itu sendiri.

Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.
“Penyelidikan kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu membuatkan kanak menjadi lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan badan.Kajian awal dikritik kerana cara ia dibuat tetapi untuk membuat penyelidikan secara saintifik yang hanya boleh diterima pakai iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan tidak beretika kerana ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk menyusu badan.

Untuk mengatasi masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic of Belaurus dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang menyusukan badan yang di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka menyusu badan secara eklusif dan lebih lama.
Dalam majalah Archives of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan setelah mengkaji 14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.

Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan keatas perkembangan kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan dari segi kebijaksaan ibu.
Kajian yang di biayai oleh Institutes of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.

Prof k membuat evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.
Keupayaan kognitif kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain.

Pada usia 6.5, kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan penulisan.

“Kesan penyusuan badan terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat. Sementara kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian kami adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan dan intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.

“Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu badan disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan interaksi sosial semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.

Long-chain fatty acids utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth factor I, yang didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawap terhadap perbezaan ini. Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan emosi semasa menyusu yang menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak. Menyusu badan juga meninggikan interaksi diantara ibu dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan kesan positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak..."


So..? Apa lagi?? Let's breastfeed our child..!

June 14, 2010

Dania Dah 4 Bulan...

Posted by Azira at 8:43 AM 0 comments
Dania sekarang dah masuk 4 bulan.... Tapikan masih belum boleh meniarap lagi... Berat agaknya.. Danish dulu 3 bulan dah meniarap.. Dania ni dh pandai bersembang tapi kedekut nak gelak.. Suka hisap jari... Tapi mommy bersyukur, walaupun Dania beratnya lebih dari orang lain, dia tetap sehat dan aktif... Dan alhamdulillah, Dania masih lagi menyusu badan sepenuhnya... Lihatlah kemontelan Dania ni..... Geram, geram, gerammmm....
Weight : 8kg
Height : 70cm

May 27, 2010

New Breast Pump

Posted by Azira at 11:47 AM 0 comments

Pam utk EBM mommy yg brand Avent ada proble, valve nya dh terkoyak... Since nk dptkan valve yg baru kena pegi pejabat Avent di TTDI, kegunaan pump ni pun agak mendesak, mommy ajak la daddy beli pump yg baru di Mothercare Alamanda... So, inilah hasil rembatan mommy malam tadi - Medela Single Mini Breast Pump... Saje jer try guna yg letrik punya setelah menggunakan pam secara manual selama ni... Mothercare ada wat promotion, satu set harganya RM528.... skali dgn cooler bag dan city bag...








Dan inilah hasilnya menggunakan pam yg baru... Alhamdulillah....


May 21, 2010

Dalam Dilemma...

Posted by Azira at 10:05 AM 0 comments

Alhamdulillah... dah menjadi rezki Dania dapat menyusus badan sepenuhnya... Bukan setakat breastfeed saje malah den dapat membuat stok EBM untuk Dania... Alhamdulillah, banyak jugak lerrr,,, Tapikan, problemnya kat mana den nk nyimpan stok EBM ni yg semakin hari semakin bertambah... Sekarang tempat dingin beku kt peti ais umah dh penuh dgn stok EBM Dania...






Jadinya... mommy dalan dilemma sekarang ni... Adakah harus ku menukarkan peti ais yg sedia ada ni kepada peti ais baru yg lebih besar???



Ataupun, haruskah den membeli saje Freezer yg lain semata-mata untuk storage stok EBM ni... Mana yg lebih berbaloi???? If beli peti ais baru yg lebih besar, ok gak tapi nk kena cari buyer utk peti ais yg sedia ada ni... Ada yg berminat?? Tapikan if beli freezer yg sederhana besar pun ok jugakkk.... Masalah space la pulakkkk.... Aduiiiii... Tak tau mana yag lebih baik... Itu yg tgh dilemma ni....


TOLONGLAH DEN KENGKAWAN....


May 11, 2010

Doa Bagi Ibu Yang Menyusukan Baby

Posted by Azira at 2:48 PM 0 comments
Mommy terbaca dalam salah satu blog kegemaran mommy... Beliau bagi doa untuk ibu-ibu yg menyusukan bayi mereka.. Mommy suka sangat entry beliau lalu mommy postkan entry tersebut ke blog mommy supaya dapat mommy kongsikan bersama dengan kengkawan mommy...

"Ya ALLAH.... permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... AMIN..."


Doa ini hendaklah diamalkan oleh ibu-ibu yg breastfeed (BF) anak setiap kali lepas solat 5 waktu... InsyaALLAH... akan berkesan... just bear in mind.. banyak mana pun effort kita buat untuk banyakkan susu badan..

Dan juga amalkan membaca Surah Al-Hujurat & Al-Kausar sedari mengandung lagi dan selepas melahirkan antara amalan-amalan yg baik untuk ibu-ibu yg menyusukan anak... Sambil2 tu niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezki kita, anak kita dan banyakkan susu kita... Baca dan cuba fahamkan melalui tafsiran lagi baik...
Lagi satu amalan yg baik untuk ibu yg menyusukan anak ialah dengan mengamalkan membaca Surah Al-Baqarah ayat 60.. Sambil baca ayat ni, letakkan tangan pada buah dada dan doakan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezki anak kita dan kita mampu menyediakan susu yg cukup untuk anak kita sekutang-kurangnya sehingga umur 2 tahun....

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman "Pukullahbatu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman); "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakn di muka bumi".

April 23, 2010

Stok Susu Untuk Dania

Posted by Azira at 5:16 PM 0 comments
Alhamdulillah... Mmg rezki Dania utk full breast feeding... So far, susu mommy amat mencukupi utk Dania.. Siap boleh wat stok lagi.. Ari2 pi keje sekarang dh bawak 2 bag, handbag dan juga bag pam susu.. Mommy guna pam manual aje tp alhamdulillah... hasilnya memuaskan... Pam ni mommy beli masa Danish ari tu...
Everyday mommy hanya pam susu twice a day kat opis.. Tak boleh nk pam lebih2, jadual full dgn mesyuarat lah, diskusi la, macam2 laaa... So far, mommy dh start wat stok EBM.. Dh penuh tempat beku di peti ais.. Agaknya nak kena beli freezer khas utk EBM atau beli peti ais yg lebih besar???

Stok EBM di umah
 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez