April 29, 2011

Tatacara Didik Anak dan Diri Sendiri

Posted by Azira at 3:58 PM 0 comments
Tips dari Dr. Fadzilah Kamsah

Tatacara didik anak
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak (baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.



* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak


Tatacara didik diri sendiri
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negative emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc.


p/s : sama-samalah kita amalkan... semoga kita berjaya mendidik diri kita dan juga anak-anak...


April 28, 2011

Makan Badam Tidak Menambahkan Berat Badan

Posted by Azira at 9:53 AM 0 comments


BADAM TAK MENAMBAH BERAT BADAM
(Sumber : Majalah Mingguan Wanita Bil 1432 ( 29 April - 5 Mei 2011))



Anda penggemar kacang badam?


Jika sebelum ini anda berat hati untuk meninggalkan makanan kegemaran ini gara-gara percaya kacang ini boleh menambah berat badan, ini mungkin berita baik untuk anda.



Ternyata, mempercayai kacang badam boleh menambah berat badan adalah salah sama sekali. Walhal, kacang ini antara kacang yang menyihatkan selagi ia diambil dalam kuantiti yang sederhana, bukan berlebihan. Antara manfaat yang boleh diperolehi dengan menikmati kacang ini ialah :

Badam memiliki nutrial penting yang lengkap seperti kalsium, kalium dan magnesium yang membantu mengatur tekanan darah serta mencegah osteoporosis.



Biarpun mengandungi lemak, lemak yang terkandung di dalamnya adalah lemak baik. Selain antioksidan, badam mengandungi lemak tak jenuh tunggal dan beberapa polyunsaturated yang cendeerung menurunkan kadar kolestrol jahat di dalam tubuh badan.



Badam juga mengandungi vitamin E yang boleh mencegah penyakit jantung dan melambatkan proses penuaan. Oleh itu, tidak hairanlah bila ia boleh membantu merawat kesihatan kulit dan rambut.



Asid folat pada badam dapat menurunkan kadar homosistein di dalam tubuh.



Uniknya kacang badam ini, apabila anda menikmatinya sebagai hidangan snek ringan, manfaat yang anda miliki seolah-olah anda menikmati buah-buahan. Selain itu, anda juga boleh menikmatinya secara mentah atau ditaburkan di dalam hidangan makanan.



Oleh itu, jika anda ingin mengudap makanan ringan, pilihlah kacang badam yang menyihatkan dan lazat tanpa perlu bimbang akan penambahan berat badan.




April 27, 2011

Wordless Wednesday 3

Posted by Azira at 3:29 PM 0 comments



April 25, 2011

Gelagat Si Comel Dania

Posted by Azira at 4:04 PM 0 comments
Tengoklah gelagat anak dara ai nieh... Cute kan??? Ni yg wat mommy smakin geram and sayang kat budak comel ni....







April 22, 2011

Breakfast Pagi Ni...

Posted by Azira at 8:52 AM 0 comments
Saje je nak share... Ni breakfast ai di pagi Jumaat yg indah ni... Ala-ala menu diet gitew... muahahaa...


Home made sandwich




dengan Nestle Fitnesse Cereal - Honey & Almonds..I makan macam tu saje, tak campur dgn susu, tak suke... susu coklat Dutch Lady I minum aje...


Sekian....

April 20, 2011

My Lunch For Today

Posted by Azira at 2:07 PM 0 comments
Ni la lunch ai ari ni - Fresh Water Prawn Yee Mee... Best and kelas gitew... Makan kat Kelab Tasik Putrajaya dengan hubby tadi.. Sedap wooo... Udang pun besar dan ada 2 ekor... Bukan 4 ekor haaaa... 2 ekor udang yg dibelah 2 maka jadilah 4 ketui... Puas hati ai makan dan kenyang gilerrr.... Alhamdulillah....







April 19, 2011

Epal Boleh Kurangkan Berat Badan

Posted by Azira at 10:16 AM 0 comments
Dapat email daripada rakan sepejabat yg epal boleh kurangkan berat badan... So nak share dengan sume orang.. Sharing is caring kan....




EPAL MAMPU SUSUTKAN LEMAK TANPA BERDIET
- mengurangkan berat badan semudah 1-2-3.
(Sumber : Majalah Anis ( Mei 2008))


Hiruk pikuk musim perayaan meninggalkan kita, kini berharap semoga dapat menyusutkan lemak tambahan hasil bersukaria ‘sempena’ pesta perayaan. Perbahasa lama Barat ‘makan sebiji epal sehari, tidak perlu melawati doktor’ umum sudah mengetahui. Tetapi kini rombakan saranan itu terkandung dalam Program 3-epal sehari, ini kerana mampu menyusutkan berat badan sebanyak beberapa paun. Beberapa tahun lepas, di Bandar Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat, berat badan penduduk di situ mula susut, bukan disebabkan kurang makan, diet terkini atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil cukup mengejutkan.


Seorang wanita susut 19 paun lemak badannya sepanjang 12 minggu. Manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangkamasa yang sama. Keseluruhannya seramau 346 orang mengikuti program tersebut susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam masa 12 minggu. Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji Washington Apples sehari, disamping program pemakan dan senaman yang seimbang.


Diilhamkan Pakar Pemakanan Berdaftar

Tammi Flynn, ketika itu menjawat pengarah nutrisi sebuah gim tampatan, menemui formula unik ini. Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil dari program dietnya – malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan, mengamalakan memakan sebiji epal sebelum setiap waktu makan. Hasilnya, dia berjaya menyusutkan satu setengah paun dalam hanya satu minggu. Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggannya yang lain dan ia menampakkan hasil yang hebat. Kejayaan saranan itu menyakinkan seramai 346 penduduk Wenatchee, mereka menyertai program diet itu dan memakan lebih daripada 87,000 biji Washington Apples selam 12 minggu. Sepanjang tempoh ini mereka susut sejumlah 6,126 paun lemak.


Program ‘3-Epal-Sehari’ merupakan satu kejayaan

Mudah dan ringkasnya petua saranan program ‘3-Epal-sehari’ menjadikan program ini cara terbaik bagi menyusutkan berat badan. Ia tidak melibatkan diet; sekadar diminta memakan sebiji epal sebelum sarapan, tengah hari dan malam. Disamping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan penurunan lemak badan. Tiada ‘pakej makanan siap’ mahal untuk anda beli, memadai hanya Washington Apples yang berkhasiat. Ia boleh dibeli pasaraya atau kedai buah-buahan segar berhampiran. Kajian terbaru Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam penyusutan lemak badan. Disebabkan Washington Apples mengandundi banyak fiber – malah sebanyak 4 hingga 5 gram terkandung dalam sebiji epal – ia membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak. Gula semulajadi dalam epal juga menahan keinginan memakan makanan yang mengandungi kandungan yang tinggi gula prosesnya. Program pemakanan itu, selain dari Washington apples, melibatkan karbohidrat, protein ringkas, buah-buahan dan sayuran dan disertai sedikit kandungan lemak penting.


Contohnya:

Ø Sarapan pagi: telur dadar berkejudan secawan bubur.

Ø Makan tengah hari: dada ayam salai dengan brokoli kukus dan setengah cawan beras perang.

Ø Makan malam: salad salmon salai.


Oleh kerana buah epal menghimpunkan lebih banyak air di dalam perut, menyebabkan rasa kenyang kekal lebih lama. Suruhanjaya Washington Apples menyarankan orang ramai yang hendak mengurangkan berat badan memakan sebiji epal 30 minit sebelum menjamah makanan bagi mengurangkan kelaparan. Jika mengurangkan berat badan adalah antara azam tahun baru anda, penyelesaiannya semudah 1…2…3 Washington Apples sehari. Tidak mustahil, dengan menuruti program ‘3-Epal-Sehari’ dan menghindari diet ‘popular’, penggantian makanan yang mahal dan kelaparan dipaksa, anda akan mengalami perubahan keseluruhan penampilan anda! Washington Apples kini boleh didapati pasar raya besar dan kedai runcit segar di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan termasuklah Red Delicious, Granny Smith, Fuji, Gala, Golden Delicious, Jonagold, CrippsPink, Btaburn dan Cameo.

Mengapa Washington Apple pilihan terbaik buat anda?

Pokok-pokok disuburi air glasier jernih dari Pergunungan Cascade. Malah, antara penyebab utama Washington Apples begitu berkhasiat adalah kerana 80% jisim epal mengandungi air. Pokok tumbuh di tanih lahar subur. Pokok dibelai di persekitaran kering yangmenghindarkan serangga dan penyakit.



Sumber:

ü Columbia Maarketing International (CMI) (http://www.cmiapples.com/)

ü Washington Apple Commission (http://www.bestapples.com/)



Waaahhhhh... Bagusnya epal ni.... Memang mommy tau yg epal ni boleh membantu dalam program diet kita dan selama ni pun mommy makan 2 biji epal sehari, itupun sesuka hati makan waktu bila2... So starting from today mommy nak amalkan makan Washington Apple ni seperti yg disarankan - 3 biji sehari, 30 minit sebelum makan.... Mudah-mudahan berjaya mengurangkan berat badan yg smakin berat ni.... Insyaalllah...

April 18, 2011

Ahli Keluarga Baru

Posted by Azira at 11:13 AM 0 comments
Congratulations to my sister, Lina & Sani for the arrival your new bundle of joy - Raeesa binti Abdullah Sani



Born on 16th April 2011 @ 7.19 am at Hospital Kuantan (2.8kg) Bertambah sorang lagi sepupu Danish and Dania dan bertambah sorang lah lagi cucu my mother menjadikan 6 orang semuanya....



BBQ di Kuang Plakkk....

Posted by Azira at 11:09 AM 0 comments
Ari tu BBQ kat Beserah, minggu ni BBQ kat di Kuang plaks... Small BBQ aje... Saje je wat sempena nak raikan besday2 girl/boy dan anniversary bulan April... Ala-ala small family gathering la ni...


Cake



Birthday boy/girl - Along and Liza



Wedding anniversary kami juga....


Seafood BBQ



Enjoy the foods...

April 13, 2011

Wordless Wednesday 2

Posted by Azira at 12:18 PM 0 comments

April 12, 2011

BBQ di Beserah

Posted by Azira at 3:34 PM 0 comments
Dah lama dah plan nak wat BBQ ni sebenarnya... Adik ipar punya plan.. Dia ni chef kat platform minyak.. Plan asal nak wat selepas kenduri kawen adik last year, kononnya nak raikan mereka2 yg telah bersusah payah menolong menjayakan kenduri kawen aritu tapi terpaksa ditunda gara2 mommy nak beranak, mak datang duduk kat Putrajata ni... Pastu nak wat mommy nak join gak... Kena tunggu kami balik Kuantan jugak... Dok dingdong, dingdong, adik ipar nekad nak wat jugak sebelum bininya a.k.a. adik bongsu mommy bersalin.. Jadi watla weekend baru ni walaupun adik dah sarat beno... Tengah tunggu ari ni..



Sume bahan2 BBQ ni adik n suaminya yg prepare.. Dari segi marinate ayam, daging, ikan, kentang sampailah penyediaan sos2nya, coleslaw, sweet corn, sumenya depa yg sediakan... Adik ipar lagi mahir bab2 ni coz dia kan chef... Tgk dia wat keje pun teratur dan kemas je... Bihun tu mak yg goreng... Cuma masa membakar, ada la sesi gotong royong...



Syok gak makan2 malam tu... Makanya hancuslah diet mommy malam tu... Sume enjoy makan2 sambil gossip2... hahahaha... Kiranya macam family gathering gak niehhh... Boleh la wat lagi ni....




Busy membakar... Yg baju pink tu la adik ipar yg keje chef tu....


Hidangan ari tersebut...

Dania dan Danish seronok berkumpul dengan sepupu2...


Tetamu-tetamu yg hadir...



p/s: To Lina and Sani, bleh la kita wat lagi BBq macam ni yekkkk....

April 6, 2011

Wordless Wednesday 1

Posted by Azira at 9:22 AM 0 comments

April 4, 2011

Main-main di Taman Tasik Perdana

Posted by Azira at 8:57 AM 0 comments
Sabtu petang bawak anak2 main2 kat playgorund Taman Tasik Perdana... Cuaca elok maka manusia punya la ramai bawak anak2... So, Dania kenalah tunggu turn nak naik buaian yg dikhaskan utk baby.. Abang Danish ngan daddynya.. Maka, byk la gmbr yg diambil harus gambar Dania coz Danish dah berlari2 main ngan daddynya... Jelas terpancar keriangan bermain budak2 ni dna seperti biasa aband Danish takmo balik...



Muka mamai, baru bangun tido...




Dok intai2 buaian...



Jom layan gambar2 lain....


April 1, 2011

My Lunch Today

Posted by Azira at 5:05 PM 0 comments

Menu : Waffle Berry Sundae

Venue : Baskin Robin, Alamanda


Agak2 kenyang ke makan ni jer waktu lunch??

Jangan harap la... Balik opis trus bedal Mee Goreng Basah.... hahahaha...

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez