Danish dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi pada hujung minggu lepas disebabkan demam cirit-birit dan muntah-munta h. Doktor kata Danish diserang dijangkiti Retovirus. Jumaat lepas Danish buang air besar dekat 20 kali dan muntah-muntah sampai lemah dan cengkung muka. So, malam Sabtu tu ajak hubby bawa Danish terus ke hospital memandangkan keadaan Danish agak lemah dan penat dan merisaukan. Kat hospital, doktor terus tahan Danish dan dimasukkan ke wad untuk dimasukkan air keranan bimbang Danish akan kena dehydration (kehilangan air dalam badan) akibat kerap buang air. Kesian Danish, kecik-kecik dah kena cucuk masuk air. Berat Danish pun dah berkurang sebanyak 500gm aibat penyakit ni.. I and hubby bergilir-gilir jaga Danish. Dahla kita ni tengah berbadan dua. Mujur Danish tak banyak ragam.. Alhamdulillah, hari Ahad petang Danish dibenarkan balik kerana dah beransur pulih..
Danish sebelum dimasukkan ke wad. Muka dah cengkung, badan pun dah letih..
Danish di dalam wad. Sibuk dok nak main dengan tiub yang dipasangkan
Tangankiri Danish yang dicucuk untuk masuk air. Sebanyak 2 botol air dmasukkan ke dalam badan Danish
Kesian Danish..
Hari ke2, Danish dah beransur sihat
Muka orang tak sihat..
2 comments:
salam zira,
harap bersabar , lega rasanye sebab danish dah discharge dari hospital ..cakap kat dia uncle bull say hello dan stay cute ..
bang bull
alahai.. siannya danish. Alhamdulillah dia dah sihat. Eh skrg muka dia mcm muka mami laah.. hehehe
Post a Comment