Showing posts with label Parethood. Show all posts
Showing posts with label Parethood. Show all posts

March 15, 2011

Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Diharamkan Mulai 1 Mac 2012

Posted by Azira at 10:08 AM 1 comments




  • PUTRAJAYA : Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

    “Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

    Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

    Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama


    PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.

    Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.

    Berikut adalah kesan buruk BPA:
    Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
    Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
    Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
    Masalah kegemukan atau obesiti
    Kecacatan pada bayi baru lahir
    Menambahkan risiko kematian bayi
    Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
    Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
    Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif



Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!

Nasib baik la mommy peka juga dengan perkara macam ni... Botol2 susu Danish and Dania memang mommy beli yg BPA free... Lagipun lately ni dah banyak jenama yg botol susunya bebas dari BPA seperti Avent, Tommy Tippie, Madela dsbnya... Terpulanglah pada parent masing2 untuk pilih yg terbaik untuk anak-anak mereka...


February 9, 2011

Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-Anak

Posted by Azira at 2:51 PM 1 comments

Untuk panduan kita bersama……semoga keluarga kita dirahmati Allah swt....





Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambaNya. Firman ALLAH s.w.t :-



Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Ini mungkin di sebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.


Kesilapan Pertama
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan atau diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


Kesilapan Kedua

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) kepada Targhib (didikan atau motivasi)
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur


Kesilapan Ketiga

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak.
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.



Kesilapan Keempat

Menegur anak secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama ketika marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.



Kesilapan Kelima

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.



Kesilapan Keenam

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah s.a.w. kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.



Kesilapan Ketujuh

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara pemakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.



Kesilapan Kelapan

Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan pelekeh.



Kesilapan Kesembilan

Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.



Kesilapan Kesepuluh

Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.



Kesilapan Kesebelas

Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.



Kesilapan Keduabelas

Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.



Kesilapan Ketigabelas

Membenarkan orang yang tidak elok syahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.



Kesilapan Keempatbelas

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.



Kesilapan Kelimabelas

Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.




Semoga kita berjaya menjadi ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak kita dengan baik dan sempurna...

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez