September 27, 2011

Sony PSP Untuk Arjuna

Posted by Azira at 11:28 AM 1 comments
Semalam lunch hour, lari ke JJ Equine Park skejap dgn hubby semata-mata nk carikan Sony PSP utk Arjuna... Kesian kt Arjuna tkebil2 tgk cousinnya yg sebayar dgn dia syok main game Ultraman kt PSP.. Sekali sekala ada juga dpt pinjam main skejap tp pastu berebut-rebut plak... Kesian kan Danish, so mak n hubby decide nk belikan PSP utk dia... Lagipun Danish dok sebut gak nk game Ultraman... So, dapatla beli smlm.. Skrg ni price RM699 (4GB + Casing + game).. Mak kan suka kaler merah, so pilih la kaler ni tp mahal sket coz kaler limited edition.. RM729 tp hubby upgrade to 8GB ke tmbh RM50.... Penuh dgn game dalam PSP.. Yg penting Arjuna dok request game Ultraman dan BEN10...




Maka gembiralah hati yg terkira nak bujang mak ni dapat PSP... Ni la zaman skrg, zaman teknologi ICT ni... Budak umur 3 tahun pun dh pandai nk main PSP... Mak ni la dok tkial2 masih dok tak mahir main PSP... Dapat PSP main x henti2 smpi battery kong... Danish, Danish... xpelah.. Jnaji anak mommy happy... Tapi janji jgn notty2 tau...



Budak kecik ni jugak kesian x dapat apa2.. Cian Dania.. Mak pun x tau nk beli apa utk dia... Beli anak patung Dora pun wat tak tau je.. yg sibuknya nk main mainan abang dia je.... Nasib baik Dania x berebut PSP abangnya...

September 26, 2011

Biocerum

Posted by Azira at 2:47 PM 1 comments

Kali ni nk citer pasal skin care product plak... Bagus Biocerum ni.. Mak pun dh try gunakannya dan ianya amat berkesan... So, thats why mk nk sharing ngan kengkawan sumer... Yalah.. Bukan mak sorang je nak kelihatan cantik dan muda, mak pun happy juga dapat lihat org lain gak.. Jom kita tengok...



BIOCERUM

(Rejuvenate Signature Course)
- Rejuvenate Signature Course (formulated in France) daripada Biocerum merupakan satu set lengkap serum yang telah diformulasikan mengikut keperluan kecantikan masakini. Ianya mudah digunakan, bersih, suci dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Serum-serum keluaran Biocerum selamat digunakan dan amat berkesan merawat masalah kulit wanita. Ia melindungi kulit daripada iritasi, membekalkan keperluan vitamin C, mengurangkan bintik-bintik hitam, membaiki tona warna kulit dan menghilangkan garis halus penuaan untuk menjadikan kulit tampak lebih segar, anjal dan berseri.

Fungsi mengikut jenis dan cadangan penggunaannya yg teratur dapat menghasilkan keputusan yg dikehendaki.. Terdapat 4 jenis serum pelbagai fungsi yg perlu dipakai ikut aturannya.. Setiap hari berbeza serum dan hanya pakai pada waktu malam sahaja...



JADUAL PENGGUNAAN BIOCERUM

Hari Pertama - Soothing and Night Repair Serum

Memperbaiki kuli muka dari dalam dengan cara merawat dan melindungi kulit daripada iritasi akibat terlalu lama terdedah kepada kekotoran persekitaran dan juga pancaran matahari. Berfungsi melembapkan permukaan kulit sekaligus merawat masalah kulit kering. Menenangkan dan turut merehatkan kulit ketika sedang nyenyak tidur.




Hari Kedua - Revive C Serum

Diformulasikan dengan vitamin C untuk membekalkan keperluan vitamin kepada sel kulit. Ia menghidratkannya dan membantu proses penghasilan sel kulit baru untuk wajah yg lebih segar, cerah serta berkilau. Kini, tidak perlu lagi mendapatkan suntikan dengan kos bayaran yg tinggi.






Hari Ketiga - Fair Complex Serum

Bertindak menangani masalah kulit kusam pada wajah dengan meratakan tona kulit yg tidak sekata dan menyerlahkan kecerahan setiap inci wajah dengan kilauan yg menawan.






Hari Keempat - Premium 24k Gold Serum

Dengan formulasi emas 24 karat bertindak menghasilkan kolagen yg dapat membantu memperbaiki sel kulit yg rosak dan menjadikan tekstur kulit lebih anjal dan gebu. Ia juga dapat mengurangkan tanda-tanda pramatang penuaan kulit seperti garisan halus serta kedutan. Hasilnya kulit akan terasa lebih anjal, lebih cerah dan awet muda sentiasaa.



So, untuk hari kelima ulang balik guns serum hari pertama, dan seterusnya sehingga habis atau sampai bila-bila yg kita mahu.. Kalu habis belilah lagi... hehehe...


Cara-cara Penggunaan Biocerum:

Langkah 1
Sebelum tidur, cuci muka dengan bersih menggunakan pencuci muka yg sesuai (tak kiralah brand apapun janji sesuai dgn uols..) bagi memastikan wajah bebas daripada sebarang kekotoran dan sisa solekan yg masih melekat. Lap sehingga kering bahagian muka dan leher. Pastikan telapak tangan dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum menggunakan serum.


Langkah 2
Titiskan serum ke telapak tangan.


Langkah 3
Ratakan serum ke seluruh permukaan kulit wajah dan juga leher dengan sekata.
(Serum ini berasaskan air, so senang menyerapke dalam kulit)


Langkah 4
Buat urutan ringan pada wajah selama 3 - 5 minit untuk memastikan serum dapat diserap sepenuhnya. Biarkan serum pada kulit semalaman. (Pelembap/mosturiser/night cream boleh juga diaplikasikan selepas itu tapi mak tak pakai pun... Cukup sekadar pakai serum ni ni...)


Senang kan? Mak sekarang tiap2 malam sebelum tido, cuci muka n terus apply serum, pastu tido... Takyah dah pakai pelembap ke, night cream ke.... So, hasilnya tengoklah muka mak ni....


OK tak? So, sape2yg berminat blehlah contact mak via email azirarashid@yahoo.com..... Pride sekotak adalah RM98 (ada 3 set serum - 12 botol)... Murahkan? Mak ni guna jinat cermat.. 1 botol mak bleh pakai 4 - 5 kali... Jimat la sket....


September 23, 2011

Tudung Fareeda

Posted by Azira at 4:45 PM 0 comments
Tahun ni untuk raya mak macam berkenan nak pakai tudung Fareeda coz tudung2 Fareeda ni comel2... Designnya lain dari yg lain... Especially yg design Mawar... Mak suke sangat... Membuatkan si pemakai pun ala-ala comel gitu... hehehe... Sebelum ni mak byk langgan tudung Ariani.. tapi tk salah kan skali sekala tukar angin... So, mak adalah wat koleksi Tudung Fareeda ni sikit2... Antaranya spt gambar kt bwah ni ler...







Sape2 yg berkenan bleh la try tudung Fareeda ni... Butiknya terletak kt Bangi.. Harganya pun ok, reasonable.. Lagipun la ni ada diskaun.....



Kelab Equestrian Putrajaya

Posted by Azira at 4:43 PM 0 comments
Ni kir entry yg dh basi... Peristiwa dh lama berlaku, lepas raya ari tu tp ari ni baru ada kelapangan nk post ke sini... Sungguh kurang ayu.... Mak nk citer pasal Cafe Mangiamo kat Kelab Equestrian Putrajaya... Selama ni mak x penah amik port yg kt Kelab Equestrian ni ada cafe yg sediakan makanan best2... So, baru-baru ni mak ada la celebrate anniversary yg ke 11 mak ngan bespren mak, namanya Zuraidah, skali ngan ulangtahun service kami kt gomen ni lerrr... Kami lapor diri sama2 pd hari dan waktu yg sama dan ditempatkan di opis yg sama... Mmg every year kami celebrate tau... So, Zuraidah ni ajakla pi Kelab ni...



Kelab ni setaraf la dengan Kelab Tasik Putrajaya cuma lokasi dan pemndangannya yg berbeza... Of course la foodnya berbeza... Harga pun lebih kurang jer... Tapi kalu makan kt cafe ni ada diskaun 15% utk kakitangan gomen, dgn syarat kena tunjuk pas kerja... So, marila tgk apa yg kami order ari tu.. Gmbr mknan aje, gmbr orangnya xde coz sibuk dok bergossip smpi tlupa nk bgambar bersama... hehehe... Almaklumlah, dh lama x berjumpa...


Mak order air ni - Blue Pineapple Juice... Best ooo....

Ni Zue yg order - Expresso Coffee, Mushroon Soup + Mini Murtabak...

Untuk makan Mak order Nasi Goreng Special Mangiamo!
Best gilerr....

Nest time mak nk ajak hubby n anak2 mkn kt cni la pulak... Suasananya pun ok, mak suke... Lokasinya terletak kt depan PICC.. Ikut je signboard pi Kelab Equestrian Putrajaya.. Pasti jupe...


September 6, 2011

Dinner @ TGIF Alamanda

Posted by Azira at 10:49 AM 0 comments

Petang Ahad baru ni gi dinner kat TGIF Alamanda... Tekak ni tetiba nk makan steak la pulak, hubby pun sama... Yelaaa... dh brape hari dok melantak ketupat la, lemang la, rendang la... So nak makan lain plakss... Plan asal nak gi Bayou Restaurant kt Alamanda... Skali tu tutup la pilakk... So, pi ajelah TGIF... Tengok pulak ada promotion Kid Eats Free... Dengan syarat kena order main course...

So, order la 2 jenis steak.... Maka dapatlah 2 meal free utk Danish and Dania... Sedap arr steak TGIF, lembut... Spageti pulak marvelessss.... Kenyang giler sampi tapaw spageti... Tak mampu nak makan lagii... Tengok kat kaunter TGIF Red Velvet Cake sedap pulak.. Maka tapaw l jugak kek tu... Auwwww.....


November Sea Breeze

Strawberry Lemonade Slush

Strawberry Sunrise (kids)

Spaghetti Marinara (FOC)

Chicken Fingers (FOC)

Ribeye Steak

Sirloin Steak

Muka-muka orang lapar... Toye pun ada.... hehehe...





Sebelum balik singgah jap kt TGV sebelah TGIF... Ada replika CARS... Sronok and excited betul Danish dibuatnya...

Aidilfitri 2011

Posted by Azira at 10:48 AM 0 comments
Aidilfitri 2011 kami beraya di umah PIL kat Kuang dulu... Raya kedua baru balik Kuantan umah mak... Thun ni tema raya adalah merah... aand first time Dania pakai baju kurung... Cute tul.... Raya pertama FIL masak rendang daging, MIL masak mee/bihun tomyam + nasi impit kuang kacang dan mommy masak nasi dagang... Wat kelainan sket... Mak sedara hubby pun masak nasi lemak... Tak banyak pics yg diambil raya kali ni coz busy melayan karenah anak2... Lagipun abang ipar ada amik byk gmbr guna kamera DLSR...

Raya kedua balik Kuantan... Beraya bersama sedara-mara sebelah mommy plak... Panas betul cuac kat sana... Petang Raya Keempat dh balik KL... Sebelum balik umah PIL, singgah kat Starbuck Ikano... Saje jer lepak2 minum Mocha Frap... Dh lama tekak ni nak minum Mocha Frap..


Raya Pertama

Raya Kedua

Raya Ketiga

Raya Keempat

Hari Ahad petang baru balik Putrajaya... Bila bukak pintu rumah, penuh dengan report polis diselitkan bawah pintu... Sebelum balik kampung hubby ada ke IPD Putrajaya untuk isi borang Balik Kampung Sempena Raya.. So, sepanjang ketiadaan kami, setiap hari 2 kali sehari polis wat rondaan dan check keadaan rumah kami dan laporan diselit bawah pintu... Alhamdulillah sume report - "keadaan terkawal"... Mekasih IPD Putrajaya....


Tapi yg tak syoknya, toilet kat Master bedroom berbau busuk dan banyak ulat2... Ada bangkai binatang yg mati kot kt atas siling toilet tu... Busuk yg amat... Jenuh hubby membersihkan toilet tapi masih lekat baunya lagi smpi skrg n dok tunggu otan maintenance dtg check... Uwekkkk....

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez