Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

April 19, 2012

Salad Segera

Posted by Azira at 2:56 PM 0 comments

Skrg salad pun dh ada yg segera...
Bleh terus dimakan, siap dgn dressing dan sudu...
Tak perlu susah payah basuh...
Dan ada mcm2 jenis :
Caesar Salad, Oriental Salad, Garden Salad, Crunchy Salad dll..
Den slalu beli kt Cold Storage..
Price - RM6.59 aje...
tp mak slalu beli Caesar Salad...




Kadang2 beli Garden Salad..

April 28, 2011

Makan Badam Tidak Menambahkan Berat Badan

Posted by Azira at 9:53 AM 0 comments


BADAM TAK MENAMBAH BERAT BADAM
(Sumber : Majalah Mingguan Wanita Bil 1432 ( 29 April - 5 Mei 2011))



Anda penggemar kacang badam?


Jika sebelum ini anda berat hati untuk meninggalkan makanan kegemaran ini gara-gara percaya kacang ini boleh menambah berat badan, ini mungkin berita baik untuk anda.



Ternyata, mempercayai kacang badam boleh menambah berat badan adalah salah sama sekali. Walhal, kacang ini antara kacang yang menyihatkan selagi ia diambil dalam kuantiti yang sederhana, bukan berlebihan. Antara manfaat yang boleh diperolehi dengan menikmati kacang ini ialah :

Badam memiliki nutrial penting yang lengkap seperti kalsium, kalium dan magnesium yang membantu mengatur tekanan darah serta mencegah osteoporosis.



Biarpun mengandungi lemak, lemak yang terkandung di dalamnya adalah lemak baik. Selain antioksidan, badam mengandungi lemak tak jenuh tunggal dan beberapa polyunsaturated yang cendeerung menurunkan kadar kolestrol jahat di dalam tubuh badan.



Badam juga mengandungi vitamin E yang boleh mencegah penyakit jantung dan melambatkan proses penuaan. Oleh itu, tidak hairanlah bila ia boleh membantu merawat kesihatan kulit dan rambut.



Asid folat pada badam dapat menurunkan kadar homosistein di dalam tubuh.



Uniknya kacang badam ini, apabila anda menikmatinya sebagai hidangan snek ringan, manfaat yang anda miliki seolah-olah anda menikmati buah-buahan. Selain itu, anda juga boleh menikmatinya secara mentah atau ditaburkan di dalam hidangan makanan.



Oleh itu, jika anda ingin mengudap makanan ringan, pilihlah kacang badam yang menyihatkan dan lazat tanpa perlu bimbang akan penambahan berat badan.




April 22, 2011

Breakfast Pagi Ni...

Posted by Azira at 8:52 AM 0 comments
Saje je nak share... Ni breakfast ai di pagi Jumaat yg indah ni... Ala-ala menu diet gitew... muahahaa...


Home made sandwich




dengan Nestle Fitnesse Cereal - Honey & Almonds..I makan macam tu saje, tak campur dgn susu, tak suke... susu coklat Dutch Lady I minum aje...


Sekian....

April 19, 2011

Epal Boleh Kurangkan Berat Badan

Posted by Azira at 10:16 AM 0 comments
Dapat email daripada rakan sepejabat yg epal boleh kurangkan berat badan... So nak share dengan sume orang.. Sharing is caring kan....




EPAL MAMPU SUSUTKAN LEMAK TANPA BERDIET
- mengurangkan berat badan semudah 1-2-3.
(Sumber : Majalah Anis ( Mei 2008))


Hiruk pikuk musim perayaan meninggalkan kita, kini berharap semoga dapat menyusutkan lemak tambahan hasil bersukaria ‘sempena’ pesta perayaan. Perbahasa lama Barat ‘makan sebiji epal sehari, tidak perlu melawati doktor’ umum sudah mengetahui. Tetapi kini rombakan saranan itu terkandung dalam Program 3-epal sehari, ini kerana mampu menyusutkan berat badan sebanyak beberapa paun. Beberapa tahun lepas, di Bandar Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat, berat badan penduduk di situ mula susut, bukan disebabkan kurang makan, diet terkini atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil cukup mengejutkan.


Seorang wanita susut 19 paun lemak badannya sepanjang 12 minggu. Manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangkamasa yang sama. Keseluruhannya seramau 346 orang mengikuti program tersebut susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam masa 12 minggu. Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji Washington Apples sehari, disamping program pemakan dan senaman yang seimbang.


Diilhamkan Pakar Pemakanan Berdaftar

Tammi Flynn, ketika itu menjawat pengarah nutrisi sebuah gim tampatan, menemui formula unik ini. Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil dari program dietnya – malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan, mengamalakan memakan sebiji epal sebelum setiap waktu makan. Hasilnya, dia berjaya menyusutkan satu setengah paun dalam hanya satu minggu. Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggannya yang lain dan ia menampakkan hasil yang hebat. Kejayaan saranan itu menyakinkan seramai 346 penduduk Wenatchee, mereka menyertai program diet itu dan memakan lebih daripada 87,000 biji Washington Apples selam 12 minggu. Sepanjang tempoh ini mereka susut sejumlah 6,126 paun lemak.


Program ‘3-Epal-Sehari’ merupakan satu kejayaan

Mudah dan ringkasnya petua saranan program ‘3-Epal-sehari’ menjadikan program ini cara terbaik bagi menyusutkan berat badan. Ia tidak melibatkan diet; sekadar diminta memakan sebiji epal sebelum sarapan, tengah hari dan malam. Disamping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan penurunan lemak badan. Tiada ‘pakej makanan siap’ mahal untuk anda beli, memadai hanya Washington Apples yang berkhasiat. Ia boleh dibeli pasaraya atau kedai buah-buahan segar berhampiran. Kajian terbaru Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam penyusutan lemak badan. Disebabkan Washington Apples mengandundi banyak fiber – malah sebanyak 4 hingga 5 gram terkandung dalam sebiji epal – ia membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak. Gula semulajadi dalam epal juga menahan keinginan memakan makanan yang mengandungi kandungan yang tinggi gula prosesnya. Program pemakanan itu, selain dari Washington apples, melibatkan karbohidrat, protein ringkas, buah-buahan dan sayuran dan disertai sedikit kandungan lemak penting.


Contohnya:

Ø Sarapan pagi: telur dadar berkejudan secawan bubur.

Ø Makan tengah hari: dada ayam salai dengan brokoli kukus dan setengah cawan beras perang.

Ø Makan malam: salad salmon salai.


Oleh kerana buah epal menghimpunkan lebih banyak air di dalam perut, menyebabkan rasa kenyang kekal lebih lama. Suruhanjaya Washington Apples menyarankan orang ramai yang hendak mengurangkan berat badan memakan sebiji epal 30 minit sebelum menjamah makanan bagi mengurangkan kelaparan. Jika mengurangkan berat badan adalah antara azam tahun baru anda, penyelesaiannya semudah 1…2…3 Washington Apples sehari. Tidak mustahil, dengan menuruti program ‘3-Epal-Sehari’ dan menghindari diet ‘popular’, penggantian makanan yang mahal dan kelaparan dipaksa, anda akan mengalami perubahan keseluruhan penampilan anda! Washington Apples kini boleh didapati pasar raya besar dan kedai runcit segar di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan termasuklah Red Delicious, Granny Smith, Fuji, Gala, Golden Delicious, Jonagold, CrippsPink, Btaburn dan Cameo.

Mengapa Washington Apple pilihan terbaik buat anda?

Pokok-pokok disuburi air glasier jernih dari Pergunungan Cascade. Malah, antara penyebab utama Washington Apples begitu berkhasiat adalah kerana 80% jisim epal mengandungi air. Pokok tumbuh di tanih lahar subur. Pokok dibelai di persekitaran kering yangmenghindarkan serangga dan penyakit.



Sumber:

ü Columbia Maarketing International (CMI) (http://www.cmiapples.com/)

ü Washington Apple Commission (http://www.bestapples.com/)



Waaahhhhh... Bagusnya epal ni.... Memang mommy tau yg epal ni boleh membantu dalam program diet kita dan selama ni pun mommy makan 2 biji epal sehari, itupun sesuka hati makan waktu bila2... So starting from today mommy nak amalkan makan Washington Apple ni seperti yg disarankan - 3 biji sehari, 30 minit sebelum makan.... Mudah-mudahan berjaya mengurangkan berat badan yg smakin berat ni.... Insyaalllah...

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez