October 29, 2009

Kecian Anak Mommy...

Posted by Azira at 3:56 PM 0 comments
Kecian anak mommy.. Tak pasal2 dahi benjol.. Ni la akibatnya lasak sgt smpi terhantuk kt kaki meja makan mommy.. Tak tau la mcamana bleh jadi, masa tu mommy kt dapur dan Danish plak dgn daddynya kat ruang depan.. Sedar2 dh berdentum, melalak... Mujurlah danish nangis tak lama and benjolnya surut cpt dan x meninggalkan kesan.. Alhamdulillah.. Papepun, Danish tetap tak serik dan masih ceria bermain... Tgk la benjol di dahi Danish..





October 15, 2009

Sungguh Mengerikan!!!!!

Posted by Azira at 4:27 PM 0 comments
Tak senonoh!!! Ada jugak manusia yg sanggup buat kat kawan den macam ni.. Orang macam ni patut dilenyek dgn steamroll jer, baru padan!! (marah betul ni..)
Kesian kawan baik den, Jurra, yg mana gmbr2 anak kesayangan yg kiut, Maya yg dipostkan dalam blog beliau http://jurramo.blogspot.com dan juga http://jurra-sewcute.blogspot.com/ telah dicuri oleh pompuan yg tak bermoral dan tak bertanggungjawab dan dgn perasaan tak tau malunya mengaku Maya ni anak dia dalam blog dia http://nurrabecca.blogspot.com/.. eeee.. tak senonoh betul.. Siap masuk contest lagi.. Suka2 jer citer pasal nak dia dgn letak gmbr anak Jurra!! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.. Cuba lah baca komen2 sahabat2 Jurra dlm blog pompuan tu..
Ya Allah.. Semoga Kau Lindungi sahabat ku serta anaknya Maya dari perkara yg tidak diingini dan juga Jauhkanlah perkara sebegini dari menimpa diriku.. Aminn...

October 12, 2009

Entry Yg Dah Basi..

Posted by Azira at 11:17 AM 0 comments
Sepatutnya entry2 ni dah lama dipostkan ke blog tapi memandangkan sejak 2 menjak susah benor nak log in ke blogger utk update, ntah ape kena agaknya, wat bengang jerr... Maka entry 2 ni dipostkan ari ni di bawah tajuk Entry Yg Dah Basi. ni ler tajuk yg plaing sesuai buat entry kali ni... Jadi, meh ler tgk apa citer2 yg dah basi ni...


Entry 1
Melalak Di Tengahari Buta
(sepatutnya dipostkan pada 2/10/09)

Tengahari tadai, during lunch hour, jupelah bespren mommy, Zuraidah (Zurr) kat Alamanda. Yelah.. dah lama betul tak dok bersembang dgn Zurr walaupun sama2 keje kat Putrajaya. Mommy kenal Zurr masa hari pertama lapor diri sebagai penjawat awam. Kami sama lapor diri pada hari yg sama dan pulak tu ditempatkan di pejabat yg sama.. Mmg kamcing giler lerr.. Tapi la ni masing2 dah berlainan jbtn..


Plan asalnya nak lunch same2 kat Alamanda tapi bila masing2 dh kenyang, x lapar, Zurr bg la cdgn utk pegi melalak melepaskan tension kt pusat karaoke kt Alamanda tu. Ikutkan mommy ni manalah penah pegi berkaraoke sblm, mana taknya, nyanyi pun x reti.. So, mommy just temankan Zurr utk berkareoke,.. Punye la baguih.. tatkala si abang2 n pakcik2 dok sibuk solat jumaat, kitaorang dok melalak plak.. Zurr sorang jer la yg melalak, mommy dgr aje, sekali-skala mencelah nyanyi sama.. Giler ape mak buyung nak melalak sama, mau tercungap2 dibueknyo..


Superstar Karaoke Box di Alamanda

Kami dapat bilik no 850

Zurr tgh memilih lagu

Skrin senarai lagu.. Mmg canggih ..

Ni bekalan kami.. Sambil melalak sambil melantak..

Dah start melalak melepaskan tension..



Entry 2
Menghadiri Persidangan Pengurusan
(sepatutnya dipostkan pada 9/10/09)

Dari 7 hingga 9 Oktober 2009, mommy tak mask opis, attend Persidangan Pengurusan KKM anjuran KKM utk para pegawai gred 48 ke atas yg terlibat dgn pengurusan. Persidangan tersebut diadakan di Hotel Berjaya Times Square, KL dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Y.B. Datuk Seri Liow Tiong Lai.. Nothing much to tell, just utk makluman ajer.. Merasalah mommy duduk kt hotel bertaraf antarabangsa ni.. Dkt plak dgn shopping complex, paham2 ajer lerr.. Kusyuk sgt mendengar ceramah2 yg diberikan smpi terlupa nak rakamkan photo buat kenangan... Mcm kusyuk benor., hehehe...
Buku Cenderamata Persidangan

Brgan Persidangan serta HP.. Wajib ada atas meja utk menerima panggilan rasmi (@ senang nk sms member2 bila boring..)

Yg ni wajib ada atas meja (koko crunch @ mknan yg sewaktu dgn nya), utk elakkan rasa mengantuk..

Masing2 dok kusyuk mendengar ucapan Perasmian Menteri Kesihatan

Itu aje...



Entry 3
Dinner @ Pullman Resort, Putrajaya

(sepatutnya dipostkan pada 10/10/09)

Malam tadi kami sekeluarga dinner kat B's Cafe, Pullman Hotels and Resorts, Putrajaya. Mommy tak penah pegi hotel ni, tu yg ajak daddy jln2 sambil makn kat cni, kebetulan nenek Danish pun ada.. Punyalah cantik dan penuh kemewahan hotel ni tapi sunyi.. Sesuailah utk org yg inginkan kedamaian.. Interior design for B's Cafe ni amatlah menarik perhatian mommy.. Mommy suka sgt coz konsepnya moden dan yg syoknya, bertemakan kaler merah.. Suka sgt.. And foods kt cafe ni pun ok, sedap dan tidak mengecewakan dgn harga yg berpatutan..


Pemandangan Dalam B's Cafe.. Cantik kan... Mommy kagum dgn hiasan dalaman, ada abjad2 yg tergantung yg diperbuat drpd kaca..


Gelas dia pun mommy suka sgt.. Mcm nk bwk balk jer..



Danish yg sabar menunggu foods..


Cakes for Danish.. Manager kt situ yg bg Danish free..



Our starter.. Juga FOC..

Air mommy n nenek - Apple Juice

Daddy punye - Fruit Punch

Menu Nenek Danish - Tenderloin Steak

Menu mommy - Sirloin Steak (Sedap..)

Menu Daddy - Pullman Special Spaggheti..

Clock Tower di Pullman..

Lastly, special pose dr Danish.. (Muka dh comot, rambut dh serabai..)




September 28, 2009

Keletah Danish

Posted by Azira at 12:26 PM 0 comments

Tengok la gelagat Danish ni.. Danish ni suka sangat main2 and golek2 atas katil mommy & daddy.. Puas golek2, dia sondol2, pastu berdiri2, pastu dok diam sambil tgk TV. Cuma nak kena jaga2 sket takut berdentum jatuh ke lantai.. Picas ni mommy amik while Danish dok tunggu mommy and daddy bersiap utk pegi beraya pagi semalam.. (Sila abaikan bilik & katil yg bersepah itu coz Danish jugak yg menyepahkannya.. ahakkss...)




Aidilfitri 2009

Posted by Azira at 9:03 AM 0 comments
Tahun 2009 ni, raya kami sekeluarga bertambah meriah dengan keletah Danish. Al-maklumlah, Danish kan dah berjalan, so sronok ler kami sekeluarga tengok Danish pakai baju melayu sepasang, siap dengan samping dan juga sedondon dgn daddynya.. Tapi yg tak syoknya, Danish taknak pakai songkok.. Tiap kali songkok diltakkan di kepala dia, mesti dia tepis sambil nangis2.. Danish, Danish.. Teama kami sekeluarga tahun ni adalah light and soft brown ala-ala cream, pastel kaler gitu.. Nasib baik la baju raya mommy yg mommy tempah sebelum pregnant muat malahan besar plak. Sejak berpose ni berat badan mommy dah turun.. Al-maklumlah, pose penuh sebulan... Alhamdulillah... Raya kedua kami pakai baju raya kaler merah bata + pink..
Kali ni raya pertama di rumah PIL di Kuang, Selangor. Kami ikut sistem giliran, thn lepas raya pertama kat Kuantan, so this year giliran 1st raya di Kuang plak. Next year, pusing balik, raya pertama kat Kuantan.. Macam tu la kalu dah berumahtangga, tak perlu nak gaduh2. Alhamdulillah.. mak dan PIL menehami.. Yang sronok raya kat Kuang ni, pagi2 raya lepas bersalaman dan bermaaf-maafan serta bertukar-tukar duit raya, kami semua berarak ke rumah nenek sebelah hubby yg kami semua panggil Wan kat kawasan rumah PIL gak. Ke situlah adik-beradik MIL berkumpul bersekali dengan anak cucu masing2. Penuh dan riuh rumah Wan dgn anak cucu cicit. Wan ni ada 8 org anak, 38 org cucu dan 10 org cicit. Selalunya Wan ni rajin masak rendang Minang bila time raya tapi thn ni Wan tak sempat buat coz badan tak brape sihat, seminggu sblm raya Wan kena ragut kat pekan Sg Buloh. Jahat betul peragut tu, bulan2 pose ni pun nak wat jahat, siap pijak2 Wan yg dah terjatuh, nak rebut beg tangan yg Wan kepit kuat kat bawah ketiak. Mujur Wan cedera ringan je dan peragut tu tak berjaya amik beg tangan Wan. jahat betulll.. Lepas kami beraya di umah Wan, kami pun serbu plak ke umah mak sedara dan bapa sedara yg bersebelahan dgn umah Wan dan PIL, pastu mereka plak datang beramai-ramai beraya kt umah PIL. Gitulah tradisi beraya di sebelah PIL. Sronok ooooo.... Bukan senang dapat berkumpul macam ni...
Nak citer pasal menu pd raya pertama kat PIL ni, MIL and FIL sibuk dok masak Ketupat nasi dengan kuah kacang dan rendang daging dan juga nasi tomato beserta ayam masak merah.. Tak sempat la nak snap gambar makanan, asyik dok sibuk menyiapkan juadah raya dan juga melayan karenah Danish yg tak mau duduk langsung, nangis2 nak ajak jalan.. Bila pi umah sedara-mara, bukan main hepi lagi Danish, sket pun tak nangis..


Danish yg try nak usik juadah raya


Susah betul nak dapat gmbr Danish pakai songkok. Sat jer dia pakai..
Danish with Mommy

Danish with Acik Liza

Our Happy Family..

Suasan meriah di umah Wan. Penuh dgn anak cucu cicit.. Tgk la Danish tu, dia pun dok nyibuk pi mai pi mai usik barang2 atas meja tu..

Yg pakai baju biru gelap tu la Wan.. Dikelilingi Uteh, adik MIL (tudung oren), Kak Siti, biras mommy (yg dok pelu bahu Wan), Liza, SIL mommy (baju dark brown) dan yg blkg tu, yg dok pegang kepala tu Busu, adik bongsu MIL. Yg pakai tudung hitam and tudung hijau tu, cousin hubby..

Danish yg kepenatan, seharian beraya..

Raya kedua kami balik beraya ke Kuantan plak sampai la hari Khamis baru balik Putrajaya.. Tapi mommy plak la yg tak rajin nak snap gmbr beraya di umah sedara-mara dan kengkawan mommy.. Yg ada hanyalah gmbr sblm balik Kuantan...


Baju raya ke2, sedondon kaler merah bata/pink. Masa ni Dansih dok nangis2, dh tak sabo2 nak ajak naik kete..

Danish with part of his cousin - Batrisyia and Rayyan


 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez