Showing posts with label annoucement. Show all posts
Showing posts with label annoucement. Show all posts

August 9, 2011

Bonus Untuk Penjawat Awam

Posted by Azira at 1:21 PM 1 comments
PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini. Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.



Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.




“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal. Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.






Alhamdulillah.......


June 21, 2011

Dress Up Your Baby With Trudy & Trendy

Posted by Azira at 12:26 PM 0 comments
Rasanya masih belum terlambat lagi nk ajak kengkawan join contest ni.. Mudah aje, belikan anak baju Trudy & Teddy, pakaikan dan amik gambar... Pastu bleh send gambar anak utk join contest... Mudah kan.... Hadiahnya juga lumayan....



Dan ini bakal hadiah yang untuk di menangi.
For the 4 quarterly rounds
Grand Prize : RM500 Trudy & Teddy Products
1st Prize : RM300 Trudy & Teddy Products
2nd Prize : RM200 Trudy & Teddy Products

For the Grand Finale
1st Prize : RM500 Trudy & Teddy Products + RM500 Cash
2nd Prize : RM300 Trudy & Teddy Products + RM300 Cash
3rd Prize : RM150 Trudy & Teddy Products + RM150 Cash


Mommy pun dh join contest ni... Masukkan gambar Dania pakai baju Trudy & Treddy... Brand ni ada dijual di Parkson dan juga Jaya Jusco... Nak tau kat mana kaunter Trudy & Teddy ni bleh la check kat Trudy & Teddy... Baju2 T&T ni mmg cute2 especially for girls... Kalernya pun soft aje... Price pun berpatutan... Sblm ni mommy mmg dh tau brand ni, tengok kat Parkson Alamanda tapi tak penah beli pun.. Tapi last 2 weekend ari tu, ada kenduri kawen kt Klang pastu on the way tu Dania muntah, abis baju di bau masam, tak bwk baju spare plak... Pas kenduri pi AEON Keramat hantar mak n adik.. So amik peluang belikan Dania baju lain.. Cari punya cari bkenan plak baju T&T ni... Beli dan terus pakaikan Dania... Best kan... Dapat Dania baju baru....




Cara-cara nak join contest...Mudah aje, semudah 1 2 3 gitu...
Mula2, pakaikan anak dengan pakaian Trudy & Teddy.
Pastu, take a photo of ur baby. Make sure gambar adalah yang paling cun dan terbaik.
Lastly, register di myStar member di https://mystar.com.my/registration/ Lepas tu baru upload gambar contest di sini - http://parenthots.com/contests/trudynteddy/


Selamat Mencuba dan Berjaya....



I'm Back!!!

Posted by Azira at 11:58 AM 0 comments
I'm back.... Setelah sekian lama menyepikan diri... And now bersiaran dari opis baru... To all my frens, I skang dh kena transfer ke JANM WPP, bukan lagi di MOH since 1 June 2011... Bukan kerana naik pangkat tapi hanya pertukaran biasa aje... Dan ni adalah opis baru mommy...



Kat cni banyak limitation dalam access internet.. Yahoo mail x bleh nk bukak, blog pun x bleh nak update apatah lagi facebook... Tu yg wat mommy tak update blog niehhh... Nak kena bawak laptop sendiri, seb baik ada BB.. Bleh connect ke internet... Tu yg baru ari nj dpt update blog.. Nk update kat umah, jgn harap la... hehehe...

April 18, 2011

Ahli Keluarga Baru

Posted by Azira at 11:13 AM 0 comments
Congratulations to my sister, Lina & Sani for the arrival your new bundle of joy - Raeesa binti Abdullah Sani



Born on 16th April 2011 @ 7.19 am at Hospital Kuantan (2.8kg) Bertambah sorang lagi sepupu Danish and Dania dan bertambah sorang lah lagi cucu my mother menjadikan 6 orang semuanya....



February 21, 2011

Besday Party Dania

Posted by Azira at 11:21 AM 0 comments
Besday Party Dania kami dah buat... Buat pada hari ulangtahun kelahiran tu juga iaitu pada 13 February 2011... Memang dah rancang lama nak wat besday party ni... Tapi tak bleh nak citer panjang2 lagi and upload gambar2 masa besday Dania ari tu coz gambar2 blum siap lagi... So, tungguuuuu... Bior suprise sket... Nanti dah dapat gambar2 dari photographer bleh la mommy citer panjang2 lebar yekkkk....


January 4, 2011

Ahli Keluarga Baru

Posted by Azira at 9:20 AM 0 comments
Congratulations to my SIL, Shuzaliza & Ejat for the arrival your new bundle of joy -
Muhammad Eshraff Rifqi bin Mohaizat
Born on 3rd January 2011 @ 11.56 am at Hospital Putrajaya (3.42kg)
Bertambah sorang lagi sepupu Danish and Dania dan bertambah sorang lah lagi cucu my PIL menjadikan 8 orang semuanya....

August 26, 2010

Alhamdulillah.....

Posted by Azira at 10:27 AM 0 comments


Berita Harian (Khamis - 20 Mei 2010)



PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal



KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.

Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara. Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan.


Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan.


Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu.



Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya.



Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara. Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.




Alhamdulillah... Dapat duit raya RM500 pun dah ok daripada tak dapat langsung... Bolehlah guna wat blanje raya nanti.. Syukur....



May 20, 2010

Gaji 600,000 Kakitangan Awam Disemak

Posted by Azira at 9:47 AM 0 comments

Berita Harian (Khamis - 20 Mei 2010)


KUCHING - Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.


Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Datu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.


"Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu meastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka," katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Wahhh... seronoknya bila dengar berita macam ni... Tapi ni untuk Kumpulan Sokongan... Camne pulak Kumpulan Pengurusan & Profesional... Takkan anak buah naik gaji, bosnya tidak... Mana boleh macam tuuuu... Moga2 gaji untuk penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional juga akan disemak....


1 Malaysia
"Berkhidmat Untuk Negara"


February 19, 2010

The Arrival of A New Princess

Posted by Azira at 10:03 PM 1 comments
Our New Bundle of Joy


Puteri Dania Arianna binti Mohd Zaidi
Born on 13 February 2010, 7.04 pm @ Hospital Putrajaya
Weight : 2.86kg ; Height : 48cm

August 21, 2009

Alhamdulillah...

Posted by Azira at 11:01 AM 1 comments
Alhamdulillah.... Rabu lepas pi Klinik Kesihatan Putrajaya, buat medical check-up.. Agenda utamanya nak bawak Danish check-up utk 15 bulan, tapi jadi 2 agenda pulak, mummy pun check gak utk pregnancy.. Alhamdulillah... kandungan dah masuk 13 wks.. Doktor scan utk tgk baby ok ke tak since last week mummy amik anti-viral due to high fever and alhamdulillah... baby sehat... Gambar scan seperti kat bawah tapi tak brape terang... mommy snap guna camera hp jer, tak sempat nak scan.. Nampak bentuk baby... Cute arrrr... Expected due date - 26 February 2010.. Doktor nasihatkan utk byk2 berehat.. tak bleh wat keje2 berat since mommy penah ada history miscarriage sblm ni,, ikutkan dukung Danish pun tak bleh... Tapi ape bleh wat, Danish tu kadang2 nak gak mommy dukung dia... Sian Danish... dah nak jadi abang long....




Berbalik pada cite Danish... Ari tu nurse check, berat Danish bertambah sket jer, 8.9kg.. Dah nak menghampiri garisan kuning... Sepatutnya berat Danish utk umur skrg 10kg tapi Danish tak... Danish sejak demam ari tu tak brape nak makan.. Tapi minum susu kuat gak.. Puas dah mommy bagi macam2 utk tarik selera Danish utk makan tapi dia wat main plak dgn makanan... Dah la sekarang dah semakin lasak, ada jer keje yg nak dibuatnya... Camne yek nak bangkitkan selera anak supaya makan? Ada orang cadangkan bagi Danish makan vitamin... Tengoklah muka budak Danish ni...




..

March 31, 2009

Uhuu.. Sedihnya...

Posted by Azira at 1:28 PM 1 comments
Latest news.. baru balik dr hospital, doktor sahkan kandungan tak menjadi.. dah masuk 13 minggu.. baru-baru ada bleeding sket,, bila pi klinik, doktor scan takde heart beat.. Terus refer to hospital.. Kena la wat D&C next week.. uhuuu.. sedihnya.. kali ni takde rezeki Danish nak dapat adik.. Mungkin ada hikmahnya..

February 13, 2009

Just Wanna Share

Posted by Azira at 11:37 AM 0 comments
Try to guess what the meaning of the picture below?
HHmmmm.. Mummy Danish telah disahkan oleh doktor pregnant 6 wks.. Means that Danish akan dapat adik tak lama lgi.. Ikut due date doktor 3 Oktober 2009, lepas raya.. Hopefully, sempatlah sambut raya aidilfitri tahun ni.. Kesian pulak Danish, kecik lagi dah nak jadi abang long.. Cian Danish.. Tapi nak wat camne, Allah dah bagi rezeki.. seronok tu memang seronok jugakk.. Moga-moga kali ni dapat baby girl yang comel..

March 7, 2008

I'm Back..

Posted by Azira at 12:08 PM 2 comments

Hiii... I'm back after a long break... Its' quite a long time i did not update my blog.. Feel lazy to update the blog.. Teruk betul!! For today, azam baru, I would like to update my blog from time to time with latest info @ news..

Well.. my latest info.. Now I'm 7 months (28 weeks) pregnant.. Badan pun sudah kembang... Wait for another 8 - 10 weeks to deliver the baby.. Everything for baby have been prepared earlier.. Me n hubby cant wait for our first baby born.. But until now, I've not yet scan to see either my baby is girl @ boy.. But most of my friends and relatives said that it's a baby girl!! Anyway, maybe next week I'll see a doctor to scan my baby..

October 4, 2007

I'm Pregnant!!

Posted by Azira at 12:37 PM 0 comments

I'm going to be a MOTHER!! I'm so excited that I'm pregnant.. Alhamdulillah... Thanx a lot to Allah swt.. Yesterday afternoon I went to clinic due to my late menstrual and the Urine Pregnancy Test (UPT) shown the +ve result, I'm pregnant! It just 6 weeks and the Expected Delivery Date (EDD) is on 28 Mei 2008 (Insyaallah..) .Fuiii.... I'm so nervous, excited and speechless bila dapat good news yang ditunggu-tunggu selama ni.. Well, doa dan harapan kami suami isteri agar kandungan ini sentiasa sihat dan kuat serta dijauhkan dari sebarang masalah sehingga dapat melahirkan bayi yang normal, sihat dan sempurna serta comel .....
 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez