May 31, 2010

Danish Mandi Laut

Posted by Azira at 4:46 PM 0 comments

Cuti Hari Wesak baru ni (28/05/2010), kami sekeluarga balik ke Kuantan.. So, ari Sabtu petang kami amik peluang bawak Danish mandi laut di Pantai Pelindung, Beserah... Sekarang ni kalu balik Kuantan, pegi ke pantai dan mandi laut ni dah menjadi acara wajib... Danish ni suka sangat mandi laut.. Berlari-lari, terlompat-lompat main air... Tak takut langsung dengan ombak... Harus lepas tu susah nak ajak Daniah balik... Petang tu, ajak la jugak sepupu2 Danish.. Sambil tengok2 Danish tu kami lepak2 la sambil makan keropok lekor dan pisang goreng... Best.... Daddy jer la yg dok melayan Dnaish di air...


Gelagat2 Danish



Sepupu2 Danish - Amir, Athirah dan Adam


Dania pulak, seperti biasa aktivitinya...


Happy Birthday To Daddy

Posted by Azira at 4:45 PM 0 comments

Today is daddy's birthday. Happy Birthday Sayang.. Smoga sentiasa diberkati Allah swt dan smoga kasih sayang dan kemesraan kita sekeluarga berpanjangan.. Love you always..


zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Happy Birthday Comments





Mommy takde celebrate sangat birthday daddy kali ni, just minta adik (Princess Cupcakes)buatkan cuppies sebagai tanda ingatan dan kasih sayang mommy kat daddy...


May 27, 2010

New Breast Pump

Posted by Azira at 11:47 AM 0 comments

Pam utk EBM mommy yg brand Avent ada proble, valve nya dh terkoyak... Since nk dptkan valve yg baru kena pegi pejabat Avent di TTDI, kegunaan pump ni pun agak mendesak, mommy ajak la daddy beli pump yg baru di Mothercare Alamanda... So, inilah hasil rembatan mommy malam tadi - Medela Single Mini Breast Pump... Saje jer try guna yg letrik punya setelah menggunakan pam secara manual selama ni... Mothercare ada wat promotion, satu set harganya RM528.... skali dgn cooler bag dan city bag...








Dan inilah hasilnya menggunakan pam yg baru... Alhamdulillah....


May 24, 2010

Rumah Contoh

Posted by Azira at 12:27 PM 0 comments
Hari Sabtu ari tu pegi berjalan2 ke umah adik ipar di Bandar Saujana Putra.. So, kami amik peluang la menjengok-jengok umah contoh projek LBS Bina Group Berhad yg terbaru... Manalah tau kot2 ada rezki nak beli umah kat cni... Berkenan betul den kat umah contoh jenis Ivory ni, Double Storey Cluster Semi-D... Cantik....
Overview
Double Storey Cluster Semi-Detached (32' x 55')
4 bedrooms + 3 bathrooms
Selling Price RM334,707* (min) RM414,813* (max)
Total Units - 88 units
Gross Bulit-up 1,722 sq. ft.
Incentive offered:
LBS Hassle-Free Ownership Programme
(10/90 Scheme - 5% Rebate - 0% interest during construction period - Free SPA Legal Fees - Free Disbursement Fees for SPA)




Ni la umah contohnya... Cantikkannn... Dalam umah tak dibenarkan amik gambar.. Tapi mmg cantik, den berkenan sangat.....


Dania Pemalu...

Posted by Azira at 12:26 PM 0 comments
Takder laaaa... sebenarnya snap gambar ni ketika Dania dook sedap tido.. Kelakar tengok aksinya tutup mata dengan tangan.. Konon malulah tuuuu... Hehehehe....


May 21, 2010

Dalam Dilemma...

Posted by Azira at 10:05 AM 0 comments

Alhamdulillah... dah menjadi rezki Dania dapat menyusus badan sepenuhnya... Bukan setakat breastfeed saje malah den dapat membuat stok EBM untuk Dania... Alhamdulillah, banyak jugak lerrr,,, Tapikan, problemnya kat mana den nk nyimpan stok EBM ni yg semakin hari semakin bertambah... Sekarang tempat dingin beku kt peti ais umah dh penuh dgn stok EBM Dania...






Jadinya... mommy dalan dilemma sekarang ni... Adakah harus ku menukarkan peti ais yg sedia ada ni kepada peti ais baru yg lebih besar???



Ataupun, haruskah den membeli saje Freezer yg lain semata-mata untuk storage stok EBM ni... Mana yg lebih berbaloi???? If beli peti ais baru yg lebih besar, ok gak tapi nk kena cari buyer utk peti ais yg sedia ada ni... Ada yg berminat?? Tapikan if beli freezer yg sederhana besar pun ok jugakkk.... Masalah space la pulakkkk.... Aduiiiii... Tak tau mana yag lebih baik... Itu yg tgh dilemma ni....


TOLONGLAH DEN KENGKAWAN....


May 20, 2010

Gaji 600,000 Kakitangan Awam Disemak

Posted by Azira at 9:47 AM 0 comments

Berita Harian (Khamis - 20 Mei 2010)


KUCHING - Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.


Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Datu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.


"Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu meastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka," katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Wahhh... seronoknya bila dengar berita macam ni... Tapi ni untuk Kumpulan Sokongan... Camne pulak Kumpulan Pengurusan & Profesional... Takkan anak buah naik gaji, bosnya tidak... Mana boleh macam tuuuu... Moga2 gaji untuk penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional juga akan disemak....


1 Malaysia
"Berkhidmat Untuk Negara"


May 17, 2010

Pasu Pecah

Posted by Azira at 4:54 PM 0 comments

Malam tadi angin bertiup kencang, hujan x ler lebat sangat... Tapi malam tadi ada terdengar bunyi mende pecah tapi tak intai la ape dia... Bangun pagi tadi, masa nak pegi keje, check la ape yg telah berlaku sekitar umah... Rupa-rupanya pasu yg berisi pokok lidah buaya yg letaknya di garaj kete tumbang dan pecah... Heran gak, kuat betul angin malam tadi, pasu seberat ni pun boleh tumbang.... ke ada orang yg langgar.... Sape nk jawab?? Nampak gayanya kena cari pasu lain lerrrr....





Jalan-jalan Di 1Utama

Posted by Azira at 8:55 AM 0 comments

Semalam kami berjalan-jalan di 1Utama... Dh lama tak lepak di sana... So, kami lunch kat restoran NewYork Deli.. Saje je nk test foods kat restoran ni... Foods kat cni not bad... Boleh try lagi....







Renungan tajam dr besday boy sambil sedut air... Dania pula tido...



Ni la makan dan minuman yg kami order...


Daddy punya - RootBeer Float



Mommy - Eye Balls, Danish - Orange Juice



Nenek Danish - Blueberry Bling Bling



French Fries With Melted Cheese and Sour Creme


Spaghetti



Meat Platter (Mommy share dengan daddy..)


Makan sampai x pandang kiri kanan...


After that kami jalan2 dan beli barang sedikit di Parkson...






Antara barang2 yg dirembat- Kasut untuk Danish dan Dania


Sekarang kasut Dania dh ada 4 pasang... Baru umur 3 bulan tapi kasut dh ada 4 pairs... Dahsya.. Dahsyat..

Danish's Birthday Party

Posted by Azira at 8:54 AM 0 comments
Sabtu lepas, 15 May 2010, Birthday Party Danish... Wat skali dgn cousinnya, Nur Batrisyia yg besdaynya jatuh pada 11 May... Wat kat umah family hubby di Kuang... Jemputannya hanya sedara-mara sebelah hubby ajerrr... Menu kali ni kami wat kelainan sket iaitu nasi lemak dan bbq (bakar) seafood (udang, ketam, sotong dan ikan...)... Fullamak... rasa mcm makan kt Muara pulakkk... Menu sampingan - Mee kari, pulut kuning, cucur udang dan kuih muih... Menu sumenya disediakan khas oleh abah dan mak mertua yg sangat rajin....
Besday cake Danish dan Batrisyia


Party pack yg ditempah dari PartyThemePack


Birthday Boy and Girl



Tiup Lilin dan potong kek..



Sesi bakar, makan, makan, makan, sembang dan game...



Apalah si besday boy wat ni????


 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez