September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by Azira at 8:48 AM 0 comments
Salam adilfitri buat semua umat Islam di dunia ini... Mohon ampun di atas segala salah dan silap.. Kepada yang memandu, berhati-hati lah di jalan raya. Biar lambat asalkan selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Kalo tak ingat jugak, ingatlah kereta anda. Marilah berpantun di hariraya...

Pantun Raya Johor
Cegitu Cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Same same bersuke riyer

Pantun Raya Perak
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase [asal] teman selamat sampei

Pantun Raya Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jangei lupo tambah satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
dari kami -
Azira, Zaidi & Danish Arjuna

September 24, 2008

Tag Raya

Posted by Azira at 10:35 AM 0 comments
TaGGed RAye... Got this tag from Ida Sweet Princess

1. Berapa pasang baju raya anda thn ni dan kaler apa?
2 pasang - purple and brown

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Ketupat palas + rendang and nasi himpit kuah kacang.. yummy...

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Tart Nenas (yang bentuk buah nenas aje yang suka..)

4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
yang dapat lum tahu lagi.. untuk bebudak, ada la sket2.. rezki depa..

5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Raya tahun ni kat umah mak.. apa lagi, malam raya kena kemas umah lerrr..

Selamat Hari Raya Aidilfitri ...

September 19, 2008

Toy For Danish

Posted by Azira at 8:31 AM 0 comments


Mummy ada belikan toy untuk Danish. Beli kat Mothercare, Alamanda Putrajaya. Dah lama berhasrat nak belikan Danish toy jenis macam ni dan akhirnya tercapai gak hasrat.. Nampaknya Danish enjoy plying with the toys..





Lamaze Gardenbug Footfinder Wrist Rattle Set
An excelent Lamaze toy - baby-soft wrist rattles and foot finders encourage discovery. This educational toy bright patterns and faces, with fun sounds to reward exploration. Ideal toy for developing hand-to-eye coordination skills.




Bug on the left hand..



Bee on the right hand..

Seronok betul Danish bermain dengan Lamaze Gardenbug Footfinder Wrist Rattle Set. Yang kaki punye terlupa nak pakaikan..

September 16, 2008

Danish Turns 4 Months

Posted by Azira at 8:54 AM 0 comments
Yeah... every 16th of the month Danish will be a month older.. and now he's already 4 months.. wahh cepatnyee besar baby Mummy nih.. He's now 6.3kg.. Actually Danish just recovered from Diarrhea (cirit-birit).. Kesian Danish.. asyik menangis ajer coz kekerapan buang air due to punggungnya yang melecet.. menjerit-jerit bila dibasuh punggungnya (mummy pun nangis, sedih tengok baby sakit, rasa macam nak minta Allah transfer sakit tu ke mummy..). Bawa jumpa doktor pakar kanak-kanak and doctor said cause of his flu.. kata doktor since Danish have flu, dia tak pandai nak hembus hingusnya sebaliknya telan. So, hingus yang ada virus tersebut goes into his stomach and caused him diarrhea.. So, doktor bagi ubat krim and ubat makan and advise to give more mum's milk and change for a while formula milk to formula milk without lactose.. Problemnya, Danish ni tak suka makan ubat.. Susah betul nak bagi makan ubat.. menjerit-jerit.. Tapi, alhamdulillah.. Danish dah semakin sihat..

Danish sudah pandai bersembang-sembang.. main-main.. asyik tersengih jer bila jumpa orang. Mak mertua kata Danish ni mesra orangnya. Mana taknya, semua orang nak ditegurnya. Tersengih-sengih.. Comel betul macam mummynya.. hehehe.. Daddy Danish pulak tak sabar-sabar nak bagi anaknya makan. Sibuk daddy nak belikan Danish nestum.. Tapi sampai ari ni belum lagi beli nestumnya.. Usia 4 bulan ni Danish sudah boleh memusingkan badannya untuk baring dengan sendiri setelah penat meniarap. Kakinya kuat betul menendang.. Terkayuh-kayuh.. macam nak berenang..

Cute pose from Danish

Senyuman yang menawan


Tangan suka mencengkam apa saje yang dicapai. Alas tido pun boleh dicengkam



Danish suka sangat membesarkan matanya especially kalu berada di tempat yang kurang cerah

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez