February 24, 2009

Danish Admitted At Az-Zahrah 21 - 22 Feb 2009

Posted by Azira at 4:54 PM 2 comments

Danish dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi pada hujung minggu lepas disebabkan demam cirit-birit dan muntah-munta h. Doktor kata Danish diserang dijangkiti Retovirus. Jumaat lepas Danish buang air besar dekat 20 kali dan muntah-muntah sampai lemah dan cengkung muka. So, malam Sabtu tu ajak hubby bawa Danish terus ke hospital memandangkan keadaan Danish agak lemah dan penat dan merisaukan. Kat hospital, doktor terus tahan Danish dan dimasukkan ke wad untuk dimasukkan air keranan bimbang Danish akan kena dehydration (kehilangan air dalam badan) akibat kerap buang air. Kesian Danish, kecik-kecik dah kena cucuk masuk air. Berat Danish pun dah berkurang sebanyak 500gm aibat penyakit ni.. I and hubby bergilir-gilir jaga Danish. Dahla kita ni tengah berbadan dua. Mujur Danish tak banyak ragam.. Alhamdulillah, hari Ahad petang Danish dibenarkan balik kerana dah beransur pulih..

Danish sebelum dimasukkan ke wad. Muka dah cengkung, badan pun dah letih..

Danish di dalam wad. Sibuk dok nak main dengan tiub yang dipasangkan

Tangankiri Danish yang dicucuk untuk masuk air. Sebanyak 2 botol air dmasukkan ke dalam badan Danish

Kesian Danish..



Hari ke2, Danish dah beransur sihat


Muka orang tak sihat..

February 16, 2009

Weekend Acyivities

Posted by Azira at 2:25 PM 0 comments

Cuti hujung minggu baru-baru ni kami sekeluarga tak ke mana-mana. Hari Sabtu just lepak-lepak kat rumah. Petang tu bawaklah Danish mandi-manda kat swimming pool di kawasan rumah. Punyalah seronok Danish main air, sikit pun tak takut. Mummy baru jer belikan Danish pelampung. Saje jer bagi Danish biasakan diri dengan swimming pool, nak ajar swimming, mummy sendiri pun tsk reti berenang..


Antara aksi-aksi Danish di kolam..






Hari Ahad, Kelab Kebajikan opis anjurkan Bomling Tournament kat Alamanda Shopping Complex, Putrajaya. Pada mulanya memang bercadang nak turun padang tapi disebabkan dah mengandung, terpaksalah tarik diri. Walaubagaimanapun, kena pegi jugak tengok anak-anak buah beraksi, al-maklumlah pengurus pasukan.. Kena bagi support kat ahli pasukan. Tak sangka pulak group kami menang tempat kedua..

Danish and daddy pun turut temankan mummy

Big Boss merasmikan majlis dengan membuat balingan

Aksi-aksi anak buah yg bersemangat..

Ahli Pasukan bergambar dengan Puan SUB (Pengurus pasukan takde coz balik awal..)

Beramai-ramai bergambar kenangan di hadapan Bowling Centre

Happy 9th Months Birthday To Danish

Posted by Azira at 2:24 PM 0 comments

Hari ni cukuplah Danish 9 months. I'm not sure exactly how much he weighs now, probably somewhere around 8kg. Danish sekarang dah ada gigi, 2 batang kat sebelah bawah.. Baru tumbuh 2 minggu lepas.. Danish sekarang dah start nak makan balik. Sehari 3 kali suapkan nestum yg pelbagai perisa (dah try suapkan bubur nasi yg dimasak sendiri, siap letak sayur tapi Danish tak nerapa suka nak makan). Selain nestum, Danish suka makan buah like pisang, betik, makan roti suka sangat.. Sekarang ni klu mummy and daddy makan, sure dia menjerit-jerit minta disuapkan.. Danish dah boleh duduk kat baby chair bila makan kat mana-mana restoran tapi tak lama, pastu menjerit sampai satu restoran dengar mintak diangkat.. Kat day care, penyelia kata Danish senang dijaga. Dia bleh dok dalam playpen and play with ballas, suka tengok tv especially "Sing a Song With Barney" and perkara baru sekarang, Danish suka menjerit macam excited sangat bila nampak sesiapa saje.. Kelakar betul anak mummy ni.. Kat rumah punyalah lasak, dah la taknak langsung duduk dalam walker, asyik nak merayap jer.. paut sana, paut sini, nak masuk bilik air, suka sangat main kat TV.. Bila kita cakap "jangan", dia pegi jugak, kalu amik jer menangis memberontak tak dapat buat apa yg nak buat.. Danish ni cukup manja dan rapat dengan mummy.. Tak boleh nak berenggang dengan mummy langsung.. Kat rumah if mummy bangun jer nak wat keje, menjerit-jerit Danish menangis nak ikut mummy walaupun daddy ada kat depan mata.. Susah nak wat keje kat umah, kena tunggu Danish tido baru boleh..

Danish ni memang suka sangat dengan komputer.. Menjerit gembira bila dia nampak daddy on notebook and mulalah merangkak nak da[atkan daddy. Makin kuat menjerit lagi bila Danish nampak gambarnya kat screen komputer.. Habis ditekan-tekan keyboard, macam terror sangat, mouse pun digodenye.. Satu lagi Danish ni dah pandai nak main mainan yg bergerak-gerak (yg kena masukkan syiling untuk gerakkan) di mana-mana shopping complex.. Kalu nampak jer, menggeletik badan nak main, tak kira lah kereta ke, jet ke, apa ke, tak kira le bergerak ke tak, mesti nak naik,, Tak tau takut pulak tuuu... Itulah Danish.. Macam-macam karenah dia buat tapi tetap menghiburkan mummy and daddy..Tak taulah macam mana Danish nanti bila dah ada adik.. Harap-harap Danish ok dan apa yang mummy tahu sekarang ialah.. Danish is one BIG BOY now...

2 batang gigi baru tumbuh..


Danishs Latest Pic


Muka excited bila depan komputer

Suka sangat nak naik kete Sesame Street// Mcm org dah besar//

February 13, 2009

Just Wanna Share

Posted by Azira at 11:37 AM 0 comments
Try to guess what the meaning of the picture below?
HHmmmm.. Mummy Danish telah disahkan oleh doktor pregnant 6 wks.. Means that Danish akan dapat adik tak lama lgi.. Ikut due date doktor 3 Oktober 2009, lepas raya.. Hopefully, sempatlah sambut raya aidilfitri tahun ni.. Kesian pulak Danish, kecik lagi dah nak jadi abang long.. Cian Danish.. Tapi nak wat camne, Allah dah bagi rezeki.. seronok tu memang seronok jugakk.. Moga-moga kali ni dapat baby girl yang comel..

February 4, 2009

MIL's 55th Birthday..

Posted by Azira at 11:37 AM 0 comments
Semalam, 3 Februari adalah ulangtahun mak mertua (Mother In Law) yg ke 55.. Selamat Ulangtahun mak.. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati umur oleh Allah swt..



http://www.123glitter.com/comments-graphics/

Pada hari Sabtu lepas (31/01/09), kesemua adik beradik hubby and father-in-law sepakat untuk celebrate birthday mak mertua di Kelab Tasik Putrajaya.. Kami sekeluarga dinner di sana, hubby yg belanja.. Mummy and Danish just belikan wan hadiah jer and my SIL (sister in law) belikan birthday cake.. Foods kat situ not bad.. kami sume order ala-card jer.. Ada yg makan kuetiaw goreng, nasi goreng, chicken chop, spagetti, bihun tomyam, squid and union rings etc... Everyone seems enjoy the food..


Birthday Cake from Secret Receipe (Mango Falvor)

Upacara memotong kek..

Suapan mesra dan penuh kasih sayang daripada suami tercinta

Wajah ceria mak mertua bersama sebahagian daripada 6 cucu (Danish & Batrisyia) dan anak perempuan, Liza


Dua orang anak perempuan mak - Liza & Wati bersama dgn anak sulung dan bongsu Wati - Farhan & Ryan..

Danish's naughty face..


Danish with mummy and daddy.. Ada je tangan yg mengacau..



 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez