May 11, 2010

Doa Bagi Ibu Yang Menyusukan Baby

Posted by Azira at 2:48 PM
Mommy terbaca dalam salah satu blog kegemaran mommy... Beliau bagi doa untuk ibu-ibu yg menyusukan bayi mereka.. Mommy suka sangat entry beliau lalu mommy postkan entry tersebut ke blog mommy supaya dapat mommy kongsikan bersama dengan kengkawan mommy...

"Ya ALLAH.... permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... AMIN..."


Doa ini hendaklah diamalkan oleh ibu-ibu yg breastfeed (BF) anak setiap kali lepas solat 5 waktu... InsyaALLAH... akan berkesan... just bear in mind.. banyak mana pun effort kita buat untuk banyakkan susu badan..

Dan juga amalkan membaca Surah Al-Hujurat & Al-Kausar sedari mengandung lagi dan selepas melahirkan antara amalan-amalan yg baik untuk ibu-ibu yg menyusukan anak... Sambil2 tu niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezki kita, anak kita dan banyakkan susu kita... Baca dan cuba fahamkan melalui tafsiran lagi baik...
Lagi satu amalan yg baik untuk ibu yg menyusukan anak ialah dengan mengamalkan membaca Surah Al-Baqarah ayat 60.. Sambil baca ayat ni, letakkan tangan pada buah dada dan doakan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezki anak kita dan kita mampu menyediakan susu yg cukup untuk anak kita sekutang-kurangnya sehingga umur 2 tahun....

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman "Pukullahbatu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman); "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakn di muka bumi".

0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez