August 5, 2008
Sama Tapi Tak Serupa
August 1, 2008
1st Day Working
Danish dok kat car seat dia while mummy is driving. Alhamdulillah, Danish dok diam, tak menangis. So, easy for mummy drive peacefully to office. Takut-takut jugak Danish meragam on the way to office.
No wonder senyap jerr.. rupa-rupanya dah lelap..
Today is also the 1st day Danish is send to Taska. Kesian anak mummy.. kena dok kat Taska.. Pagi tadi hantar dia dok mamai lagi.. Lunch tadi pi jenguk Danish, dia tido.. Minta kat pengasuh utk nyusukan Danish. Lepas nyusu bukan main lagi Danish bercerita pasal 1st day kat situ (guna bahasa dia lerr.. mummy pun bukannya faham sangat.. agak-agak aje laa..). He seems look like happy staying there.. Hopefully he will fine for today, tomorrow and days after tomorrow.. until he growing up..
Majlis Cukur Jambul Danish II
Kali ni terdapat 2 buaian. Satu untuk Danish, satu lagi untuk cousin Danish yg baru lahir. Mak nya masih dalam pantang lagi..
Ni la cousin Danish.. Namanya Muhammad Raiyan.. Baru 24 hari.. Raiyan ni adik kepada Baby Batrisyia..
Kumpulan Marhaban Kuang sedang asyik berzanji. Bukan main sibuk lagi kumpulan ni. Banyak terima undangan. Bajupun sedondon..
Danish and Raiyan dalam buaian.. Terangkat kaki Danish, Raiyan plak bukan main sedap dia tido..
Danish dipotong jambul. Bukan main nyenyak dia tido. Memudahkan utk potong jambul. Kalau tidak, jenuh la nak mententeramkan Danish. Dia tak suka orang pegang kepala dia.. pakai topi pun tak mahu..
Raiyan dipotong jambul. Rambut Raiyan panjang dan lebat, so mudahla orang potong. Tak macam Danish, rambut halus melekat ke kepala..
Moyang Danish (nenek daddy) juga ambil kesempatan potong jambul cicitnya yang ke 9
Ini dia.. Danish with mummy & daddy
Sang arjuna kita... bukan main seronok lagi.. segak berbaju melayu yang sedondon dengan daddy dia..