March 31, 2009

Uhuu.. Sedihnya...

Posted by Azira at 1:28 PM 1 comments
Latest news.. baru balik dr hospital, doktor sahkan kandungan tak menjadi.. dah masuk 13 minggu.. baru-baru ada bleeding sket,, bila pi klinik, doktor scan takde heart beat.. Terus refer to hospital.. Kena la wat D&C next week.. uhuuu.. sedihnya.. kali ni takde rezeki Danish nak dapat adik.. Mungkin ada hikmahnya..

March 24, 2009

Gelagat Si Arjuna

Posted by Azira at 9:36 AM 0 comments
Gelagat si Arjuna di dalam kereta.. memang susah nak dok diam..

March 16, 2009

Danish Turns 10mo

Posted by Azira at 2:24 PM 1 comments
Danish turns 10 months today!!

- Another 2 months to 1 year

- Still weighing around 8kg. Dah lama x timbang..

- Dah ada 6 batang gigi, 4 atas, 2 bawah. Semakin hari semakin suka menggigit.. Mummy and daddy yg slalu jadi mangsa..

- Suka makan roti kismis, biskut..

- Still blum bleh berjalan.. tapi dah pandai nk berdiri lepaskan tangan..

- Semakin lasak.. Tak bleh nak duduk diam walaupun seminit..

- So, what else?
Danish & mummy - latest pic


Dah bleh dok diam kt baby chair tapi tak lama..


Bersepah-sepah makan biskut


Cute smile from Danish


Hobi Danish.. If pi Alamanda, inilah yg diterkam dulu..

Gelagat di taska

Tak reti dok diam.. Dalam stroller pun nak pusing-pusing..


Ni lagi dahsyat.. siap panjat lagi..


February 24, 2009

Danish Admitted At Az-Zahrah 21 - 22 Feb 2009

Posted by Azira at 4:54 PM 2 comments

Danish dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi pada hujung minggu lepas disebabkan demam cirit-birit dan muntah-munta h. Doktor kata Danish diserang dijangkiti Retovirus. Jumaat lepas Danish buang air besar dekat 20 kali dan muntah-muntah sampai lemah dan cengkung muka. So, malam Sabtu tu ajak hubby bawa Danish terus ke hospital memandangkan keadaan Danish agak lemah dan penat dan merisaukan. Kat hospital, doktor terus tahan Danish dan dimasukkan ke wad untuk dimasukkan air keranan bimbang Danish akan kena dehydration (kehilangan air dalam badan) akibat kerap buang air. Kesian Danish, kecik-kecik dah kena cucuk masuk air. Berat Danish pun dah berkurang sebanyak 500gm aibat penyakit ni.. I and hubby bergilir-gilir jaga Danish. Dahla kita ni tengah berbadan dua. Mujur Danish tak banyak ragam.. Alhamdulillah, hari Ahad petang Danish dibenarkan balik kerana dah beransur pulih..

Danish sebelum dimasukkan ke wad. Muka dah cengkung, badan pun dah letih..

Danish di dalam wad. Sibuk dok nak main dengan tiub yang dipasangkan

Tangankiri Danish yang dicucuk untuk masuk air. Sebanyak 2 botol air dmasukkan ke dalam badan Danish

Kesian Danish..



Hari ke2, Danish dah beransur sihat


Muka orang tak sihat..

February 16, 2009

Weekend Acyivities

Posted by Azira at 2:25 PM 0 comments

Cuti hujung minggu baru-baru ni kami sekeluarga tak ke mana-mana. Hari Sabtu just lepak-lepak kat rumah. Petang tu bawaklah Danish mandi-manda kat swimming pool di kawasan rumah. Punyalah seronok Danish main air, sikit pun tak takut. Mummy baru jer belikan Danish pelampung. Saje jer bagi Danish biasakan diri dengan swimming pool, nak ajar swimming, mummy sendiri pun tsk reti berenang..


Antara aksi-aksi Danish di kolam..






Hari Ahad, Kelab Kebajikan opis anjurkan Bomling Tournament kat Alamanda Shopping Complex, Putrajaya. Pada mulanya memang bercadang nak turun padang tapi disebabkan dah mengandung, terpaksalah tarik diri. Walaubagaimanapun, kena pegi jugak tengok anak-anak buah beraksi, al-maklumlah pengurus pasukan.. Kena bagi support kat ahli pasukan. Tak sangka pulak group kami menang tempat kedua..

Danish and daddy pun turut temankan mummy

Big Boss merasmikan majlis dengan membuat balingan

Aksi-aksi anak buah yg bersemangat..

Ahli Pasukan bergambar dengan Puan SUB (Pengurus pasukan takde coz balik awal..)

Beramai-ramai bergambar kenangan di hadapan Bowling Centre
 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez