Hari ni cukuplah Danish 9 months. I'm not sure exactly how much he weighs now, probably somewhere around 8kg. Danish sekarang dah ada gigi, 2 batang kat sebelah bawah.. Baru tumbuh 2 minggu lepas.. Danish sekarang dah start nak makan balik. Sehari 3 kali suapkan nestum yg pelbagai perisa (dah try suapkan bubur nasi yg dimasak sendiri, siap letak sayur tapi Danish tak nerapa suka nak makan). Selain nestum, Danish suka makan buah like pisang, betik, makan roti suka sangat.. Sekarang ni klu mummy and daddy makan, sure dia menjerit-jerit minta disuapkan.. Danish dah boleh duduk kat baby chair bila makan kat mana-mana restoran tapi tak lama, pastu menjerit sampai satu restoran dengar mintak diangkat.. Kat day care, penyelia kata Danish senang dijaga. Dia bleh dok dalam playpen and play with ballas, suka tengok tv especially "Sing a Song With Barney" and perkara baru sekarang, Danish suka menjerit macam excited sangat bila nampak sesiapa saje.. Kelakar betul anak mummy ni.. Kat rumah punyalah lasak, dah la taknak langsung duduk dalam walker, asyik nak merayap jer.. paut sana, paut sini, nak masuk bilik air, suka sangat main kat TV.. Bila kita cakap "jangan", dia pegi jugak, kalu amik jer menangis memberontak tak dapat buat apa yg nak buat.. Danish ni cukup manja dan rapat dengan mummy.. Tak boleh nak berenggang dengan mummy langsung.. Kat rumah if mummy bangun jer nak wat keje, menjerit-jerit Danish menangis nak ikut mummy walaupun daddy ada kat depan mata.. Susah nak wat keje kat umah, kena tunggu Danish tido baru boleh..
Danish ni memang suka sangat dengan komputer.. Menjerit gembira bila dia nampak daddy on notebook and mulalah merangkak nak da[atkan daddy. Makin kuat menjerit lagi bila Danish nampak gambarnya kat screen komputer.. Habis ditekan-tekan keyboard, macam terror sangat, mouse pun digodenye.. Satu lagi Danish ni dah pandai nak main mainan yg bergerak-gerak (yg kena masukkan syiling untuk gerakkan) di mana-mana shopping complex.. Kalu nampak jer, menggeletik badan nak main, tak kira lah kereta ke, jet ke, apa ke, tak kira le bergerak ke tak, mesti nak naik,, Tak tau takut pulak tuuu... Itulah Danish.. Macam-macam karenah dia buat tapi tetap menghiburkan mummy and daddy..Tak taulah macam mana Danish nanti bila dah ada adik.. Harap-harap Danish ok dan apa yang mummy tahu sekarang ialah.. Danish is one BIG BOY now...
2 batang gigi baru tumbuh..
Danishs Latest Pic
Muka excited bila depan komputer
Suka sangat nak naik kete Sesame Street// Mcm org dah besar//
0 comments:
Post a Comment