March 15, 2011

Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Diharamkan Mulai 1 Mac 2012

Posted by Azira at 10:08 AM




  • PUTRAJAYA : Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

    “Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

    Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

    Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama


    PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.

    Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.

    Berikut adalah kesan buruk BPA:
    Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
    Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
    Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
    Masalah kegemukan atau obesiti
    Kecacatan pada bayi baru lahir
    Menambahkan risiko kematian bayi
    Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
    Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
    Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif



Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!

Nasib baik la mommy peka juga dengan perkara macam ni... Botol2 susu Danish and Dania memang mommy beli yg BPA free... Lagipun lately ni dah banyak jenama yg botol susunya bebas dari BPA seperti Avent, Tommy Tippie, Madela dsbnya... Terpulanglah pada parent masing2 untuk pilih yg terbaik untuk anak-anak mereka...


1 comments:

❤ fbe® on March 20, 2011 at 11:25 AM said...

salam...blogwalking...sudi2lah ke blog kami :
http://inscollection-on9.blogspot.com/

ada contest juga yang kami anjurkan...

terima kasih...

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez