November 28, 2008

Danish @ Malacca

Posted by Azira at 5:00 PM 0 comments
Sabtu lepas (22 November 2008) kami sekeluarga cuti-cuti Malaysia di Melaka Bandar Bersejarah. Saje je bawak Danish jalan-jalan luar dari Klang Valley. Lagipun nak lepas dendam semasa cuti Deepavali ari tu yang mana percutian di Melaka terpaksa dibatalkan disebabkan semua hotel di Melaka full house. Kebetulan pulak ada kenduri kawain kawan di sana. Kami stay kat Hotel Seri Costa, dalam Malacca town area. Hotelnya dari segi biliknya, memuaskan cuma hotel ni tiada kemudahan tempat letak kenderaan di basement macam hotel-hotel lain coz hotel ni terletak di tengah-tengah kawasan deretan rumah kedai. So, parking lot adalah di bawah majlis perbandaran melaka. Hotel ada provide parking ticket sepanjang kita stay kat situ. Tapi, masalahnya, during check-in, bila keluar ke kereta nak pick up barang, tengok-tengok dah kena saman dek majlis perbandaran kerana tak mempamerkan kupon parking. Aduhai... tak pasal-pasal terbang RM30..
Di Melaka kami sempatla berjalan-jalan di Muzium Maritim, Muzium TLDM, Menara Taming Sari dan juga Dataran Pahlawan.. Punyala ramai manusia di Menara Taming Sari. Nak naik menara ni kena charge RM10 per adult (harga sebenar RM20 tapi ada promotion untuk warganegara Malasia, diskaun 50%, just tunjukkan MyKad).

Di hadapan Kapal Portugis

Dalam Kapal Portugis



Bukan main seronok lagi si Danish..


View depan kapal pada waktu malam
Danish with daddy dalam Muzium TLDM

Tengok tu.. Sempat lagi Danish nak tarik tudung mummy..

Dalam Muzium TLDM

Di atas Kapal Samudera TLDM, berlatar belakangkan Seri Costa Hotel


With Daddy kat depan Menara Taming Sari


Wiew Bandar Melaka pada waktu malam dari Menara Taming Sari (kamera tak canggih)


Bukan min kusyuk lagi Danish tengok view dari Menara Taming Sari. Sikit pun Danish tak takut. Mummy plak rasa gayat..


Zaidi and Zaidi Junior...


November 20, 2008

Photo Of The Day

Posted by Azira at 10:00 AM 0 comments

Danish With A&W Bear

Posted by Azira at 9:44 AM 0 comments
Sabtu lepas balik dari Genting Highlands terus ke Jalan TAR, bawak nenek Danish jalan-jalan beli tudung. On the way back to SOGO, terserempak la dengan Mascott A&W dok berjalan-jalan di kaki lima Jalan TAR (depan Maya Silk Store), dok tengah melayan budak-budak dan mak bapak budak.. So, mummy pun tak lepas peluang kenalkan Danish dengan Bear A&W. Ingatkan Danish akan menjerit menangis takut tapi rupa-rupanya Danish wat dek jer dengan Bear tersebut. Puas la Bear tu dok cak-cak dia tapi Danish wat tak layan jer.. Sibuk dok telek cawan air mummy.. Macam xtakde perasaan betul anak mummy niehh.. Mummy jer dok beriya nak bergambar dengan mascott A&W.. Kesian Bear tu... hehehe..




November 17, 2008

Danish @ Genting Highlands

Posted by Azira at 9:05 AM 0 comments

Last week Danish ikut mummy pi Genting Highlands coz mummy kena attend Bengkel Kajian Semula ISP di First World Hotel dari 12 hingga 15 November 2008. Since Danish ni bmasih lagi menyusu badan and mummy tak pernah berenggang dengan Danish, so mummy decided nak bawak Danish sekali. Daddy plak kena pi kursus di Gerik, so terpaksa la mummy import Dtok Danish untuk jaga Danish during mummy attend bengkel. Punyalah ramai manusia di Genting Highlands. Hampir 90% pelancong asing. Mostly Chinese.. Rasa macam kita berada di negeri China pulak..
Fisrt day Danish kat Genting, dia ok la tapi bila dah lama-lama kat Genting, Danish dah mula nak meragam jer... Asyik nak menangis jer.. Dah boring agaknya asyik dok kat bilik. Danish asyik tunjuk ke pintu untuk ajak keluar. Pandai betul dia..
Kami tak berjalan-jalan sangat kat Genting ni memandangkan schedule mummy tketat. Siang malam ada bengkel. Itu yang buatkan Danish boring tu.. Cuma dapat luangkan masa waktu petang untuk bawa Danish jalan-jalan. Lagipun Danish kecil lagi. Bukannya dia reti nak main-main dalam Theme Park tu.. Cuma dok tengok lampu-lampu di sekeliling Indoor Theme Park. Takpelah, tunggu Danish dah besar sket, dah pandai main-main, kita ajak daddy pi Genting..
View Genting Highlands dari Level 28, Toer 2 First World Hotel (during breakfast). Nasib baik cuaca elok, ada matahari..


Danish with Tuk kat Indoor Them,e Park. Sibuk tengok sekeliling sampai kamera pun tak mau pandang


Mood tengah baik. Dok lepak-lepak dalam bilik

Pose Danish ketika jalan-jalan di tepi Theme Park. Susah betul nak suruh dia tengok kamera. Ada je kerja yang Danish nak buat..

Pose yang comel dari Danish. Keceriaan jelas terpancar


Danish with mummy


Muka boring dalam bilik.. Dah start meragam

Happy 6 Month Birthday

Posted by Azira at 9:04 AM 0 comments

Semalam Danish cukup 6 bulan. Dah besar anak mummy n. Pejam celik, pejam celik dah 6 bulan anak mummy. Cepat betul masa berlalu. Last week pi klinik, berat Danish dah 7kg dan tingginya 67cm.. Danish dah semakin lasak sekarang ni. Dah tak boleh tinggalkan sorang-sorang kat atas katil. Nanti habis dipusingnya atas katil tu dan dikhuatiri terjatuh. Asyik meniarap je kerjanya. Pantang letak aje, meniarap. Bila baringkan balik, meniarap semula. Nak pakaikan pampers and baju pun dah susah.. Bukan setakat meniarap, sipa menungging angkat-angkat punggung dan menyondol.. Nak merangkak agaknya.. Tidur pun sungguh lasak. Sekejap baring, sekejap meniarap, sekejap mengiring.. Habis mummy dan daddy dihimpitnya. Sedar-sedar Danish dah ada di bawah ketiak atau belakang mummy. Lasak sungguh..
Danish belum tumbuh gigi lagi tapi gusinya dah keras. Kalau menyusu, bahaya gak coz dia dah pandai menggigit. Menjerit mummy sakit.. Bila mummy jerit, Danish gelak plak.. Nakal betul.. Danish suka sangat menjelir-jelir lidah dan main air liur.. Gatal gusi agaknya..

Mummy dah start bagi Danish makan masa 5 bulan lebih ari tu. Makan biskut Farleys Rusk, once a day.. Nestum beras dibancuh bersama susu 2 kali sehari.. Tapi lately ni Danish taknak makan biskutnya. Bila disuap ke mulut, Danish tutup mulut rapat-rapat. Risau gak Danish taknak makan, takut susut badannya. Yapi tuk Danish cakap Danish nak ringankan badan, that's why dia taknak makan.. Takpelah, nanti mummy buatkan Danish bubur nasi seperti yang disarankan oleh nurse.. Harap-harap Danish suka nanti.

Poae Danish ketika sedang menunggu giliran di Klinik. Lagak macam orang besar

Danish with mummy during Jamuan Raya di Taska

Danish dah mula dok dalam walker. Dah laju Danish mengayuh..


Antara pose Danish ketika nak menungging. Mula-mula main kaki dulu..


Pastu mengiring


Dah mula meniarap dan menungging dan meyondol. Susah nak snap ketika menungging coz laju sangat aksinya..

Dah baring semula

November 7, 2008

A Gift From A Friend

Posted by Azira at 9:25 AM 1 comments
Sume LO ni kawan I, Wawa yang buatkan. Cute kan... I nak wat bukannya reti.. So, mintak tolong la kat kawan yang reti dan rajin.. Anyway, Thanx Wawa..




 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez