May 19, 2009

Danish's Birthday Bash

Posted by Azira at 9:41 AM

Kebetulan 1st Birthday Danish jatuh pada hari Sabtu (16 Mei 2009), so mummy and daddy dah plan nak adakan majlis harijadi untuk Danish. Dapat pulak masuk ke rumah baru ni sebelum birthday Danish, senang sikit nak uruskan majlis memandangkan rumah besar, walaupun barang-barang belum sepenuhnya dipindahkan ke rumah baru.. Tema majlis Danish ni ELMO and Friends and kaler merah. Asalnya nak buat teme Barney coz Danish suka gak kat Barney tapi since mummy ni fanatik merah and merah ni nampak lagi meriah dan ceria, so tema ELMO dipilih.. Actually Danish ni manalah pandai lagi nak pilih kartun ape sebagai temanya.. Banyak jugak la perkara yg perlu diuruskan supaya majlis ni berjalan dengan lancar. Tempah ni, tempah tu, jemputan lagi, sibuk dengan pindah rumah lagi..

Ni Birthday Boy..

Siap pasang khemah lagi


Banner dan Goodies Pack yg ditempah khas dari Partythemepack


Ni Birtjday Cake Danish, mummy tempah dari BabyCakes. Cake ni bila dah dicucuk lilin sebatang, macam Elmo tengah isap rokok plak.. hehehe..



Main menu mummy tempah dari SS Sajian. Roti jala dan karipap mak mummy yg buat, sate daddy yg beli dari Sate Samuri Putrajaya, pulut kuning dan rendang daging atuk Danish yg buat dan mini burgers n pizzas mummy order dari BabyCakes

Acara tiup lilin dan potong kek. Danish tak reti nak tiup lilin so mummy la yg tiup..

Bergambar ramai-ramai satu family. Cantik dan meriah tema merah ni..


Danish with atuk

Mood Danish tak brape baik ari tu. Asyik nak nangis.. Dia rimas bila orang asyik dok cuit dia jer.. Apala Danish ni, tak sporting langsung..

Antara tetamu yg hadir


Mummy dah penat dukung Danish, so turn daddy la plak..

Danish akhirnya tak berbaju.. Cuaca agak panas, itu yg buat Danish asyik nak mengamuk aje..

Sebahagian dari hadiah yg diterima oleh Danish

Apalah yg disembangkan oleh Danish dan sepupunya, Raiyan..

Acara bukak hadiah

Danish with the gifts..

Gambar-gambar ni adalah sentuhan dari MomentStudio, Inilah hasil dari beliau.. Cantik dan kreatif..

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar and time kasih pada sume kengkawan dan sedara-mara yg sudi hadir ke majlis tersebut dan juga tidak lupa kepada adik-adik dan pihak-pihak yg membantu dalam menjayakan majlis ni.. TQVM

0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez