April 28, 2011

Makan Badam Tidak Menambahkan Berat Badan

Posted by Azira at 9:53 AM


BADAM TAK MENAMBAH BERAT BADAM
(Sumber : Majalah Mingguan Wanita Bil 1432 ( 29 April - 5 Mei 2011))



Anda penggemar kacang badam?


Jika sebelum ini anda berat hati untuk meninggalkan makanan kegemaran ini gara-gara percaya kacang ini boleh menambah berat badan, ini mungkin berita baik untuk anda.



Ternyata, mempercayai kacang badam boleh menambah berat badan adalah salah sama sekali. Walhal, kacang ini antara kacang yang menyihatkan selagi ia diambil dalam kuantiti yang sederhana, bukan berlebihan. Antara manfaat yang boleh diperolehi dengan menikmati kacang ini ialah :

Badam memiliki nutrial penting yang lengkap seperti kalsium, kalium dan magnesium yang membantu mengatur tekanan darah serta mencegah osteoporosis.



Biarpun mengandungi lemak, lemak yang terkandung di dalamnya adalah lemak baik. Selain antioksidan, badam mengandungi lemak tak jenuh tunggal dan beberapa polyunsaturated yang cendeerung menurunkan kadar kolestrol jahat di dalam tubuh badan.



Badam juga mengandungi vitamin E yang boleh mencegah penyakit jantung dan melambatkan proses penuaan. Oleh itu, tidak hairanlah bila ia boleh membantu merawat kesihatan kulit dan rambut.



Asid folat pada badam dapat menurunkan kadar homosistein di dalam tubuh.



Uniknya kacang badam ini, apabila anda menikmatinya sebagai hidangan snek ringan, manfaat yang anda miliki seolah-olah anda menikmati buah-buahan. Selain itu, anda juga boleh menikmatinya secara mentah atau ditaburkan di dalam hidangan makanan.



Oleh itu, jika anda ingin mengudap makanan ringan, pilihlah kacang badam yang menyihatkan dan lazat tanpa perlu bimbang akan penambahan berat badan.




0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez