March 31, 2011

Dania's Birthday Bash

Posted by Azira at 12:03 PM 0 comments


Seperti yang dijanjikan, kali ni post entry pasal besday Dania yg diadakan pada 13 Februari 2011.. Ni merupakan entry yg paling banyak gambarlah.. Sure uols tengok sampai muntah2 laaa.... Tema besday Dania adalah Mickey and Minnie Mouse dan tema kaler pink dan coklat... Dania kecik lagi so bukannya reti nak minta pape, maka mommy dia yg lebih2... Pilih Mickey Mouse senang sket... Dah besar nanti pilihlah tema papepun.... Jom layan gambar.... Gambar ni hasil sentuhan CYBERphotogs... Gambar2 sume cantik dan professional...


Ni Birthday Girl


Rumah kami...


Banner yg ditempah kat PartyThemePack



Goodie Pack for kids - PartyThemePack


Birthday Cake - Rizqcakes, Cupcakes - my sis yg buat





Main menu - SS Sajian, Sate - staff kat opis, Mini burger & pizzas - Babycakes, Roti Jala - My Mom Tiup lilin and potong kek...


Tuan Rumah..


Abang Danish ari tu asyik meragam jer.. Dia jeles org sume dok lebih ke Dania jer...


Antara tetamu yg hadir - mekasih bebanyak!!!


Tak senonoh betul besday girl ni....

Besday girl with mommy...
Part of the present...

Thank you very much to all......

March 30, 2011

Wordless Wednesday...

Posted by Azira at 4:32 PM 0 comments

March 29, 2011

Main-main Di Laman Rumah...

Posted by Azira at 4:20 PM 0 comments

Petang Ahad baru2 ni, saje jer lepaskan Danish dan Dania main2 di laman rumah... Inilah first lepaskan Dania di laman rumah sejak dah pandai berjalan ni... Bukan main seronok lagi budak2 tu... Lebih2 lagi Dania yg dah semakin tegap berjalan.. berjalan jer kejenya kesana ke sini.... Jatuh je, bangun, jatuh, bangun... Jarang dapat wat macam ni.. Weekdays, balik je dah lewat petang... Mommy dah bz dgn keje umah so tak sempat nak layan budak2 ni main kat luar... Weekend sibuk balik umah PIL... Kengkadang tu hujan pada waktu petang... Papepun... jom tengok gelagat 2 bradik ni main2....




March 25, 2011

Yang Di Order Sudah Sampai

Posted by Azira at 9:15 AM 0 comments
Alhamdulillah... sampai jugak akhirnya pijama2 yg mommy order melalui FB dari Little Q'dies... Harganya RM25 sepasang tapi kalu beli banyak ada diskaun... Dah lama order pijama ni, sebelum raya cina lagi... Baru sekarang dapat tapi baru 8 pasang yg ada, selebihnya 3 pasang lagi stok dari supplier belum sampai lagi... Pijama ni sume untuk Danish dan Dania... Tak sabar rasanya nak bagi budak 2 orang ni pakai... hehehe...





Danish punya - 4 pasang



Dania punya - 4 pasang jugak..



Ni la contoh pijamanya....

March 22, 2011

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

Posted by Azira at 9:11 AM 0 comments

Sharing is caring.. Maklumat yang baik elok dikongsi bersama.... Tak salah untuk mencuba.. Insyaallah dengan izin ALLAH swt semua yang dilakukan akan dimakbulkan... Hanya mahu menjadi IBU yang terbaik dunia dan akhirat... Insyaallah.. Aminnnnn.....




Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata Ø Membaca quran sehingga menitis air mata Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! Ø Anak Ø Ibu Ø Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah

* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik


*Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita


* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

*Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

* Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

**** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

* *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah

*Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil

* *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

**** Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.


Wallahuallam...

March 18, 2011

Yahoo.... Yang Ditungu-tunggu Dah Tiba..

Posted by Azira at 11:43 AM 2 comments
Hari ni mommy rasa happy sangat coz mende yg dok tunggu2 slama ni dah pun sampai... Dapat bungkusan ni tadi... Nak tau apa dalam bungkusan ni??


Jeng... jeng... jeng...





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"








"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"





"


Tadaaaaa.... Macaroon, cookies kegemaranku yang ku order sudah sampai... Seronoknyaaaa... Tak sabar nak makan...



Macaroons ni mommy order via online dengan CIKMIN.... Sedap tau... Lembut aje dan tak brape manis.. Sekali hadap je mau habis ni kalu tak sedar diri.. Mommy order 25 pcs perasa coklat, peanut butter, rasberry dan strawberry tapi Cikmin yg baik hati tu bagi extra 3 pcs.. Tenkiu Cikmi.. Nanti mommy order lagi yek... Sape2 yg berkenan bolehlah order dgn Cikmin ni.. Harganya RM45 untuk 25 pcs.. Ada macam2 perisa... Delivery terus ke rumah guna GDEX.. Memang tak pecah pun macaroons sampai ke tangan mommy, sedikit tak terjejas..

Jom kita layan gambar2 macaroons mommy yekkk...


Mak aiiiii.... Sekali hadap mommy dah habiskan 8 biji.... Nasib baik cepat sedar diri, kali tak mau habis 28 biji tu... Takde chance pulak orang kat rumah nak rasa... hehehe....

March 17, 2011

Pahala Seorang Wanita a.k.a Muslimah

Posted by Azira at 4:47 PM 0 comments

Terbaca kat blog yg slalu mommy follow... Menarik sangat dan rasa nak kongsi bersama semua orang especially kaum wanita supaya kita sama-sama renungkan... Tetapi tak tahu sejauhmana kesahihannya, wallahualam....



Pahala Seorang Wanita

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan habarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.



Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc.



Hadis Nabi mengenai wanita.

"Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



Nilai Seorang Wanita Solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. InsyaAllah.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik-baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik". Ibnu - Majah.

March 15, 2011

Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Diharamkan Mulai 1 Mac 2012

Posted by Azira at 10:08 AM 1 comments




  • PUTRAJAYA : Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

    “Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

    Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

    Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama


    PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.

    Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.

    Berikut adalah kesan buruk BPA:
    Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
    Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
    Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
    Masalah kegemukan atau obesiti
    Kecacatan pada bayi baru lahir
    Menambahkan risiko kematian bayi
    Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
    Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
    Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif



Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!

Nasib baik la mommy peka juga dengan perkara macam ni... Botol2 susu Danish and Dania memang mommy beli yg BPA free... Lagipun lately ni dah banyak jenama yg botol susunya bebas dari BPA seperti Avent, Tommy Tippie, Madela dsbnya... Terpulanglah pada parent masing2 untuk pilih yg terbaik untuk anak-anak mereka...


 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez