May 19, 2009

Danish's Birthday Bash

Posted by Azira at 9:41 AM 0 comments

Kebetulan 1st Birthday Danish jatuh pada hari Sabtu (16 Mei 2009), so mummy and daddy dah plan nak adakan majlis harijadi untuk Danish. Dapat pulak masuk ke rumah baru ni sebelum birthday Danish, senang sikit nak uruskan majlis memandangkan rumah besar, walaupun barang-barang belum sepenuhnya dipindahkan ke rumah baru.. Tema majlis Danish ni ELMO and Friends and kaler merah. Asalnya nak buat teme Barney coz Danish suka gak kat Barney tapi since mummy ni fanatik merah and merah ni nampak lagi meriah dan ceria, so tema ELMO dipilih.. Actually Danish ni manalah pandai lagi nak pilih kartun ape sebagai temanya.. Banyak jugak la perkara yg perlu diuruskan supaya majlis ni berjalan dengan lancar. Tempah ni, tempah tu, jemputan lagi, sibuk dengan pindah rumah lagi..

Ni Birthday Boy..

Siap pasang khemah lagi


Banner dan Goodies Pack yg ditempah khas dari Partythemepack


Ni Birtjday Cake Danish, mummy tempah dari BabyCakes. Cake ni bila dah dicucuk lilin sebatang, macam Elmo tengah isap rokok plak.. hehehe..



Main menu mummy tempah dari SS Sajian. Roti jala dan karipap mak mummy yg buat, sate daddy yg beli dari Sate Samuri Putrajaya, pulut kuning dan rendang daging atuk Danish yg buat dan mini burgers n pizzas mummy order dari BabyCakes

Acara tiup lilin dan potong kek. Danish tak reti nak tiup lilin so mummy la yg tiup..

Bergambar ramai-ramai satu family. Cantik dan meriah tema merah ni..


Danish with atuk

Mood Danish tak brape baik ari tu. Asyik nak nangis.. Dia rimas bila orang asyik dok cuit dia jer.. Apala Danish ni, tak sporting langsung..

Antara tetamu yg hadir


Mummy dah penat dukung Danish, so turn daddy la plak..

Danish akhirnya tak berbaju.. Cuaca agak panas, itu yg buat Danish asyik nak mengamuk aje..

Sebahagian dari hadiah yg diterima oleh Danish

Apalah yg disembangkan oleh Danish dan sepupunya, Raiyan..

Acara bukak hadiah

Danish with the gifts..

Gambar-gambar ni adalah sentuhan dari MomentStudio, Inilah hasil dari beliau.. Cantik dan kreatif..

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar and time kasih pada sume kengkawan dan sedara-mara yg sudi hadir ke majlis tersebut dan juga tidak lupa kepada adik-adik dan pihak-pihak yg membantu dalam menjayakan majlis ni.. TQVM

May 18, 2009

Danish Arjuna is 1!!!

Posted by Azira at 9:26 AM 4 comments
Danish Arjuna turned 1 year old last Saturday (16 May 2009)!

Ya Allah... Begitu cepat masa berlalu.. Pejam celik, pejam celik, dah setahun anak mummy ni.. Rasanya macam baru je semalam Danish keluar dari perut mummy.. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kami suami isteri Danish Arjuna yang comel dan sihat bagi mengeratkan lagi kasih sayang anatara kami berdua..

Danish sekarang dah semakin cerdik. Semakin hari semakin banyak yang Danish belajar. Macam-macam Danish buat yang boleh menghiburkan mummy and daddy.. Berat Danish sekarang somewhere around 8.7 kilograms. Danish dah ada 8 batang gigi, 4 atas 4 bawah. Dah mula asyik dok berdiri sambil lepas tangan dengan sendiri tapi masih belum boleh berjalan lagi.. Jari telunjuk asyik dok tunjuk sana, tunjuk sini.. Mulut asyik membebel-bebel nak bersembang.. Menjerit jangan cakaplah, memang dari dulu lagi suka menjerit-jerit.. tak kira di ama pun.. Tapi yang bestnya Danish ni manja betul dengan mummy sampai daddy pun jeles... Yang tak syoknya, tak boleh mummy ni hilang dari pandangn, mulalah menjerit mencari..


Semasa berumur 1 hari (17 May 2008)
Born on 16th May 2008 (11.09pm) @ Hospital Serdang - 2.38kg - 48cm
5 hari

1 month

2 months

3 months

4 months

5 months

6 months

7 months

8 months

9 months

10 months

11 months

12 months

Time flies so quick and mummy's just not ready to let you turn into a grown man so soon yet!Happy birthday my dearest Danish. You're the best thing that's ever happened to mummy and daddy so far!

May 12, 2009

Happy Mother's Day

Posted by Azira at 11:53 AM 0 comments


zwani.com myspace graphic comments
Easter Graphics


Happy Mother's Day to beloved mum, Puan Azizah Abd Wahid and my beloved mother-in-law, Puan Zabriah Hj Kamaluddin.. Thanx a lot for your loves and careness.. I love both of you..

Not to forget, Happy Mother's Day to all my friends and mothers around the world..

May 4, 2009

Danish yg Suka Menyibuk..

Posted by Azira at 12:55 PM 1 comments
Sekarang kami dok busy packing barang utk pindah. Maka Danish pun mulalah nak menyibuk bila time mummy nak packing. Mummy pegang kotak, Danish pun sibuk nak pegang kotak, Mummy masukkan barang-barang ke dlaam kotak, Danish keluarkan balik.. Aduiii... Tension mummy.. Mummy tolak barang guna trolley, Danish pun mulalah memanjat nak naik trolley gak.. And now, if nak packing pun kena tunggu Danish tido.. Jadi bolehlah nak pack barang-barang dengan aman...


Asyik dok kacau daddy setup home theater, last-last mummy letakkan Danish dalam kota. Seronok pulak Danish duduk dalam kotak..

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez