June 17, 2009

Danish Is 13 Mos

Posted by Azira at 3:07 PM 0 comments
Semalam, 16 June 2009, genaplah umur Danish 13 bulan. Memang cepat betul masa berlalu. Baru je ari tu celeberate 1st birthday Danish, tup-tup dah 13 bulan.. Dah smakin besar anak mummy ni dan smakin cerdik n nakal..
Bila dah besar ni, macam-macam la ragam Danish ni. Tambahan pula dah boleh berjalan walaupun jalan-jatuh, jalan-jatuh. Ada je projek dia especially kat kitchen. Kabinet dapur mummy asyik dibuka tutup, dah ikat dengan riben pun Danish bleh buka. Lubang air asyik diteleknya walaupun mummy dah cover dengan alas kaki. Tangga jangan cakap la, asyik nak naik ke atas je. Penat mummy dibuatnya. Nak makan kat luar pun dah tak boleh sangat, Danish dah tak boleh diam, dia akan panajt ke meja makan dari baby chair. So camne??
Danish ni pantang nampak masjid atau apa-apa bentuk kubah, mesti nak azan 'Allahuakbar' sambil tangan kanan letak kat telinga. Bagus betul anak mummy ni.. Bangun pagi terus nak azan tapi yg kelakarnya, nampak kuil/tongkong pun nak azan.. hehehe... Danish memang suka menari, bila dengar muzik mest nak goyang badan dan dah pandai tepuk tangan.. Tapi 1 habit Danish yg tak boleh tinggal lagi iaitu masukkan barang ke dalam mulut. Pape barang sumenya nak masuk mulut. Mainan pun dia belasah tapikan mummy realized yg Danish suka gigit towel, dah jadi habit bila time nak tido ke, lepak-lepak ke, macam budak yg asyik dengan bantal bucuk.. Takpelah Danish, papepun Danish tetap anak mummy yg mummy sayang sangat dan smoga Danish menjadi anak yg soleh dan menghormati orang dan berjaya dalam kehidupan kelak..

Suka menggigit, especially towel



Suka makan biskut

Dah pandai berjalan..


HAPPY 13 MONTHS BIRTHDAY DANISH!! MUMMY AND DADDY LOVE U SO MUCH..


June 15, 2009

Obses Dengan Kereta Mainan

Posted by Azira at 9:49 AM 0 comments
Balik umah mak mertua weekend baru ni, Danish suka sangat main dengan kereta mainan milik sepupunya, Batrisyia. Selama ni Danish tak heran pun dengan kereta mainan ni tapi lately ni obses betul.. Asyik nak naik kete tu jer sampaikan sepupunya, Raiyan yg sebaya dengan Danish nak main pun Dabish tak bagi.. Kejap naik, pastu dia turun dari kereta, pastu dia naik semula, don tekan bunyi2 tu sampai bising-bising la.. Bagi tido terus nak naik kereta ni.. Danish, Danish.. Nampak gaya mummy kena belikan Danish kereta mainan ni cepat-cepat supaya Danish bleh main kat umah. Before this memang mummy ada plan nak belikan Danish kereta macam ni tapi since Danish masih blum berjalan lagi, mummy pendamkan dulu..


June 10, 2009

Danish Dah Pandai Panjat Tangga

Posted by Azira at 8:37 AM 0 comments
Danish sekarang dah terror naik panjat tangga.. So, now keje mummy dah bertambah, kena sentiasa pantau Danish agar Danish terlepas naik tangga seorang diri, takut jatuh.. bila nampka Danish laju jer menuju ke tangga, berlari mummy dapatkan dia tapi Danish lagi laju panjat tangga.. letih, letih..

Tengok orang dulu sebelum naik

Pendakian bermula


Bukan main laju panjat tangga walaupun hanya merangkak

Dah separuh tangga bawah

Hampir sampai ke puncak tangga bawah

Akhirnnya dah sampai ke pertengahan tangga dan mula untuk pendakian seterusnya ke tangga atas..


June 2, 2009

Happy Birthday Daddy!!

Posted by Azira at 10:50 AM 2 comments
Sunday, 31st May 2009 is daddy's birthday. Happy Birthday Sayang.. Smoga sentiasa diberkati Allah swt dan smoga kasih sayang dan kemesraan kita sekeluarga berpanjangan.. Love you always..

zwani.com myspace graphic comments
Happy Birthday Graphic Comments


So, family mummy celebrate la birthday daddy since kami berada di Kuantan. Mummy order cuppies khas untuk daddy kat adik mummy yg bongsu. Dia memang amik tempahan cupcakes (http://princess-cupcakes.blogspot.com/). Mummy and mak sediakan menu for breakfast, nasi lemak sambal sotong and jemput udang..

Daddy, Mummy and Danish


Ni Danish.. Suka sangat Danish dapat naik motor. Tersengih-sengih suka.. Tapi kan, menangis-nangis bila kita angkat dia..

Mini Reunion SABS

Posted by Azira at 9:12 AM 0 comments
Hari Sabtu lepas (30 Mei 2009), Shadira telah menganjurkan Hi-Tea Sempena Hari Ibu di Hotel MS Garden, Kuantan. my school-mate, Sarimah yg merupakan one of the dealer in Kuantan telah beli satu meja semata-mata untuk mengumpulkan kengkawan masa zaman persekolahan di SABS (Sultan Abu Bakar School, Kuantan). Susah-payah Sarimah contact kengkawan yg rapat (ladies only) untuk mencukupkan 10 orang. Sejak meninggalkan zaman persekolahan, inilah first time kami dapat berkumpul bersama. Punyalah lama tak berkumpul.. Tema kaler utk Hi-Tea petang tu adalah pink tapi mummy tak sempat nak cari baju kaler pink since Imah bagitau pun dah lewat, mummy pakai jer kaler merah.


Kad Jemputan


Meja kami yg ditempah khas, siap label SABS lagi.. Meja ni meja VIP, kat depan sekali, sebelah MC, Punyalah susah kami nak bersembang, bergelak ketawa. Al-maklumlah, dah lebih 10 tahun tak berjumpa, macam-macam cerita dan isu lah nak bersembang, especially isu family and career.

This is my bespren, Sarimah, tokeh Shadira.. Selama ni if balik ke Kuantan, hanyalah Imah yg mummy contact. Yg lain sumenya dah loose contact..

Ini lah geng-geng yg dapat hadir.. Separuhnya dah jadi warga KL. Sanggup datang ke majlis ni untuk jumpe kengkawan.. Masing-masing dah jadi mak orang.. Dan masing-masing pun dah berjaya melebarkan badan.. Tapi sekurangnya mummy masih dok maintain ok sket.. hehehe..

Yus, Mira, Mummy and Aini


Majlis ini ada artis jemputan. Amir Ukays. Fulamak.. best... Mummy memang minat dengan suara Amir ni. Mantap giler suara dia. Sampai sekarang pun masih sedap. Lagu-lagu dia dulu memang best. Hari tu show dia pun best.. Siap ajak peminat menari di atas stage untuk lagu Zikir Kasih

Mummy tak lepas peluang berposing dengan Amir Ukays. Jangan mare ye daddy..

Tak sangka plak mummy dapat hadiah cabutan bertuah. Punyalah tak sangka sampai terlupa nak amik gambar masa amik hadiah. Inilah hadiah cabutan bertuah..

Lepas majlis tu kami lepak pulak kat Kemaman Kopitiam, Tak puas bersembang, maklumlah dah lama tak berjumpa.. Dah la tadi tu majlis orang, bising, susah kami nak kecoh-kecoh.. Sekali-sekala kaum-kaum ibu ni melepak, bukannya senang dapat peluang macam ni. Dahla selama ni asyik dok dengan suami dan anak-anak. Sampai lupa lah laki bila dah dok bersembang.. hehehe..



 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez