April 20, 2010

Alhamdulillah... Hujan Lebat...

Posted by Azira at 4:45 PM
Alhamdulillah.... Hujan turun dengan lebat akhirnya... Hujan tengah lebat kat luar tu... Hujan tu kan rahmat dari Allah s.w.t. untuk membantu menyuburkan tanaman dan juga membasahkan bumi yang kering kontang... Mommy syok dan bersyukur sangat hujan lebat ni coz semalam balik keje mommy tabur baja urea untuk rumput di laman rumah.. Al-maklumlah, semangat bercucuk tanam tengah berkobar-kobar dan tanah di laman rumah tu dipenuhi lebih dengan anak2 pokok daripada rumput, mommy pun amik inisiatif untuk menebalkan rumput dengan menaburkan baja urea petang semalam... Baja ni perlu disiram dengan air yg sangat banyak supaya bajanya larut dan hancur... So, dengan hujan yg selebat ini, tak perlulah mommy membazir air menyiram tanah... Gunakanlah alam semulajadi... Alhamdulillah.... Ya Allah... Semoga rumput tumbuh dengan cantik dan tebal di laman kami nanti... (mommy sebenarnya ada projek lain bila rumput dah cantik nanti... hehehe...)

0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez