October 31, 2008

Danish @ OneUtama

Posted by Azira at 8:59 AM 0 comments
Cuti Hari Deepavali kami pi jalan-jalan di Oneutama. Jalan-jalan dengan atuk dan wan Danish. Plan asal kami sekeluarga nak bercuti di Melaka dan beraya di rumah mak sedara hubby di sana. Tapi malangnya, bila ke Melaka pada hari Ahad, selepas beraya di rumah maklang, terpaksa balik ke KL dengan perasaan hampa kerana semua hotel di Melaka full house. Hampir semua hotel dan resort di bandar Melaka dan Pantai Klebang kami redah untuk bertanyakan bilik untuk bermalam tapi hampa sumenya dah penuh. Orang punyala ramai di Melaka sampai bandar Melaka sesak teruk pada hari tersebut. Macam ada festival di Melaka. Agaknya orang ramai dah plan nak nak bercuti di Melaka Deepavali ni. Nak taknak terpaksa la kami balik ke KL tapi hubby dah janji akan bercuti ke Melaka pada bulan depan.


So, untuk mengubat hati yang hampa ni, hubby bawa kami jalan-jalan di Oneutama. Sebenarnya pi OU ni nak rembat baju untuk Danish memandangkan Guess Kid ada wat sale, diskaun samapi 70% for selected items. Apa lagi, mummy pun rembatla baju untuk Danish. Banyak la jugak.. Kay Jaya Jusco pun ada sale. Manuasia punyala ramai.. Sempatla jugak kami rembat bed sheet and comforter. hehehe... Petang baru kami balik ke rumah..


Kenangan di taman dalam OneUtama



October 16, 2008

Danish Turns 5 Months

Posted by Azira at 4:09 PM 0 comments
Danish has just turned 5 months last Sunday. He got his 5mo jab on Monday at Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Alhamdulillah, this time he didn't get a fever following the jab. Tapi Danish tidur semasa nak cucuk. So, nurse minta kejutkan Danish untuk bagi makan ubat and cucuk. Nurse kata tak boleh cucuk semasa baby tido, takut nanti baby terkejut and lagi kuat menangis. Puas mummy and daddy kejutkan Danish tapi Danish just buka mata skejap pastu tidur balik. Finally nurse basahkan muka Danish dengan air. Mulalah Danish melalak marah tidonya diganggu tapi skejap jer. diam plak dia. So, nurse minta pegang Danish dan bagi dia makan ubat dan terus cucuk. Rasanya, lepas beberapa saat baru Danish realize that the jarum was painful, apalagi melalak la Danish untuk 1 or 2 minutes before calming down after some pujuk-pujuk. Dah 5 bulan ni, Danish dah dapat skill baru :
  • Danish sekarang dah pandai pegang kakinya sendiri semasa tengah main, tengah nenen pun boleh, semasa dipegang oleh mummy dalam kereta pun sibuk nak pegang kaki. Stokin yang dipakai pun boleh dicabutnya.
  • Danish dah start biting fingers, usually 2 fingers. Sampai meleleh air liur. Kengkadang tu sampai muak-muak. Danish pun dah pandai membebel-bebel, mumbling tapi tak tau apa yang dibebelnya. Danish juga suka menjerit, gembira menjerit, nangis pun menjerit. Kuat betul suara dia.
  • Kaki Danish pun dah kuat. Suka sangat berdiri, pastu nak melompat-lompat. Lenguh tangan mummy bila pegang Danish..
  • Danish juga dah boleh tido mengiring dan meniarap dengan sendiri. Dia akan cari posisi yg betul-betul selesa nak tido. Nampak cute bila dia tido camtu..
  • Danish dah boleh grab stuff yang berada di sekeliling dia. Tak kira la apapun. Alas tido pun boleh grqab and then masuk mulut. Tapi paling digemari Danish ialah grab tudung mummy while mummy holding him. Ditarik-tarik tudung mummy. Tak boleh mummy nak melawa dah.
  • Occasionally, he can turn over. Dia dah boleh meniarap sekarang and mula nak angkat-angkat punggung. Tapi cepat benor rasa penat meniarap dan mulalah bising minta diangkat. - Can't leave him alone on the bed anymore. He can already pusing-pusing, sometimes 360 degrees!

Aksi-aksi Danish dengan kakinya


October 9, 2008

Wajah Baru Danish

Posted by Azira at 8:36 AM 0 comments

Hari Isnin ari tu cukur habis rambut Danish. Dah lama niat nak cukur rambut Danish tapi tak kesampaian. Takut nak cukur since kepala baby masih lembut lagi. Tapi sekarang dah timbul keberanian untuk cukur sampai habis licin kepala Danish mummy kerjakan. Berbekalkan pisau cukur kepunyaan daddy Danish dan sebesen air, upacara bercukur bermula dari rambut belakang. Mulanya Danish dok diam tapi lama kelamaan dia nangis dan mula tak dok diam. Terpaksa berhenti sekejap, nenen kan Danish and bila dah tido baru sambung balik..
Wajah Danish sebelum dicukur

Start cukur dari belakang kepala. Masa ni Danish tengah meniarap atas riba mummy
Dah mula tak duduk diam. Asyik pusing kepala sambil marah-marah
Akhirnya, habis semua rambut Danish dikerjakan..

Tadaaaa... ni dia rupa Danish yang baru dengan imej shaolin.. Nyenyak betul tido..

Pandangan sisi kepala Danish. Nasib baik kulit kepala Danish bersih jerr..

Danish setelah dimandikan. Happy jerrr.. Sronok dengan imej baru. Kepala rasa ringan kot..

October 8, 2008

Photo of The Day

Posted by Azira at 9:04 AM 0 comments


October 7, 2008

Aidilfitri 1428H

Posted by Azira at 9:23 AM 0 comments
Tahun ni sambut Aidilfitri di kampung mummy di Beserah, Kuantan. First time raya dengan baby, punye la excited. Siap tempah baju melayu untuk Danish sedondon dengan daddy. Tema baju raya tahun ni purple.. Banyak jugak Danish dapat duit raye..

Happy Family - Daddy, Mummy and Danish. Tapi Danish tido..

Danish with daddy di pagi raya

Danish with mummy kat umah onyang..


Danish's cousins - Adam, Amir and Athirah

Tok Danish.. time raya ni busy gak dengan businessnya..


Danish with mummy and daddy on 2nd day of aidilfitri

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez