January 13, 2011

It's My Birthday!!!!

Posted by Azira at 9:06 AM 0 comments

Today is MY BITRHDAY!!!
Eppy Birthday to me..
eppy birthday to me..
eppy birthday to Azira...
eppy birthday to me......




http://www.123glitter.com/comments-graphics/



Hari ni bertambah setahun lagi umur mommy.. Dah tuo den.. Dah nak menghampiri 40s... Uhuuuu..
Anyway, thank ALLAH swt for keeping me alive & healthy till today. May Allah bless our family with happiness...


Dan hari ni juga cukuplah umur Dania 11 bulan..... Bulan depan 1 tahun.. So mommy and daddy tengah plan nak wat besday party untuk Dania.. Anyway, happy 11 mos besday sayang... Mommy and daddy and abang love you so much.....



January 12, 2011

Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?

Posted by Azira at 4:11 PM 0 comments
Satu perkara yg memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.

Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.

Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri. Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.

Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.

Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.

Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.



Source

My Favourite Shoes

Posted by Azira at 3:38 PM 0 comments
Mommy memang banyak jugak la koleksi (cesss... macam banyak sangat..) kasut opis ni... Macam2 brand ada - Carlo Rino, Sembonia, Clark, Lewre, Guess, Bonia dan semacam lagi la.... Tapi yg nak dok cite kat sini, dalam banyak2 kasut yg ada, hanya satu ni je yg mommy berkenan sangat dan sesuai serta selesa sangat2 untuk dipakai pi keje... Al-maklumlah, kaki mommy jenis kembang, mudah sakit kaki bila pakai kasut bertutup ni,, Dah jadi pegawai ni kenalah pakai kasut bertutup, baru nampak formal.. xkan nak pakai kasut bertali-tali pi mesyuarat... Eh..eh..eh.. melalut plak...

Ni la kasut yg mommy suka sangat pakai sekarang... Kasut Crocs.. Tak sakit kaki pun... Pi Alamanda jalan kaki pun tak sakit kaki... Kalu kasut lain harus ada beli selipar utk sampai ke opis balik... Kasut ni sesuai dipakai dengan semua baju mommy.. hehehe.. Sebenarnya ada kaler hitam, nanti mommy nak beli kaler hitam plak..



Hadiah Harijadi

Posted by Azira at 9:47 AM 0 comments
Dapat SMS - "RM0.00 GUESS wishes you a Happy Birthday! Present this sms to get 20% off normal price items at any GUESS stores nationwaide by end of January. TnCs apply.."

Mommy dapat special offer dr GUESS for birthday since mommy adalah GUESS VIP member... So, semalam lunch pi GUESS Alamanda untuk dapatkan sesuatu for birthday utk diri sendiri... Tak bleh lepaskan peluang ni, bukan senang nak dapat offer macam ni... Since ari tu dah shopping baju GUESS, so mommy decided utk amik 1 item aje... Lagipun ini je yg berkenan....


Ni la birthday present...


"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Tadaaa.... Red GUESS Jeans t-shirt... Mommy belum ada baju GUESS kaler merah lagi...

Alhmadulillah... Thanx to myself... hehehe...

January 11, 2011

Shopping @ Guess

Posted by Azira at 12:23 PM 0 comments
Alhamdulillah... Daddy dapat bonus... So, daddy blanje kami anak beranak shopping pakaian Guess... Ari Sabtu lepas, kami ke Guess dan Guess Kid di OneUtama(OU) untuk shopping... Kebetulan Guess ada wat Year End Sale... Masing-masing ada habuannya....


Ni daddy punya..

Mommy punya....

Danish punya...


Dan ini Dania punya...



Kami sume happy sangat... Tank you daddy... We love u... Blanje la lagiiii...

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez