Sedar tak sedar, dah 2 minggu masa berlalu.. Danish pun dah masuk 2 minggu usianya.. Tak banyak lagi perkembangan Danish sejak dari lahir selain daripada tido, minum susu, tido, minum susu... itu la kejenya.. Tapi alhamdulillah.. Danish ni tak banyak kerenah.. cuma menangis bila lapar dan bontot basah dek bahan buangannya... Tali pusat Danish pun dah tertanggal pada hari ke-9 dan sekarang kulit Danish sedang mengalami penglupasan..
Dari segi fizikal, baru-baru ni misi ada datang melawat, beratnya sekarang adalah 2.6kg.. Dah bertambah berat anak mummy ni.. Danish ni ada juga kena Jaundice tapi alhamdulillah.. idak ler terlalu serius.. masih di peringkat terkawal dan smakin berkurangan.. Kesian tengok Danish ari tu, selang 2 hari kena ke klinik untuk check darahnya yg diambilk dari tapak kaki.. Hari pertama sahaja Danish menangis, itupun sekejap.. terkejut gamaknya bila misi cucuk kakinya.. mummy dia yg tak bleh nak tengok.. nangis sedih tengok anak macam tu.. lama-lama Danish dah tak nangis bila kaki dicucuk.. kuat Danish ni.. tahan lasak.. Arjuna la katakan... hehehe..
Tapi Danish ni tido amatlah lasaknya... kepala tak lekat kat bantal.. sampai senget-senget badan bilo tido... habis bantal peluk ditendang-tendangnya kalu kaki tak dibedung... But he's still cute and charming...