Danish Arjuna turned 1 year old last Saturday (16 May 2009)!
Ya Allah... Begitu cepat masa berlalu.. Pejam celik, pejam celik, dah setahun anak mummy ni.. Rasanya macam baru je semalam Danish keluar dari perut mummy.. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kami suami isteri Danish Arjuna yang comel dan sihat bagi mengeratkan lagi kasih sayang anatara kami berdua..
Danish sekarang dah semakin cerdik. Semakin hari semakin banyak yang Danish belajar. Macam-macam Danish buat yang boleh menghiburkan mummy and daddy.. Berat Danish sekarang somewhere around 8.7 kilograms. Danish dah ada 8 batang gigi, 4 atas 4 bawah. Dah mula asyik dok berdiri sambil lepas tangan dengan sendiri tapi masih belum boleh berjalan lagi.. Jari telunjuk asyik dok tunjuk sana, tunjuk sini.. Mulut asyik membebel-bebel nak bersembang.. Menjerit jangan cakaplah, memang dari dulu lagi suka menjerit-jerit.. tak kira di ama pun.. Tapi yang bestnya Danish ni manja betul dengan mummy sampai daddy pun jeles... Yang tak syoknya, tak boleh mummy ni hilang dari pandangn, mulalah menjerit mencari..
Semasa berumur 1 hari (17 May 2008)
Born on 16th May 2008 (11.09pm) @ Hospital Serdang - 2.38kg - 48cm
Born on 16th May 2008 (11.09pm) @ Hospital Serdang - 2.38kg - 48cm
5 hari
1 month