August 1, 2008

Majlis Cukur Jambul Danish II

Posted by Azira at 10:49 AM 0 comments
Majlis Cukur Jambul Danish yang kedua telah diadakan pada 27 Julai baru ni di Kuang, kampung daddy Danish, bersekali dengan sepupu Danish. Seperti biasa, kumpulan Marhaban dijemput bagi memriahkan majlis sambil mengendoi anak. Sebenarnya, sehari sebelum tu upacara penyembelihan seekor lembu untuk tujuan aqiqah telah dilaksanakan. Tapi malangnya, lupa nak snap gambar semasa lembu disembelih. Lembu tu kami kongsi adik-beradik untuk Aqiqah Danish, cousin Danish, mak dan bapa sedara Danish dan juga mummy Danish.. hehehe.. Mummy Danish tak sempat nk diaqiqah semasa kecil. Itu yang buat bila dah besar ni. Daging lembu tu kami masak gulai dan rendang untuk dihidangkan semasa majlis cukur jambul dan tulang kami masak sup. Punya la meriah program memasak daging macam majlis rewang kenduri kawin plak.. Mana taknya, habis sume sedara mara turun tolong memasak..

Kali ni terdapat 2 buaian. Satu untuk Danish, satu lagi untuk cousin Danish yg baru lahir. Mak nya masih dalam pantang lagi..

Bukan main nyenyak lagi sang arjuna di dalam buaian.
Ni la cousin Danish.. Namanya Muhammad Raiyan.. Baru 24 hari.. Raiyan ni adik kepada Baby Batrisyia..
Kumpulan Marhaban Kuang sedang asyik berzanji. Bukan main sibuk lagi kumpulan ni. Banyak terima undangan. Bajupun sedondon..

Mummy dok mengedoi Danish

Danish and Raiyan dalam buaian.. Terangkat kaki Danish, Raiyan plak bukan main sedap dia tido..


Upacara potong jambul. Sebelum jambul dipotong, baby kena dibawa pusing sebanyak 3 kali.. apa tujuannya, terlupa nak tanya. Den ikut arahan jerr.. Disebabkan ada 2 baby, kumpulan marhaban yg nak potong jambul terpaksa bahagi 2 utk jimatkan masa. Danish sebelah kiri, Raiyan sebelah kanan..

Danish dipotong jambul. Bukan main nyenyak dia tido. Memudahkan utk potong jambul. Kalau tidak, jenuh la nak mententeramkan Danish. Dia tak suka orang pegang kepala dia.. pakai topi pun tak mahu..
Raiyan dipotong jambul. Rambut Raiyan panjang dan lebat, so mudahla orang potong. Tak macam Danish, rambut halus melekat ke kepala..

Moyang Danish (nenek daddy) juga ambil kesempatan potong jambul cicitnya yang ke 9

Ini dia.. Danish with mummy & daddy

Sang arjuna kita... bukan main seronok lagi.. segak berbaju melayu yang sedondon dengan daddy dia..

Danish Turned 2 Months Old

Posted by Azira at 10:22 AM 0 comments
Sudah lama tak update blog. Sekali lagi broadband internet kurang cemerlang dan pada masa yang sama terpaksa attend Kursus PTK selama 10 hari. Dah la short notice, kena prepare presentation, assignment, exam dan juga public speaking. Tension dibuatnya. Mana sempat nak cari bahan rujukan, nak jaga baby lagi.. If tak attend, susah la nak naik pangkat.. Nak tak nak kena attend jugak..



Danish now is 2 months 2 weeks. Masa 2 bulan ari tu tak berkesempatan nak update. Danish cukup 2 bulan pada 16 Julai ari tu dan telah dibawa ke klinik for check-up. Quite suprise, Danish weight now upon that day was 5kg! Compare his weight masa lahir just 2.38kg. Itulah dia, berkat susu mummy Danish.. Susu ibu kan berkhasiat.. Lagipun Danish sekarang dah montel. Pipi dah tembam.. Peha dia dah besar.. Adik I kata macam Sinchan.. Dahla suka buat mulut ooooo macam Sinchan.. hehehe.. Itulah, masa pregnant dulu suka sangat tengok kartun Sinchan. Cute ape... Hari tu juga Danish kena cucuk kat peha.. Menangis sakan kena cucuk. Jenuh nak pujuk.. Nasib baik mak ada. Boleh tolong pujuk Danish. Next check-up is on 13 August 2008..


Danish sekarang dah pandai nak bersembang.. Bukan main seronok lagi kalu ada orang melayan dia.. Kembang kempis hidung sengih-sengih.. Daddy dia kata hidung kembang kempis tu ikut mummy dia.. Biar la.. Janji Danish cute.. Si Danish ni perkara yang paling dia gemar ialah buka baju nak mandi. Tengah nangis pun boleh tersengih-sengih.. Gembira bila kita mandikan tapi akan menjerit bila kena bilas dengan air sejuk. Tapi sekejap je...

Danish and mummy..

July 15, 2008

Gelagat Danish

Posted by Azira at 11:39 AM 0 comments
So Cute!!



July 10, 2008

Majlis Cukur Jambul Danish

Posted by Azira at 4:29 PM 1 comments
Pada 28 Jun lepas, satu kenduri tahlil, kesyukuran dan cukur jambul Danish telah diadakan di Beserah, Kuantan, kampung mummy Danish. Bacaan Yaasin dan marhaban diperdengarkan pada majlis tersebut. Upacara mengendoi juga diadakan..

Buaian yang dihias indah untuk upacara mengendoi.. Hasil kerja tangan my old-school bespren, Imah. Walaupun agak sarat pregnant, sempat juga dia decorate buai utk Danish.. Mekasih Auntie Imah..

Ini dia sang arjuna kita.. segak sungguh berbaju melayu.. umpama pendekar gitu.. Bukan main sronok Danish bergaya dgn baju melayu buatan khas Auntie Jurra..

Goodies special made by my friend, Intan from Mayapuri.. Given to Marhaban group and also all the guests..

Danish ketika rambutnya dipotong.. Bukan main nyenyak lagi dia tido..

Danish dalam buaian khas, sambil dienjut oleh mummy.. lentok giler Danish bila didendangkan syair oleh Marhaban group..

Happy Family..
Daddy, Mummy and Danish..

Danish

Posted by Azira at 2:23 PM 3 comments
Dah lama tak update blog. Mummy Danish sibuk dok melayan karenah Danish dan lagipun internet kurang cemerlang. Sekarang Danish dah balik rumah.. Tak lama lagi mummy nak start keje.. Antara gambar-gambar terbaru Danish..




 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez