Semalam, 16 June 2009, genaplah umur Danish 13 bulan. Memang cepat betul masa berlalu. Baru je ari tu celeberate 1st birthday Danish, tup-tup dah 13 bulan.. Dah smakin besar anak mummy ni dan smakin cerdik n nakal..
Bila dah besar ni, macam-macam la ragam Danish ni. Tambahan pula dah boleh berjalan walaupun jalan-jatuh, jalan-jatuh. Ada je projek dia especially kat kitchen. Kabinet dapur mummy asyik dibuka tutup, dah ikat dengan riben pun Danish bleh buka. Lubang air asyik diteleknya walaupun mummy dah cover dengan alas kaki. Tangga jangan cakap la, asyik nak naik ke atas je. Penat mummy dibuatnya. Nak makan kat luar pun dah tak boleh sangat, Danish dah tak boleh diam, dia akan panajt ke meja makan dari baby chair. So camne??
Danish ni pantang nampak masjid atau apa-apa bentuk kubah, mesti nak azan 'Allahuakbar' sambil tangan kanan letak kat telinga. Bagus betul anak mummy ni.. Bangun pagi terus nak azan tapi yg kelakarnya, nampak kuil/tongkong pun nak azan.. hehehe... Danish memang suka menari, bila dengar muzik mest nak goyang badan dan dah pandai tepuk tangan.. Tapi 1 habit Danish yg tak boleh tinggal lagi iaitu masukkan barang ke dalam mulut. Pape barang sumenya nak masuk mulut. Mainan pun dia belasah tapikan mummy realized yg Danish suka gigit towel, dah jadi habit bila time nak tido ke, lepak-lepak ke, macam budak yg asyik dengan bantal bucuk.. Takpelah Danish, papepun Danish tetap anak mummy yg mummy sayang sangat dan smoga Danish menjadi anak yg soleh dan menghormati orang dan berjaya dalam kehidupan kelak..
Suka menggigit, especially towel
Suka makan biskut
0 comments:
Post a Comment