November 17, 2008

Happy 6 Month Birthday

Posted by Azira at 9:04 AM

Semalam Danish cukup 6 bulan. Dah besar anak mummy n. Pejam celik, pejam celik dah 6 bulan anak mummy. Cepat betul masa berlalu. Last week pi klinik, berat Danish dah 7kg dan tingginya 67cm.. Danish dah semakin lasak sekarang ni. Dah tak boleh tinggalkan sorang-sorang kat atas katil. Nanti habis dipusingnya atas katil tu dan dikhuatiri terjatuh. Asyik meniarap je kerjanya. Pantang letak aje, meniarap. Bila baringkan balik, meniarap semula. Nak pakaikan pampers and baju pun dah susah.. Bukan setakat meniarap, sipa menungging angkat-angkat punggung dan menyondol.. Nak merangkak agaknya.. Tidur pun sungguh lasak. Sekejap baring, sekejap meniarap, sekejap mengiring.. Habis mummy dan daddy dihimpitnya. Sedar-sedar Danish dah ada di bawah ketiak atau belakang mummy. Lasak sungguh..
Danish belum tumbuh gigi lagi tapi gusinya dah keras. Kalau menyusu, bahaya gak coz dia dah pandai menggigit. Menjerit mummy sakit.. Bila mummy jerit, Danish gelak plak.. Nakal betul.. Danish suka sangat menjelir-jelir lidah dan main air liur.. Gatal gusi agaknya..

Mummy dah start bagi Danish makan masa 5 bulan lebih ari tu. Makan biskut Farleys Rusk, once a day.. Nestum beras dibancuh bersama susu 2 kali sehari.. Tapi lately ni Danish taknak makan biskutnya. Bila disuap ke mulut, Danish tutup mulut rapat-rapat. Risau gak Danish taknak makan, takut susut badannya. Yapi tuk Danish cakap Danish nak ringankan badan, that's why dia taknak makan.. Takpelah, nanti mummy buatkan Danish bubur nasi seperti yang disarankan oleh nurse.. Harap-harap Danish suka nanti.

Poae Danish ketika sedang menunggu giliran di Klinik. Lagak macam orang besar

Danish with mummy during Jamuan Raya di Taska

Danish dah mula dok dalam walker. Dah laju Danish mengayuh..


Antara pose Danish ketika nak menungging. Mula-mula main kaki dulu..


Pastu mengiring


Dah mula meniarap dan menungging dan meyondol. Susah nak snap ketika menungging coz laju sangat aksinya..

Dah baring semula

0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez