Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

August 19, 2012

Salam Aidil Fitri 2012

Posted by Azira at 1:00 PM 0 comments


KEPADA SEMUA KELUARGA, SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI, KENALAN DAN YANG MENGENALI KU...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KAMI SEKELUARGA..

September 6, 2011

Aidilfitri 2011

Posted by Azira at 10:48 AM 0 comments
Aidilfitri 2011 kami beraya di umah PIL kat Kuang dulu... Raya kedua baru balik Kuantan umah mak... Thun ni tema raya adalah merah... aand first time Dania pakai baju kurung... Cute tul.... Raya pertama FIL masak rendang daging, MIL masak mee/bihun tomyam + nasi impit kuang kacang dan mommy masak nasi dagang... Wat kelainan sket... Mak sedara hubby pun masak nasi lemak... Tak banyak pics yg diambil raya kali ni coz busy melayan karenah anak2... Lagipun abang ipar ada amik byk gmbr guna kamera DLSR...

Raya kedua balik Kuantan... Beraya bersama sedara-mara sebelah mommy plak... Panas betul cuac kat sana... Petang Raya Keempat dh balik KL... Sebelum balik umah PIL, singgah kat Starbuck Ikano... Saje jer lepak2 minum Mocha Frap... Dh lama tekak ni nak minum Mocha Frap..


Raya Pertama

Raya Kedua

Raya Ketiga

Raya Keempat

Hari Ahad petang baru balik Putrajaya... Bila bukak pintu rumah, penuh dengan report polis diselitkan bawah pintu... Sebelum balik kampung hubby ada ke IPD Putrajaya untuk isi borang Balik Kampung Sempena Raya.. So, sepanjang ketiadaan kami, setiap hari 2 kali sehari polis wat rondaan dan check keadaan rumah kami dan laporan diselit bawah pintu... Alhamdulillah sume report - "keadaan terkawal"... Mekasih IPD Putrajaya....


Tapi yg tak syoknya, toilet kat Master bedroom berbau busuk dan banyak ulat2... Ada bangkai binatang yg mati kot kt atas siling toilet tu... Busuk yg amat... Jenuh hubby membersihkan toilet tapi masih lekat baunya lagi smpi skrg n dok tunggu otan maintenance dtg check... Uwekkkk....

August 26, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Posted by Azira at 3:56 PM 0 comments

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARI KAMI SEKELUARGA
MAAF ZAHIR DAN BATIN...


Persiapan Baju Raya Anak2....

Posted by Azira at 3:46 PM 0 comments

Malam tadi packing barang2 utk balik beraya...
Banyak juga bag...
Banyak baju yg nak kena bawak...
Al-maklumlah... Cuti panjang...
Ni la baju2 raya Danish dan Dania...





September 20, 2010

Aidilfitri 2010

Posted by Azira at 10:28 AM 4 comments
Alhamdulillah... Dah 11 hari umat Islam menyambut Syawal.. Dan hari ni baru la masing2 sibuk menyambung kembali tugas2 setelah cuti panjang utk beraya... Dan ari ni baru la berkesempatan nak update blog ni.. Thaun ni kami sekeluarga beraya di Kuantan... Raya kedua baru balik ke Kuang... Aidilfitri tahun ni rasa macam tak beraya sangat.. Hubby kena sakit mata sejak 31 Ogos lalu dan Danish pulak pagi raya diserang asma.. Lepas sembahyang raya bawak Danish ke Kuantan Medical Centre, kenalah sedut nebulizer.. 2 kali, lepas maghrib skali... Sedih tengok keadaan Danish.. First time experience asma ni... Tapi skrg, alhamdulillah.. Danish dah beransur pulih...
Raya tahun ni kami bergambar sekeluarga di studio... Saja jer wat kenang2an...
Ni raya pertama...
Adik Dania bukan main ceria tapi cian kat abang Danish... Tak sehat...


Ni raya kedua... Susah betul abang Danish nak bergambar... so, yg ada gmbr mommy and Dania laaa...

Dania dengan penuh setia jadi co-pilot mommy... Daddy kena sakit mata, so mommy la jadi pilot sepanjang musim raya ni.. Danish dok blakang dgn daddy dia...

September 6, 2010

Salam Aidilfitri 2010

Posted by Azira at 5:04 PM 0 comments




SELAMAT MENYAMBUT HARI AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada semua kengkawan, sahabat handai, kenalan, sedara mara dan sume umat Islam...


Berhati-hatilah di jalan raya....



Kuih Raya

Posted by Azira at 4:39 PM 0 comments
Raya tahun ni beli 2 jenis biskut aje.. Nipun setelah dirasa-rasa dan ditapis2 yg mana paling sedap... Maleh nak beli banyak2, membazir aje... Bukannya ada orang nk mkn sgt, last2 buang... Hubby pun beli 2 jenis cookies aje, yg kami suka makannn...

September 2, 2010

Baju Raya Dah Siap...

Posted by Azira at 7:02 AM 0 comments
Yahooo... Baju raya dah siap... Takleh la tunjuk kat blog ni baju raya ni tema kaler apa... Nanti tak surprise plak... Seperti biasa baju raya ditempah dgn tailor kegemaran.. Dah lama tempah kat tailor ni, sejak baju kawen ari tuuuu... Memang selesa tempah baju kat situ... Manik2 pun cantik dan kemas... Dulu dikenali dgn Dzulldeclassique (kat Kajang) tapi skang tailor ni dah berpisah, dia bukak kedai baru dgn nama Dzihni... tukang jahit dia tetap orang yg sama...
Nanti raya mommy postkan entry pakai baju raya sedondon sekeluarga yekkkkk...

August 26, 2010

Alhamdulillah.....

Posted by Azira at 10:27 AM 0 comments


Berita Harian (Khamis - 20 Mei 2010)



PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal



KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.

Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara. Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan.


Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan.


Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu.



Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya.



Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara. Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.




Alhamdulillah... Dapat duit raya RM500 pun dah ok daripada tak dapat langsung... Bolehlah guna wat blanje raya nanti.. Syukur....



August 19, 2010

Beg Raya Sudah Sampaiiiiiii....

Posted by Azira at 12:32 PM 0 comments

Yeay!! Akhirnya sampai jugak beg ni semalam...
Alhamdulillah.. mmg baget nak pakai raya nanti.. hehehe...
Bertambah satu lagi koleksi Coach mommy... Berkenan kaler khaki/papaya tu.. hehe..
Beli dr pu3 vee... Services yg sangat bagus, bayar hari ni lusa dah dapat beg... macihh ye pu3 vee..
Baju anak2 dah settle.. Lepas ni baju raya mommy n daddy plakkk + kuih raya + duit raya....
macam2 nak kena baget... Nak raya ni duit kuar cam air..huhuhu..
Neway.. I'm happy today!


COACH SIGNATURE FLAP TURNLOCK DUFFLE
FRONT FLAP TURNLOCK CLOSURE

August 18, 2010

Persiapan Raya Untuk Anak-anak Tersayang

Posted by Azira at 12:34 PM 0 comments


Saje jer wat persiapan raya lebih awal tahun ni... Maleh nak kelam kabut cari masa nak dekat2 raya.. Lagipun skang musim sale... Amik la peluang rembat diskaun2 yg ada... Jimat tuuuu...



Ni kira tambahan kepada baju2 yg dibeli di RLP Pavillion ari tu... Shirts n jeans/skirts utk Danish n Dania beli kat Guess OU... Kasut Danish pun beli kat Parkson OU... Kasut putih Dania beli kat Tree House, tambahan kasut Crocs yg dibeli oleh daddy ari tu... Beraya sakan anak2 tahun ni... Tapi sebenonya mommy yg lebih excited nyaaa.... Tinggal nak settlekan baju melayu Danish n baju raya pertama Dania yg telah ditempah sedondon kami sekeluarga...



September 28, 2009

Aidilfitri 2009

Posted by Azira at 9:03 AM 0 comments
Tahun 2009 ni, raya kami sekeluarga bertambah meriah dengan keletah Danish. Al-maklumlah, Danish kan dah berjalan, so sronok ler kami sekeluarga tengok Danish pakai baju melayu sepasang, siap dengan samping dan juga sedondon dgn daddynya.. Tapi yg tak syoknya, Danish taknak pakai songkok.. Tiap kali songkok diltakkan di kepala dia, mesti dia tepis sambil nangis2.. Danish, Danish.. Teama kami sekeluarga tahun ni adalah light and soft brown ala-ala cream, pastel kaler gitu.. Nasib baik la baju raya mommy yg mommy tempah sebelum pregnant muat malahan besar plak. Sejak berpose ni berat badan mommy dah turun.. Al-maklumlah, pose penuh sebulan... Alhamdulillah... Raya kedua kami pakai baju raya kaler merah bata + pink..
Kali ni raya pertama di rumah PIL di Kuang, Selangor. Kami ikut sistem giliran, thn lepas raya pertama kat Kuantan, so this year giliran 1st raya di Kuang plak. Next year, pusing balik, raya pertama kat Kuantan.. Macam tu la kalu dah berumahtangga, tak perlu nak gaduh2. Alhamdulillah.. mak dan PIL menehami.. Yang sronok raya kat Kuang ni, pagi2 raya lepas bersalaman dan bermaaf-maafan serta bertukar-tukar duit raya, kami semua berarak ke rumah nenek sebelah hubby yg kami semua panggil Wan kat kawasan rumah PIL gak. Ke situlah adik-beradik MIL berkumpul bersekali dengan anak cucu masing2. Penuh dan riuh rumah Wan dgn anak cucu cicit. Wan ni ada 8 org anak, 38 org cucu dan 10 org cicit. Selalunya Wan ni rajin masak rendang Minang bila time raya tapi thn ni Wan tak sempat buat coz badan tak brape sihat, seminggu sblm raya Wan kena ragut kat pekan Sg Buloh. Jahat betul peragut tu, bulan2 pose ni pun nak wat jahat, siap pijak2 Wan yg dah terjatuh, nak rebut beg tangan yg Wan kepit kuat kat bawah ketiak. Mujur Wan cedera ringan je dan peragut tu tak berjaya amik beg tangan Wan. jahat betulll.. Lepas kami beraya di umah Wan, kami pun serbu plak ke umah mak sedara dan bapa sedara yg bersebelahan dgn umah Wan dan PIL, pastu mereka plak datang beramai-ramai beraya kt umah PIL. Gitulah tradisi beraya di sebelah PIL. Sronok ooooo.... Bukan senang dapat berkumpul macam ni...
Nak citer pasal menu pd raya pertama kat PIL ni, MIL and FIL sibuk dok masak Ketupat nasi dengan kuah kacang dan rendang daging dan juga nasi tomato beserta ayam masak merah.. Tak sempat la nak snap gambar makanan, asyik dok sibuk menyiapkan juadah raya dan juga melayan karenah Danish yg tak mau duduk langsung, nangis2 nak ajak jalan.. Bila pi umah sedara-mara, bukan main hepi lagi Danish, sket pun tak nangis..


Danish yg try nak usik juadah raya


Susah betul nak dapat gmbr Danish pakai songkok. Sat jer dia pakai..
Danish with Mommy

Danish with Acik Liza

Our Happy Family..

Suasan meriah di umah Wan. Penuh dgn anak cucu cicit.. Tgk la Danish tu, dia pun dok nyibuk pi mai pi mai usik barang2 atas meja tu..

Yg pakai baju biru gelap tu la Wan.. Dikelilingi Uteh, adik MIL (tudung oren), Kak Siti, biras mommy (yg dok pelu bahu Wan), Liza, SIL mommy (baju dark brown) dan yg blkg tu, yg dok pegang kepala tu Busu, adik bongsu MIL. Yg pakai tudung hitam and tudung hijau tu, cousin hubby..

Danish yg kepenatan, seharian beraya..

Raya kedua kami balik beraya ke Kuantan plak sampai la hari Khamis baru balik Putrajaya.. Tapi mommy plak la yg tak rajin nak snap gmbr beraya di umah sedara-mara dan kengkawan mommy.. Yg ada hanyalah gmbr sblm balik Kuantan...


Baju raya ke2, sedondon kaler merah bata/pink. Masa ni Dansih dok nangis2, dh tak sabo2 nak ajak naik kete..

Danish with part of his cousin - Batrisyia and Rayyan


 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez