August 1, 2008

Majlis Cukur Jambul Danish II

Posted by Azira at 10:49 AM
Majlis Cukur Jambul Danish yang kedua telah diadakan pada 27 Julai baru ni di Kuang, kampung daddy Danish, bersekali dengan sepupu Danish. Seperti biasa, kumpulan Marhaban dijemput bagi memriahkan majlis sambil mengendoi anak. Sebenarnya, sehari sebelum tu upacara penyembelihan seekor lembu untuk tujuan aqiqah telah dilaksanakan. Tapi malangnya, lupa nak snap gambar semasa lembu disembelih. Lembu tu kami kongsi adik-beradik untuk Aqiqah Danish, cousin Danish, mak dan bapa sedara Danish dan juga mummy Danish.. hehehe.. Mummy Danish tak sempat nk diaqiqah semasa kecil. Itu yang buat bila dah besar ni. Daging lembu tu kami masak gulai dan rendang untuk dihidangkan semasa majlis cukur jambul dan tulang kami masak sup. Punya la meriah program memasak daging macam majlis rewang kenduri kawin plak.. Mana taknya, habis sume sedara mara turun tolong memasak..

Kali ni terdapat 2 buaian. Satu untuk Danish, satu lagi untuk cousin Danish yg baru lahir. Mak nya masih dalam pantang lagi..

Bukan main nyenyak lagi sang arjuna di dalam buaian.
Ni la cousin Danish.. Namanya Muhammad Raiyan.. Baru 24 hari.. Raiyan ni adik kepada Baby Batrisyia..
Kumpulan Marhaban Kuang sedang asyik berzanji. Bukan main sibuk lagi kumpulan ni. Banyak terima undangan. Bajupun sedondon..

Mummy dok mengedoi Danish

Danish and Raiyan dalam buaian.. Terangkat kaki Danish, Raiyan plak bukan main sedap dia tido..


Upacara potong jambul. Sebelum jambul dipotong, baby kena dibawa pusing sebanyak 3 kali.. apa tujuannya, terlupa nak tanya. Den ikut arahan jerr.. Disebabkan ada 2 baby, kumpulan marhaban yg nak potong jambul terpaksa bahagi 2 utk jimatkan masa. Danish sebelah kiri, Raiyan sebelah kanan..

Danish dipotong jambul. Bukan main nyenyak dia tido. Memudahkan utk potong jambul. Kalau tidak, jenuh la nak mententeramkan Danish. Dia tak suka orang pegang kepala dia.. pakai topi pun tak mahu..
Raiyan dipotong jambul. Rambut Raiyan panjang dan lebat, so mudahla orang potong. Tak macam Danish, rambut halus melekat ke kepala..

Moyang Danish (nenek daddy) juga ambil kesempatan potong jambul cicitnya yang ke 9

Ini dia.. Danish with mummy & daddy

Sang arjuna kita... bukan main seronok lagi.. segak berbaju melayu yang sedondon dengan daddy dia..

0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez