Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

November 11, 2011

Layan Cream Fudge @ Alamanda

Posted by Azira at 3:46 PM 0 comments
Haaaa...
Ni la keje tambhan mak pd tengahari Jumaat - 11.11.11...
Jalan2 cuci mata dan lapangkan fikiran kat Almanda..
dengan bos tersayang..
Pastu layan Cream Fudge...



Mahal giler...
yg ni pun mak kena RM18.60..
Rasanya biasa aje...
Bagi mak Tutti Fruitti lg best..
Walaupun mahal tp puas ati..
Tp x tau la org lin...
Selera masing.. Juga poket masing2....


June 21, 2011

I'm Back!!!

Posted by Azira at 11:58 AM 0 comments
I'm back.... Setelah sekian lama menyepikan diri... And now bersiaran dari opis baru... To all my frens, I skang dh kena transfer ke JANM WPP, bukan lagi di MOH since 1 June 2011... Bukan kerana naik pangkat tapi hanya pertukaran biasa aje... Dan ni adalah opis baru mommy...



Kat cni banyak limitation dalam access internet.. Yahoo mail x bleh nk bukak, blog pun x bleh nak update apatah lagi facebook... Tu yg wat mommy tak update blog niehhh... Nak kena bawak laptop sendiri, seb baik ada BB.. Bleh connect ke internet... Tu yg baru ari nj dpt update blog.. Nk update kat umah, jgn harap la... hehehe...

January 12, 2011

My Favourite Shoes

Posted by Azira at 3:38 PM 0 comments
Mommy memang banyak jugak la koleksi (cesss... macam banyak sangat..) kasut opis ni... Macam2 brand ada - Carlo Rino, Sembonia, Clark, Lewre, Guess, Bonia dan semacam lagi la.... Tapi yg nak dok cite kat sini, dalam banyak2 kasut yg ada, hanya satu ni je yg mommy berkenan sangat dan sesuai serta selesa sangat2 untuk dipakai pi keje... Al-maklumlah, kaki mommy jenis kembang, mudah sakit kaki bila pakai kasut bertutup ni,, Dah jadi pegawai ni kenalah pakai kasut bertutup, baru nampak formal.. xkan nak pakai kasut bertali-tali pi mesyuarat... Eh..eh..eh.. melalut plak...

Ni la kasut yg mommy suka sangat pakai sekarang... Kasut Crocs.. Tak sakit kaki pun... Pi Alamanda jalan kaki pun tak sakit kaki... Kalu kasut lain harus ada beli selipar utk sampai ke opis balik... Kasut ni sesuai dipakai dengan semua baju mommy.. hehehe.. Sebenarnya ada kaler hitam, nanti mommy nak beli kaler hitam plak..



August 26, 2010

Alhamdulillah.....

Posted by Azira at 10:27 AM 0 comments


Berita Harian (Khamis - 20 Mei 2010)



PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal



KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.

Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara. Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan.


Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan.


Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu.



Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya.



Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara. Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.




Alhamdulillah... Dapat duit raya RM500 pun dah ok daripada tak dapat langsung... Bolehlah guna wat blanje raya nanti.. Syukur....



August 2, 2010

Abang Danish @ Mommy's Office

Posted by Azira at 4:10 PM 0 comments


Ari ni Abang Danish tak pi taska, tak sehat, kaki dan tangan naik gatal2.. Dh jupe doktor n alhamdulillah bukan HFMD, just virus infection.. 2 klinik yg berbeza kami pegi utk betul2 check Danish n sahkan betul2 bukan HFMD... Risau gak, dah ler taska Danish tutup seminggu baru2 ni coz ada budak yg bawak penyakit HFMD.. Mommy maleh nak amik cuti, bawaklah Danish ke opis... Kebetulan ari ni xde meeting atau discussion... Sambil wat keje bleh la tgk2 Danish... Dania htr ke taska mcm iasa... Bilik mommy bersepah mcm tongkang pecah dibuatnya Danish... Tapi apa nk buat, janji dia dok diam... Lama2 tertido juga...



July 9, 2010

Munir Blanje Makan Pizza

Posted by Azira at 5:21 PM 0 comments

Selasa lepas, Munir, Akauntan kat opis blanje makan pizza di Pizza Hut Alamanda during lunch hour... Dah byk sgt duit org tua ni sampai nk balnje kengkawan opis... Kami pun, dah org nak blanje, belasah aje laaaa... Bak kata org tua2, Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari...



Anyway, tenkiu Munir... Nanti blanje lagi yekkkkk...


May 20, 2010

Gaji 600,000 Kakitangan Awam Disemak

Posted by Azira at 9:47 AM 0 comments

Berita Harian (Khamis - 20 Mei 2010)


KUCHING - Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.


Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Datu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.


"Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu meastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka," katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Wahhh... seronoknya bila dengar berita macam ni... Tapi ni untuk Kumpulan Sokongan... Camne pulak Kumpulan Pengurusan & Profesional... Takkan anak buah naik gaji, bosnya tidak... Mana boleh macam tuuuu... Moga2 gaji untuk penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional juga akan disemak....


1 Malaysia
"Berkhidmat Untuk Negara"


April 20, 2010

Back To Work

Posted by Azira at 12:44 PM 0 comments
Hari ni 2nd day mommy balik bekerja setelah bercuti panjang (2 bulan).. Dah lama dok bercuti, mulalah penyakit malas melanda.. Yelah, slama 2 bulan dok mengulit diri dan anak, berehat, tido, makan... Otak pun mula dah beku.. Bestnya kalau dapat dok umah, xyah gi keje, mengulit anak kat umah jer, pastu bulan daddy hulur duit belanja banyak2... Cehhhh.... Ye la tu...
Semalam pagi2 bawak Dania ke Klinik Pediatrik, Hospital Putrajaya untuk urine and blood test.. Selepas klinik Putrajaya refer kes Dania ni ke HPJ due to prolong jaundice, every 2 weeks Dania kena wat urine and blood test.. Semalam masuk kali ke4 dah... Every result katanya urine ada jangkitan kuman... Tak tau la sampai bila Dania kena wat urine & blood test ni.. Kesian mommy tengok tangan Dania kena cucuk utntuk amik darah.. Masuk je opis terus masuk mesyuarat.. Banyak yg dah ketinggalan ni... Ni mommy dok tunggu officer2 mommy dan juga officer yg menanggung keje mommy untuk brief n update mommy ape2 yg patut.. Kepala ni masih dok tringat anak2 kat umah jer..
Rutin harian, macam kaum ibu berkerjaya yg lainlah.. Pagi2 dah bangun, pam susu untuk stok dan susukan Dania kenyang2 supaya senang mommy nak bersiap utk pegi keje.. Sebelum pi keje, cium Dania dan Danish puas2, sayang pulak nak berenggang dengan anak2 utk pi keje.. Kat opis, sebelum tengahari pam susu lagi untuk Dania dan during lunch hour balik ke rumah utk hantar stok susu yg telah dipam.. If Dania tak tido, susukan Dania pulak.. Petang, before balik rumah pam lagi susu untuk stok lagi... Alhamdulillah, susu badan mommy agak memberangsangkan.. Dah rezeki Dania dapat susu badan sepenuhnya...
Balik umah, bukan boleh duduk saja... Dania dah menunggu utk dapatkan habuan... Mana nak layan Danish lagi.. Nak siapkan makan malam lagi.. Mujurlah ada helper, bolehlah meringankan sedikit beban kerja di rumah... Papepun, mommy happy dengan life mommy sekarang lebih2 lagi dengan kehadiran 2 permata hati mommy, Danish and Dania... Mommy love u...
 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez