June 2, 2009

Mini Reunion SABS

Posted by Azira at 9:12 AM
Hari Sabtu lepas (30 Mei 2009), Shadira telah menganjurkan Hi-Tea Sempena Hari Ibu di Hotel MS Garden, Kuantan. my school-mate, Sarimah yg merupakan one of the dealer in Kuantan telah beli satu meja semata-mata untuk mengumpulkan kengkawan masa zaman persekolahan di SABS (Sultan Abu Bakar School, Kuantan). Susah-payah Sarimah contact kengkawan yg rapat (ladies only) untuk mencukupkan 10 orang. Sejak meninggalkan zaman persekolahan, inilah first time kami dapat berkumpul bersama. Punyalah lama tak berkumpul.. Tema kaler utk Hi-Tea petang tu adalah pink tapi mummy tak sempat nak cari baju kaler pink since Imah bagitau pun dah lewat, mummy pakai jer kaler merah.


Kad Jemputan


Meja kami yg ditempah khas, siap label SABS lagi.. Meja ni meja VIP, kat depan sekali, sebelah MC, Punyalah susah kami nak bersembang, bergelak ketawa. Al-maklumlah, dah lebih 10 tahun tak berjumpa, macam-macam cerita dan isu lah nak bersembang, especially isu family and career.

This is my bespren, Sarimah, tokeh Shadira.. Selama ni if balik ke Kuantan, hanyalah Imah yg mummy contact. Yg lain sumenya dah loose contact..

Ini lah geng-geng yg dapat hadir.. Separuhnya dah jadi warga KL. Sanggup datang ke majlis ni untuk jumpe kengkawan.. Masing-masing dah jadi mak orang.. Dan masing-masing pun dah berjaya melebarkan badan.. Tapi sekurangnya mummy masih dok maintain ok sket.. hehehe..

Yus, Mira, Mummy and Aini


Majlis ini ada artis jemputan. Amir Ukays. Fulamak.. best... Mummy memang minat dengan suara Amir ni. Mantap giler suara dia. Sampai sekarang pun masih sedap. Lagu-lagu dia dulu memang best. Hari tu show dia pun best.. Siap ajak peminat menari di atas stage untuk lagu Zikir Kasih

Mummy tak lepas peluang berposing dengan Amir Ukays. Jangan mare ye daddy..

Tak sangka plak mummy dapat hadiah cabutan bertuah. Punyalah tak sangka sampai terlupa nak amik gambar masa amik hadiah. Inilah hadiah cabutan bertuah..

Lepas majlis tu kami lepak pulak kat Kemaman Kopitiam, Tak puas bersembang, maklumlah dah lama tak berjumpa.. Dah la tadi tu majlis orang, bising, susah kami nak kecoh-kecoh.. Sekali-sekala kaum-kaum ibu ni melepak, bukannya senang dapat peluang macam ni. Dahla selama ni asyik dok dengan suami dan anak-anak. Sampai lupa lah laki bila dah dok bersembang.. hehehe..



0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez