May 20, 2010

Gaji 600,000 Kakitangan Awam Disemak

Posted by Azira at 9:47 AM

Berita Harian (Khamis - 20 Mei 2010)


KUCHING - Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.


Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Datu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.


"Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu meastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka," katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Wahhh... seronoknya bila dengar berita macam ni... Tapi ni untuk Kumpulan Sokongan... Camne pulak Kumpulan Pengurusan & Profesional... Takkan anak buah naik gaji, bosnya tidak... Mana boleh macam tuuuu... Moga2 gaji untuk penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional juga akan disemak....


1 Malaysia
"Berkhidmat Untuk Negara"


0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez