Showing posts with label Suka-suka. Show all posts
Showing posts with label Suka-suka. Show all posts

November 11, 2011

11.11.11

Posted by Azira at 3:45 PM 0 comments

Ari ni ari Jumaat...
11 November 2011..
(11.11.11)
Sue ramai org yg memilih tarikh cun ni utk -
tunang, nikah, kawin, lahirkan anak (cara caeserian la), buat kenduri dan macam2 lagi la..
Anda bagaimana???

Bagi diri maak ni...
Sama je macam hari Jumaat yg lain..
Pi keje.. wat keje, balik keje..

April 25, 2011

Gelagat Si Comel Dania

Posted by Azira at 4:04 PM 0 comments
Tengoklah gelagat anak dara ai nieh... Cute kan??? Ni yg wat mommy smakin geram and sayang kat budak comel ni....







April 1, 2011

My Lunch Today

Posted by Azira at 5:05 PM 0 comments

Menu : Waffle Berry Sundae

Venue : Baskin Robin, Alamanda


Agak2 kenyang ke makan ni jer waktu lunch??

Jangan harap la... Balik opis trus bedal Mee Goreng Basah.... hahahaha...

March 22, 2011

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

Posted by Azira at 9:11 AM 0 comments

Sharing is caring.. Maklumat yang baik elok dikongsi bersama.... Tak salah untuk mencuba.. Insyaallah dengan izin ALLAH swt semua yang dilakukan akan dimakbulkan... Hanya mahu menjadi IBU yang terbaik dunia dan akhirat... Insyaallah.. Aminnnnn.....




Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata Ø Membaca quran sehingga menitis air mata Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! Ø Anak Ø Ibu Ø Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah

* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik


*Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita


* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

*Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

* Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

**** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

* *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah

*Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil

* *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

**** Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.


Wallahuallam...

March 18, 2011

Yahoo.... Yang Ditungu-tunggu Dah Tiba..

Posted by Azira at 11:43 AM 2 comments
Hari ni mommy rasa happy sangat coz mende yg dok tunggu2 slama ni dah pun sampai... Dapat bungkusan ni tadi... Nak tau apa dalam bungkusan ni??


Jeng... jeng... jeng...





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"








"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"


Tadaaaaa.... Macaroon, cookies kegemaranku yang ku order sudah sampai... Seronoknyaaaa... Tak sabar nak makan...



Macaroons ni mommy order via online dengan CIKMIN.... Sedap tau... Lembut aje dan tak brape manis.. Sekali hadap je mau habis ni kalu tak sedar diri.. Mommy order 25 pcs perasa coklat, peanut butter, rasberry dan strawberry tapi Cikmin yg baik hati tu bagi extra 3 pcs.. Tenkiu Cikmi.. Nanti mommy order lagi yek... Sape2 yg berkenan bolehlah order dgn Cikmin ni.. Harganya RM45 untuk 25 pcs.. Ada macam2 perisa... Delivery terus ke rumah guna GDEX.. Memang tak pecah pun macaroons sampai ke tangan mommy, sedikit tak terjejas..

Jom kita layan gambar2 macaroons mommy yekkk...


Mak aiiiii.... Sekali hadap mommy dah habiskan 8 biji.... Nasib baik cepat sedar diri, kali tak mau habis 28 biji tu... Takde chance pulak orang kat rumah nak rasa... hehehe....

March 15, 2011

Wajah Baru Blog

Posted by Azira at 8:49 AM 0 comments
Blog mommy skang dah berwajah baru... Saje je gatal2 tangan tukar wajah blog, sempena tahun 2011 ni laa... Rasa macam dah boring dengan blog yg lama dulu... Berpeluh-peluh gak la nak setting sana sini dan jenuh jugak la nak cari template yg sesuai.. Last2 dalam banyak2 template yg mommy shorlisted, try an error upload and ini yg berkenan di hati... Smoga frens suka dan boleh terima pembaharuan yg mommy wat ni.. Anyway, thanx a lot kepada sesiapa saje tak kiralah frens ke, sedara mara ke, kenalan ke, kerana sudi menjengah blog mommy yg tak seberapa ni....

March 1, 2011

Makanan Kegemaran Hubby

Posted by Azira at 9:39 AM 0 comments
Kali ni nak citer pasal makanan kegemaran hubby - roti telur.... Setiap minggu 2-3 kali mommy kena wat utk hubby... Agaknya kalu wat hari2 pun xpe.. Tak kira la, breakfast ke, dinner ke... Mommy sendiri pun dah tak boleh nak telan roti telur, dah jemu... Sini bolehlah mommy bgtau camne nak wat roti telur style hubby...



Bahan-bahan yg diperlukan:
Roti Gardenia
(brand lain pun bleh.. ikut suka ati dan selera masing2)
Telur
(ikut suka, bergantung kepada jumlah roti.. slalunya mommy amik 2 bijik ajer...)
Bawang merah - dihiris2
Marjerin untuk menggoreng


Cara2 nak buatnya:
Pecahkan telur dan kacau (wat cam telur dadar)... Masukkan bawang merah yg telah dihiris... Panaskan marjerin dalam kuali leper... Amik sekeping roti dan letakkan telur tadi di atas roti dan terus letak dalam kuali di mana yg ada telur di bawah...





Bila dah garing sket, balikkan roti tersebut...




Bila dah puas hati dengan kegaringan roti telur tu, maka angkatlah... Ulanglah untuk roti seterusnya sampailah abis telur.... Jadilah ia macam ni... sunggup sedap dimakan pabila panas2...



Pastukan hubby suka pulaklah makan dengan telur 3 suku masak ni.. Harus skali makan 4 bijik telur...

January 28, 2011

Mommy's Little Man

Posted by Azira at 10:11 AM 0 comments



Aksi2 Dania @ Osaga Svc Centre

Posted by Azira at 10:10 AM 0 comments
Hari ke2 cuti, mommy amik peluanglah bawak Grand Vitara mommy tu pi servis kat Osaga Service Centre, Puchong.. Kenalah bawak Dania skali... Sementara tunggu kereta siap diservis, boring tak tau nak wat apa, amiklah gambar2 aksi Dania sambil melayan dia... Habis dicabutnya bunga riben bunga atas kepalanya tuuu... Tengoklah aksi-aksi Dania yang cute ni yang tak reti nak duduk diam...





CUTE TAK?????


January 13, 2011

Hadiah-hadiah Besday....

Posted by Azira at 9:07 AM 0 comments
Sempena besday mommy bulan ni, ada la a few promotions, vouchers adn discounts yang mommy dapat... Every year macam tu..Syiok jugak yekkk... Yelah.. mommy akan jadi banyak member kedai/butik/shopping complex seperti - Bonuslink, Sogo, Mothercare, Aussino, Bodyshop, SSF, Envee, Guess, JayaJusco, Carlo Rino dan bagai2 lagi la sampai penuh wallet dgn kad2.. So, voucher ni ada yg dihantar melalui SMS, email pun ada, yg dipos ke rumah pun ada.. Antaranya ialah :


(1) CELCOM
- dapat SMS yg berbunyi "Happy Birthday! Enjoy FREE 50 SMS to ANY CELCOM number on your birthday. Pls remember to utilize all FREE SMS by 11.50pm on your Birthday. Thank you. T&C apply."


2) GUESS
- trima SMS dan email ~ "Dear Valued Member, Happy birthday! To celebrate your special day, GUESS is giving you a 20% discount e-voucher* for your shopping pleasure. Just present your proof of identity to redeem this gift in any GUESS stores nationwide before the end of January. The GUESS team wishes you a fabulous birthday and many happy returns of the day! *Terms and conditions apply."


(3) SSF
- Dapat baucer2 diskaun yg diposkan ke rumah...


(4) MOTHERCARE
- dapat promotions yg diposkan ke rumah jugak..



(5) SOGO

- trima baucer2 diskaun yg diposkan ke rumah gak..




By the way, alhamdulillah dapat peluang2 yg menarik ni.. Bukannya slalu dapat promotion macam ni kan... Tapi masalahnya, masa bila mommy nak guna sume promotion ni????

January 12, 2011

Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?

Posted by Azira at 4:11 PM 0 comments
Satu perkara yg memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.

Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.

Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri. Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.

Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.

Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.

Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.



Source

My Favourite Shoes

Posted by Azira at 3:38 PM 0 comments
Mommy memang banyak jugak la koleksi (cesss... macam banyak sangat..) kasut opis ni... Macam2 brand ada - Carlo Rino, Sembonia, Clark, Lewre, Guess, Bonia dan semacam lagi la.... Tapi yg nak dok cite kat sini, dalam banyak2 kasut yg ada, hanya satu ni je yg mommy berkenan sangat dan sesuai serta selesa sangat2 untuk dipakai pi keje... Al-maklumlah, kaki mommy jenis kembang, mudah sakit kaki bila pakai kasut bertutup ni,, Dah jadi pegawai ni kenalah pakai kasut bertutup, baru nampak formal.. xkan nak pakai kasut bertali-tali pi mesyuarat... Eh..eh..eh.. melalut plak...

Ni la kasut yg mommy suka sangat pakai sekarang... Kasut Crocs.. Tak sakit kaki pun... Pi Alamanda jalan kaki pun tak sakit kaki... Kalu kasut lain harus ada beli selipar utk sampai ke opis balik... Kasut ni sesuai dipakai dengan semua baju mommy.. hehehe.. Sebenarnya ada kaler hitam, nanti mommy nak beli kaler hitam plak..



Hadiah Harijadi

Posted by Azira at 9:47 AM 0 comments
Dapat SMS - "RM0.00 GUESS wishes you a Happy Birthday! Present this sms to get 20% off normal price items at any GUESS stores nationwaide by end of January. TnCs apply.."

Mommy dapat special offer dr GUESS for birthday since mommy adalah GUESS VIP member... So, semalam lunch pi GUESS Alamanda untuk dapatkan sesuatu for birthday utk diri sendiri... Tak bleh lepaskan peluang ni, bukan senang nak dapat offer macam ni... Since ari tu dah shopping baju GUESS, so mommy decided utk amik 1 item aje... Lagipun ini je yg berkenan....


Ni la birthday present...


"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Tadaaa.... Red GUESS Jeans t-shirt... Mommy belum ada baju GUESS kaler merah lagi...

Alhmadulillah... Thanx to myself... hehehe...

January 7, 2011

Pemanis Dari Whisk

Posted by Azira at 3:31 PM 0 comments
Tak abis2 dgn macaroons and red velvet cake..... Hehehe....
(Nak wat camno, dah suka sangat... Sanggup woo pegi Empire Mall semata-mata nak beli mende ni... hehehe...)




December 20, 2010

Budak Kecik Dengan Bunga Besar Atas Kepala

Posted by Azira at 12:08 PM 0 comments
Tengoklah Dania, budak kecik, dengan bunga besar di kepalanya... Cute kan... Mommy jupe headband ni kat Anjung Kompleks E.. Mommy berkenan n terus beli, lagipun Dania belum ada lagi headband kaler brown...
COMEL TAK SAYA???

December 17, 2010

Operasi Memcuci Tudung

Posted by Azira at 5:20 PM 0 comments

Lunch time tadi balik rumah, wat operasi mencuci tudung yg banyak sangat itu dan yg lama sudah tidak berbasuh... Dahsyat kan? Amik ko... Skali cuci berpuluh-puluh... Jenuh juga tangan ni mencuci, bukannya boleh dibasuh dengan mesin... Takpelah, bukannya slalu lagipun bleh exercise tangan..... Tapi ini baru cuci stok yg kaler plain aje, yg corak2 sesi kedua le nampaknya... Ntah bila la tu... Yg mana kena dry cleaning, hantar dry cleaning laaa....









Ni selepas dibasuh dan kering... Maka kenalah susun dengan teratur....



November 4, 2010

Majalah Wajib Setiap Bulan

Posted by Azira at 11:13 AM 1 comments
Semalam dok citer pasal Mingguan Wanita.. Hari ni mommy nak bebel plak pasal majalah yang WAJIB dibeli pada setiap bulan selain daripada Mingguan Wanita... Setiap bulan mommy peruntukkan lebih kurang RM50 untuk beli magazine ni... Majalah2nya adalah.....
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
ANJUNG SERI
IMPIANA
NONA
KELUARGA
PA&MA

Dah lama jugaklah mommy langgan majalah ni setiap bulan, since bujang dulu... Cuma mommy start langgan Pa&Ma bila mengandungkan Danish... Banyak info mommy dapat dari majalah ni... Punyalah banyak koleksi magazine mommy ni tapi alhamdulillah, keadaannya masih elok lagi, macam kat kedai... Punyalah mommy jaga walaupun ada anak kecik ni... Sumenya mommy susun dgn elok kat open rack.. Ni untuk yg 3 tahun kebelakangan ni jer.. yg sebelum2 tu mommy dah masukkan dalam kotak dan simpan dalam stor...






Tak rugi beli majalah2 ni.... Banyak info dan citer yg kita dapat... Nanti kalu dah banyak sangat boleh jual balik... Tapi so far, mommy tak penah juallah.. Sayang wooooo....




November 3, 2010

Koleksi Mingguan Wanita

Posted by Azira at 10:22 AM 2 comments
Mommy memang suka beli majalah Mingguan Wanita.. Majalah ni kuar setiap minggu, so every week la mommy beli majalah ni... Mommy wat koleksi, simpan kat opis (kat kabinet belakang tempat duduk)... Dah banyak koleksi majalah ni since Mac 2007 sampailah ke hari ni... Adalah lebih dari 150 naskah... Seronok baca Mingguan Wanita, banyak info dan citer yg dipaparkan selain daripada resipi... Mommy dok pikir skang, wat lah mommy kena transfer ke jabatan lain nanti, majalah2 ni nak bawak skali atau wakafkan ke opis wat bahan bacaan utk staf2 kat opis... Pening, pening....


Koleksi pertama - Bil 1216 (Keluaran 9 - 15 Mac 2007)


Sehinggalah ke hari ni - Bil 1407 (5 - 11 Nov 2010)



Jom tengok koleksi Mingguan Wanita mommy...



 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez