February 21, 2011

Besday Party Dania

Posted by Azira at 11:21 AM 0 comments
Besday Party Dania kami dah buat... Buat pada hari ulangtahun kelahiran tu juga iaitu pada 13 February 2011... Memang dah rancang lama nak wat besday party ni... Tapi tak bleh nak citer panjang2 lagi and upload gambar2 masa besday Dania ari tu coz gambar2 blum siap lagi... So, tungguuuuu... Bior suprise sket... Nanti dah dapat gambar2 dari photographer bleh la mommy citer panjang2 lebar yekkkk....


February 16, 2011

Happy 1st Birthday To Puteri Dania Arianna!!!!

Posted by Azira at 10:26 AM 1 comments

Puteri Dania Arianna turned 1 year old last Sunday (13 February 2011)!

Ya Allah... Begitu cepat betul masa berlalu.. Pejam celik, pejam celik, dah setahun Dania ni.. Cepat betul anak mommy ni membesar.. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana mengurniakan kami suami isteri sepasang cahaya mata yang comel dan sihat2 belaka bagi mengeratkan lagi kasih sayang anatara kami berdua..

Dania sekarang semakin hari semakin cerdik, banyak yang Dania belajar dari abangnya... Apa yang dibuat abangnya, Dania mesti nak follow... Abangnya makan biskut, dia nak biskut... Abangnya main kereta, dia pun nak main kereta jugak... Macam-macam la keletah Dania ni bersama-sama abangnya yang boleh menghiburkan mommy and daddy.. Berat Dania sekarang 10.5kg (berat dari abangnya.. Danish dulu masa umur setahun berat 8.7kg jer...uhuuu...)... memang tak dinafikan Dania ni lebih besar dan montel compare to Danish... Gigi baru 4 batang, 2 atas 2 bawah. Dah mula asyik dok berdiri sambil lepas tangan dengan sendiri dan mula bertatih..


Semasa berumur 1 hari (14 Februari 2010)
Born on 13th February 2010 (6.59pm) @ Hospital Putrajaya - 2.86kg - 49cm




Usia 1 minggu



1 bulan



2 bulan



3 bulan



4 bulan




5 bulan



6 bulan



7 bulan



8 bulan



9 bulan



10 bulan



11 bulan




12 bulan a.ka. 1 tahun


HAPPY BIRTHDAY DANIA...

Semoga Dania menjadi anak yg baik dan solehah serta mendengar kata...

Mommy, Daddy and Abang love u so much..

February 9, 2011

Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-Anak

Posted by Azira at 2:51 PM 1 comments

Untuk panduan kita bersama……semoga keluarga kita dirahmati Allah swt....





Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambaNya. Firman ALLAH s.w.t :-



Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Ini mungkin di sebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.


Kesilapan Pertama
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan atau diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


Kesilapan Kedua

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) kepada Targhib (didikan atau motivasi)
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur


Kesilapan Ketiga

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak.
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.



Kesilapan Keempat

Menegur anak secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama ketika marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.



Kesilapan Kelima

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.



Kesilapan Keenam

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah s.a.w. kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.



Kesilapan Ketujuh

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara pemakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.



Kesilapan Kelapan

Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan pelekeh.



Kesilapan Kesembilan

Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.



Kesilapan Kesepuluh

Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.



Kesilapan Kesebelas

Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.



Kesilapan Keduabelas

Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.



Kesilapan Ketigabelas

Membenarkan orang yang tidak elok syahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.



Kesilapan Keempatbelas

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.



Kesilapan Kelimabelas

Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.




Semoga kita berjaya menjadi ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak kita dengan baik dan sempurna...

Restoran Subak

Posted by Azira at 10:55 AM 0 comments

Pada 1 February 2011 lepas kami sekeluarga makan2 di Restoran Subak di Bukit Lenjan, Damansara sempena sambutan Harijadi MIL... Menarik gak restoran ni, more to natural... Sejuk aje tempat ni... Mommy suka sangat dengan decoration kat restoran ni.. That's why mommy post entry ni so bleh kongsi dengan kengkawan.. Foods kat cni memang sedap cuma pricenya agak mahal sket.. Bleh dikatakan standard hotel la....




Restoran Subak




Menu-menu yang dipesan pada hari tersebut:

Blue Eye On The Float (RM13.00)


Amore (RM13.00)


Cantonese Seafood Kway Teow (RM20.00)


Tom Yam Udang galah with Beehoon (RM20.00)


Ala Subak Mee Kari with Udang Galah (RM22.00)


Potato Wedges for the kids


Chunky Wild Mousroom Soup (RM12.00)


Ala Subak Nasi Goreng with Chicken Satay (RM25.00)


Black Cod Fish (RM58.00)


Roasted Spring Chicken (RM36.00)


Cantonese Seafood Beehoon (RM20.00)


Ala Subak Nusantara Chicken 'Soto' (RM14.00)


Grilled Rack of Lamb (RM48.00)


My family


Kalu ada sesiapa yg berminat nak try makan kat Restoran Subak, bolehlah tengok2 dulu menunya di http://www.subak.com.my/

Information about Restoran Subak

Opening Hours:
Mondays to Sundays including Public Holidays
11:00 a.m. till 12:00 midnight+


Contact Details:
Tel: (6)-03-7729 9030 / 31
Fax: (6)-03-7729 9036


Restaurant Address:
Lot 3213 Jalan Penchala Indah
Bukit Lanjan 60000
Kuala Lumpur



 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez