March 1, 2011

Makanan Kegemaran Hubby

Posted by Azira at 9:39 AM
Kali ni nak citer pasal makanan kegemaran hubby - roti telur.... Setiap minggu 2-3 kali mommy kena wat utk hubby... Agaknya kalu wat hari2 pun xpe.. Tak kira la, breakfast ke, dinner ke... Mommy sendiri pun dah tak boleh nak telan roti telur, dah jemu... Sini bolehlah mommy bgtau camne nak wat roti telur style hubby...



Bahan-bahan yg diperlukan:
Roti Gardenia
(brand lain pun bleh.. ikut suka ati dan selera masing2)
Telur
(ikut suka, bergantung kepada jumlah roti.. slalunya mommy amik 2 bijik ajer...)
Bawang merah - dihiris2
Marjerin untuk menggoreng


Cara2 nak buatnya:
Pecahkan telur dan kacau (wat cam telur dadar)... Masukkan bawang merah yg telah dihiris... Panaskan marjerin dalam kuali leper... Amik sekeping roti dan letakkan telur tadi di atas roti dan terus letak dalam kuali di mana yg ada telur di bawah...





Bila dah garing sket, balikkan roti tersebut...




Bila dah puas hati dengan kegaringan roti telur tu, maka angkatlah... Ulanglah untuk roti seterusnya sampailah abis telur.... Jadilah ia macam ni... sunggup sedap dimakan pabila panas2...



Pastukan hubby suka pulaklah makan dengan telur 3 suku masak ni.. Harus skali makan 4 bijik telur...

0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez