August 1, 2008

Danish Turned 2 Months Old

Posted by Azira at 10:22 AM
Sudah lama tak update blog. Sekali lagi broadband internet kurang cemerlang dan pada masa yang sama terpaksa attend Kursus PTK selama 10 hari. Dah la short notice, kena prepare presentation, assignment, exam dan juga public speaking. Tension dibuatnya. Mana sempat nak cari bahan rujukan, nak jaga baby lagi.. If tak attend, susah la nak naik pangkat.. Nak tak nak kena attend jugak..



Danish now is 2 months 2 weeks. Masa 2 bulan ari tu tak berkesempatan nak update. Danish cukup 2 bulan pada 16 Julai ari tu dan telah dibawa ke klinik for check-up. Quite suprise, Danish weight now upon that day was 5kg! Compare his weight masa lahir just 2.38kg. Itulah dia, berkat susu mummy Danish.. Susu ibu kan berkhasiat.. Lagipun Danish sekarang dah montel. Pipi dah tembam.. Peha dia dah besar.. Adik I kata macam Sinchan.. Dahla suka buat mulut ooooo macam Sinchan.. hehehe.. Itulah, masa pregnant dulu suka sangat tengok kartun Sinchan. Cute ape... Hari tu juga Danish kena cucuk kat peha.. Menangis sakan kena cucuk. Jenuh nak pujuk.. Nasib baik mak ada. Boleh tolong pujuk Danish. Next check-up is on 13 August 2008..


Danish sekarang dah pandai nak bersembang.. Bukan main seronok lagi kalu ada orang melayan dia.. Kembang kempis hidung sengih-sengih.. Daddy dia kata hidung kembang kempis tu ikut mummy dia.. Biar la.. Janji Danish cute.. Si Danish ni perkara yang paling dia gemar ialah buka baju nak mandi. Tengah nangis pun boleh tersengih-sengih.. Gembira bila kita mandikan tapi akan menjerit bila kena bilas dengan air sejuk. Tapi sekejap je...

Danish and mummy..

0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez