August 26, 2010

Alhamdulillah.....

Posted by Azira at 10:27 AM 0 comments


Berita Harian (Khamis - 20 Mei 2010)



PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal



KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.

Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara. Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan.


Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan.


Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu.



Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya.



Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara. Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.




Alhamdulillah... Dapat duit raya RM500 pun dah ok daripada tak dapat langsung... Bolehlah guna wat blanje raya nanti.. Syukur....



August 20, 2010

Shopping On-Line Lagi...

Posted by Azira at 3:25 PM 0 comments

Shopping melalui on-line lagi... Skang dah pandai shopping kat on-line.. Kali ni beli SPANX plak... Baru sampai semalam....

Apa ada dalam ni?????



"

"

"

"

"

"

"
"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Tadaaaa...



  • Apa mende SPANX ni?


    In-Power Line Super Higher Power
    SPANX Higher Power eliminates VPL (Visible Panty Lines) and slims, smoothes and shapes the figure from the lower thighs up through the midriff. Plus, there's no binding legband to create bulge on your thigh! Soft hosiery fabric has a flat seam up the front and back. Not recommended for thin or clingy fabrics.


    Tame your tummy and create an hourglass silhouette with Super Higher Power, our new comfortable yet powerful high-waisted hosiery shaper from our In-Power Line. Now, you've got the power!
    Amped-up, high-waisted tummy-taming panel
    Super sleek, cling-free finish
    Mega compression zones target tummy, thighs and rear
    Unique new design gives rear a lift
    Cotton double gusset for ease when nature calls
    Panty lines be gone! Wear as underwear
    Legband-free design prevents bulges on thighs
    Streamline your silhouette in waist-cinching skirts and dresses










Adakah ia sebest PB???
Tak panas pun...macam sarung stokin.. mmg best...
lemak2 dah disorokkan... yahoooooo!!!
Beli kat blog Shopping Queen... leh tgk kat situ.. service cantik... puas hati!

August 19, 2010

Beg Raya Sudah Sampaiiiiiii....

Posted by Azira at 12:32 PM 0 comments

Yeay!! Akhirnya sampai jugak beg ni semalam...
Alhamdulillah.. mmg baget nak pakai raya nanti.. hehehe...
Bertambah satu lagi koleksi Coach mommy... Berkenan kaler khaki/papaya tu.. hehe..
Beli dr pu3 vee... Services yg sangat bagus, bayar hari ni lusa dah dapat beg... macihh ye pu3 vee..
Baju anak2 dah settle.. Lepas ni baju raya mommy n daddy plakkk + kuih raya + duit raya....
macam2 nak kena baget... Nak raya ni duit kuar cam air..huhuhu..
Neway.. I'm happy today!


COACH SIGNATURE FLAP TURNLOCK DUFFLE
FRONT FLAP TURNLOCK CLOSURE

August 18, 2010

Persiapan Raya Untuk Anak-anak Tersayang

Posted by Azira at 12:34 PM 0 comments


Saje jer wat persiapan raya lebih awal tahun ni... Maleh nak kelam kabut cari masa nak dekat2 raya.. Lagipun skang musim sale... Amik la peluang rembat diskaun2 yg ada... Jimat tuuuu...



Ni kira tambahan kepada baju2 yg dibeli di RLP Pavillion ari tu... Shirts n jeans/skirts utk Danish n Dania beli kat Guess OU... Kasut Danish pun beli kat Parkson OU... Kasut putih Dania beli kat Tree House, tambahan kasut Crocs yg dibeli oleh daddy ari tu... Beraya sakan anak2 tahun ni... Tapi sebenonya mommy yg lebih excited nyaaa.... Tinggal nak settlekan baju melayu Danish n baju raya pertama Dania yg telah ditempah sedondon kami sekeluarga...



August 13, 2010

Eppy 6 Months Besday To Dania..

Posted by Azira at 11:50 AM 0 comments
Ari ni cukuplah usia Dania 6 bulan... Cepatnya la masa berlalu... Sedar tak sedar dah 6 bulan Dania ni... Lagi nak bulan dah nak masuk setahun... And alhamdulillah, Dania masaih lagi menyusu badan sepenuhnya...
Anyway, HAPPY 6 MONTHS BIRTHDAY DANIA....
Mummy and daddy n abang love you so much...




August 10, 2010

Ramadhan Muncul Kembali...

Posted by Azira at 2:05 PM 0 comments
Salam Ramadhan buat sume umat Islam...
Semoga segala amal dan ibadah kita di bulan yang mulia mendapat keberkatan dari Allah swt....



August 4, 2010

MacLaren Oren Untuk Dania

Posted by Azira at 4:23 PM 0 comments
Dania dah ada MacLaren miliknya sendiri... Slama ni asyik dok berebut dgn abang Danish,.. Abang bukannya faham yg adiknya ni bukannya boleh didokong lama2, lenguh tangannnn... Lagipun senang sket dh ada 2 MacLaren ni, nk jalan2 senang, daddy tolak abang, mommy tolak tolak adik... Anak2 nak tido pun selesa...
MacLaren Dania lain sket dari abangnya.. Adik punya boleh dibaringkan sket compare abang punya.. Khas utk baby umur bulan ke atas... Pada asalnya nak rembat kaler pink tapi dah abis stok, so rembat ajelah kaler oren... Oren pun cute jugakkkk... So lepas ni xder la Danish rebut2 dgn adiknya lagi...

August 3, 2010

Dania Semakin Lasak..

Posted by Azira at 11:23 AM 0 comments
Citer pasal Dania pula... Sejak dh boleh meniarap dan bergolek2 ni, bukan main lasak lagi Dania ni... Asyik bergolek, berpusing sampai keluar dari tilam dia... Sedar2 dah atas tikar atau simen.. Semalam mommy tgk dah tergolek sampai bawak bouncer yg letak sebelah tila dia... Dania... Dania...






August 2, 2010

Abang Danish @ Mommy's Office

Posted by Azira at 4:10 PM 0 comments


Ari ni Abang Danish tak pi taska, tak sehat, kaki dan tangan naik gatal2.. Dh jupe doktor n alhamdulillah bukan HFMD, just virus infection.. 2 klinik yg berbeza kami pegi utk betul2 check Danish n sahkan betul2 bukan HFMD... Risau gak, dah ler taska Danish tutup seminggu baru2 ni coz ada budak yg bawak penyakit HFMD.. Mommy maleh nak amik cuti, bawaklah Danish ke opis... Kebetulan ari ni xde meeting atau discussion... Sambil wat keje bleh la tgk2 Danish... Dania htr ke taska mcm iasa... Bilik mommy bersepah mcm tongkang pecah dibuatnya Danish... Tapi apa nk buat, janji dia dok diam... Lama2 tertido juga...



 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez