September 28, 2009

Aidilfitri 2009

Posted by Azira at 9:03 AM
Tahun 2009 ni, raya kami sekeluarga bertambah meriah dengan keletah Danish. Al-maklumlah, Danish kan dah berjalan, so sronok ler kami sekeluarga tengok Danish pakai baju melayu sepasang, siap dengan samping dan juga sedondon dgn daddynya.. Tapi yg tak syoknya, Danish taknak pakai songkok.. Tiap kali songkok diltakkan di kepala dia, mesti dia tepis sambil nangis2.. Danish, Danish.. Teama kami sekeluarga tahun ni adalah light and soft brown ala-ala cream, pastel kaler gitu.. Nasib baik la baju raya mommy yg mommy tempah sebelum pregnant muat malahan besar plak. Sejak berpose ni berat badan mommy dah turun.. Al-maklumlah, pose penuh sebulan... Alhamdulillah... Raya kedua kami pakai baju raya kaler merah bata + pink..
Kali ni raya pertama di rumah PIL di Kuang, Selangor. Kami ikut sistem giliran, thn lepas raya pertama kat Kuantan, so this year giliran 1st raya di Kuang plak. Next year, pusing balik, raya pertama kat Kuantan.. Macam tu la kalu dah berumahtangga, tak perlu nak gaduh2. Alhamdulillah.. mak dan PIL menehami.. Yang sronok raya kat Kuang ni, pagi2 raya lepas bersalaman dan bermaaf-maafan serta bertukar-tukar duit raya, kami semua berarak ke rumah nenek sebelah hubby yg kami semua panggil Wan kat kawasan rumah PIL gak. Ke situlah adik-beradik MIL berkumpul bersekali dengan anak cucu masing2. Penuh dan riuh rumah Wan dgn anak cucu cicit. Wan ni ada 8 org anak, 38 org cucu dan 10 org cicit. Selalunya Wan ni rajin masak rendang Minang bila time raya tapi thn ni Wan tak sempat buat coz badan tak brape sihat, seminggu sblm raya Wan kena ragut kat pekan Sg Buloh. Jahat betul peragut tu, bulan2 pose ni pun nak wat jahat, siap pijak2 Wan yg dah terjatuh, nak rebut beg tangan yg Wan kepit kuat kat bawah ketiak. Mujur Wan cedera ringan je dan peragut tu tak berjaya amik beg tangan Wan. jahat betulll.. Lepas kami beraya di umah Wan, kami pun serbu plak ke umah mak sedara dan bapa sedara yg bersebelahan dgn umah Wan dan PIL, pastu mereka plak datang beramai-ramai beraya kt umah PIL. Gitulah tradisi beraya di sebelah PIL. Sronok ooooo.... Bukan senang dapat berkumpul macam ni...
Nak citer pasal menu pd raya pertama kat PIL ni, MIL and FIL sibuk dok masak Ketupat nasi dengan kuah kacang dan rendang daging dan juga nasi tomato beserta ayam masak merah.. Tak sempat la nak snap gambar makanan, asyik dok sibuk menyiapkan juadah raya dan juga melayan karenah Danish yg tak mau duduk langsung, nangis2 nak ajak jalan.. Bila pi umah sedara-mara, bukan main hepi lagi Danish, sket pun tak nangis..


Danish yg try nak usik juadah raya


Susah betul nak dapat gmbr Danish pakai songkok. Sat jer dia pakai..
Danish with Mommy

Danish with Acik Liza

Our Happy Family..

Suasan meriah di umah Wan. Penuh dgn anak cucu cicit.. Tgk la Danish tu, dia pun dok nyibuk pi mai pi mai usik barang2 atas meja tu..

Yg pakai baju biru gelap tu la Wan.. Dikelilingi Uteh, adik MIL (tudung oren), Kak Siti, biras mommy (yg dok pelu bahu Wan), Liza, SIL mommy (baju dark brown) dan yg blkg tu, yg dok pegang kepala tu Busu, adik bongsu MIL. Yg pakai tudung hitam and tudung hijau tu, cousin hubby..

Danish yg kepenatan, seharian beraya..

Raya kedua kami balik beraya ke Kuantan plak sampai la hari Khamis baru balik Putrajaya.. Tapi mommy plak la yg tak rajin nak snap gmbr beraya di umah sedara-mara dan kengkawan mommy.. Yg ada hanyalah gmbr sblm balik Kuantan...


Baju raya ke2, sedondon kaler merah bata/pink. Masa ni Dansih dok nangis2, dh tak sabo2 nak ajak naik kete..

Danish with part of his cousin - Batrisyia and Rayyan


0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez