Cuti Hari Deepavali kami pi jalan-jalan di Oneutama. Jalan-jalan dengan atuk dan wan Danish. Plan asal kami sekeluarga nak bercuti di Melaka dan beraya di rumah mak sedara hubby di sana. Tapi malangnya, bila ke Melaka pada hari Ahad, selepas beraya di rumah maklang, terpaksa balik ke KL dengan perasaan hampa kerana semua hotel di Melaka full house. Hampir semua hotel dan resort di bandar Melaka dan Pantai Klebang kami redah untuk bertanyakan bilik untuk bermalam tapi hampa sumenya dah penuh. Orang punyala ramai di Melaka sampai bandar Melaka sesak teruk pada hari tersebut. Macam ada festival di Melaka. Agaknya orang ramai dah plan nak nak bercuti di Melaka Deepavali ni. Nak taknak terpaksa la kami balik ke KL tapi hubby dah janji akan bercuti ke Melaka pada bulan depan.
So, untuk mengubat hati yang hampa ni, hubby bawa kami jalan-jalan di Oneutama. Sebenarnya pi OU ni nak rembat baju untuk Danish memandangkan Guess Kid ada wat sale, diskaun samapi 70% for selected items. Apa lagi, mummy pun rembatla baju untuk Danish. Banyak la jugak.. Kay Jaya Jusco pun ada sale. Manuasia punyala ramai.. Sempatla jugak kami rembat bed sheet and comforter. hehehe... Petang baru kami balik ke rumah..
Kenangan di taman dalam OneUtama
0 comments:
Post a Comment