July 21, 2009

Pregnant Anak Pertama Vs. Pregnant Anak Kedua

Posted by Azira at 12:31 PM 0 comments
Terbaca dalam salah satu blog... Menarik entry nie.. Funny..




Situation 1:

Pregnant no 1:
Isteri: Yanggg I ade berita gumbira!!! I'm pregnant!!
Suami: Alhamdullilah syukurr! Can't wait to be a father!! Wohooo!

Pregnant no 2:
Isteri: Yang.... I pregnant!
Suami: Haaa biar betul? Bila masa plak kita buat? (sambil garu2 kepala)



Situation 2

Pregnant no 1
Isteri: Yang i tak sedap badan, rasa loya2 & letih je badan memanjang... (muka 20sen)
Suami:Ala ciannnye sayangg.. do u need anything? Nak abang urut tak?

Pregnant no 2
Isteri: Yang i rasa nak tido je..sorry i tak dapat kemas rumah rasa nak tido jer. :(
Suami: Laa u ni ikutkan sangat pregnant tu..sebenarnye tak de ape2. it's all on your mind!




Situation 3

Pregnant no 1
Pukul 3am
Isteri: Yang i mengidam la nak makan mangga. Terliur sangat2 niii
Suami: ala yeke ok... i try cari mangga kat 7E (walaupun tau x de mangga kat 7E)

Pregnant no 2
Pukul 3am
Isteri: Bang i teringin nak makan ice cream baskin robin laa..
Suami: Kat sini takde baskin robin, esok je la ye.



Situation 4

Pregnant no 1
Isteri: Yang jom temankan i gi jumpa Gyne.. tak sabar nak check up tengok baby!
Suami: Ok nnt i tell my boss i nak masuk lambat.

Pregnant no 2
Isteri: Yang bila nak gi check up?
Suami: I rasa i tak boleh teman u la this time around, u pegi sendiri je la. I sibuk



Situation no 5

Pregnant no 1:
Isteri: Perut i dah buncit.. Peha i besar .. do i look fat?
Suami: Noooooo! U nampak cantik and sexy with that cute bumps!


Pregnant no 2:
Isteri: Bang i rasa gemuk la... perut i boncit semacamm.
Suami: Ishh tu laa...pregnant baru 4 bulan ade ke boncit mcm ni?U makan tak jaga.



Situation no 6

Pregnant no 1
Suami: You rehat je, biar i kemaskan rumah.. jangan buat kerja berat-berat tau sayang. jaga baby kita tuu.
Isteri: Terima kasih sayang.. (terharuuu!)

Pregnant no 2
Suami: Ni apesal pinggan mangkuk tak berbasuh... baju tak sidai? U ni asyik tido je ye!
Isteri: I kan pregnant, i tak larat.
Suami: Asik2 bagi alasan pregnant je.


BETUL KE???


July 16, 2009

Hari Ni Danish 14 Mos

Posted by Azira at 8:50 AM 0 comments
Hari ni genaplah umur Danish Arjuna 14 bulan (1 tahun 2 bulan).. Semakin hari semakin bijak, semakin nakal... Tapi semakin manja.. Jalan pun dah tegap... Masih lagi suka masukkan tangan dalam mulut..Papepun, mommy and daddy tetap cayang Danish...





July 14, 2009

Amy Search Junior.. Peewiittt.. Berbaloi-baloi..

Posted by Azira at 3:39 PM 1 comments
Yeee... Tgk la gaya anak teruna den ni dengan spek hitam Pokcu nya.. Bukan main lagi macam ala2 Amy Search... Peeewiiittt... Berbaloi-baloi... Spek tu asyik nak terjatuh jer, idung Danish kepek.. tak mancung cam daddy nya...






Shopping, Shopping, Shopping....

Posted by Azira at 3:06 PM 0 comments
Lunch hour tadi, pi la merayap kat Alamanda.. Ari ni makan awal sket coz ada orang belanja lunch meal, nasi ayam.. Geng2 yg dapat APC 2008 kat opis pakat belanja kengkawan kat opis.. Siap dengan epal sebijik, air kotak n puding.. (lupa plak nak snap gambo.. tak sabo2 nak makan smpi tlupa nak snap..) Bila perut dah kenyang, mata mulalah ngantuk.. Daripada dok buat taik mata, baik la den layan mata merayap kat Alamanda.. Asalnya nak window shopping, tapikan... klu dah nama pompuan (tak taula pompuan lain..), tershopping plak kat Parkson.. Klu laki den tau ni, mampui den kena leter... Ampun...


Ni ler bukti den shopping ari ni.. Bleh tahan gak den shopping ari ni.. Apa la ada dlm beg2 ni..

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Nak wat camno klu dah berkenan.. Dah lamo dok ngidam nak beli DKNY ni.. (mcm ngidam org peknen plak.. tapikan.. mmg den peknen punnngggg... Muhahaaaa...) Yg Gucci tu den 'terbeli'.. hehehe... boleh ke?? Dok kenen2 kat adik jual perfume tu, dapatlah f.o.c. Body Lotion, Shower Gel n Sample Perfume...
Pastukan, yg bestnye shopping kat Parkson ni, klu beli brg perfume dan kosmetik, dapatlah baucer Parkson.. Ari ni den dapat baucer RM60.. Apalagi beli la mende2 ni utk Danish.. (dgn harapan hubby x ler membebel sangat... hehehe...). Ikutkan baucer tu mmg la tak cukup, kenalah tambah duit sendiri...

Sebelum balik tu, sempat plak la singgah kat Baskin Robin.. Terliur tgk aiskrim kat situ.. Last2 rembat la One Scoop Ice Cream Trilogy Flavor utk dingap sambil bawak kete.. Best tuuu...


July 13, 2009

Frame Dah Sampai..

Posted by Azira at 10:41 AM 0 comments
Sabtu lepas, frame yg ditempah dgn Mama Acih sampai... Toke frame, Fillanie yg deliver sendiri ke rumah.. Cute nyer frame2 tuu... X sabo nak gantung.. Nak kena tunggu 'boss' a.k.a. hubby free baru boleh gantung.. Bab2 menggantung frame2 kat umah ni mmg keje boss lerr.. den tukang beli ajo n set mana tompat nk gantung... Cuma tgh dok pikir kat nk gantung frame2 ni.. Mungkin kt tangga kottt... Bagi sape2 berminat nak framekan gmbr anak ke, gmbr sendiri ke, gmbr kawin ke, gmbr kucing ke... bleh lerr layan kat sini...

Moh kita layan gambo frame2 yg cute itu.. Tak lain tak bukan gambo anak teruna den ajo... 4 pcs sumenyaaa..



July 3, 2009

Parcel from Sabah

Posted by Azira at 12:16 PM 0 comments
Last Wednesday dapat parcel dari kawan baik Zura di Sabah.. Ari tu adalah tempah embroidered towels dari Zura coz Zura (Jurra) ni tokeh sulaman. Hasil kerja beliau bolehlah tgk di sini.. Sape2 berminat nak tempah boleh hubungi beliau..
Danish seronok dapat parcel dari Aunty Jurra

Apa agaknya dalam bungkusan tu yek??
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Ni dia...

Cutenya... Untuk mommy pun ada..

Ni hadiah dari Aunty Jurra untuk Danish..

Ari ni Danish dah pakai baju yg Aunty Jurra kirim.. Tengkiu Aunty Jurra..


July 2, 2009

Cuti-Cuti Malaysia @ Langkawi - Part 5

Posted by Azira at 4:00 PM 0 comments
Hari Isnin (29/06/2009), last day kami di Langkawi. Pagi tu breakfast kat hotel. Kul 11 pagi kami chechk-out and terus ke Pekan Kuah untuk shopping barang-barang seperti cokelat untuk dibawa balik. Punyalah banyak kedai barang-barang duty free kat Pekan Kuah sampaikan tak tau nak mula yg mana. Niat mommy pi Langkawi adalah untuk bercuti, shopping tak timbul pun dalam hati cuma nak beli cokelat jer tapi bila dah masuk kedai Duty Free Haji Ismail Group, mata dah jadi pinar tengok pinggan-mangkuk yg menarik perhatian dengan harga yg murah.. Aduh.. tak tahu nak beli yg mana satu, rasa macam nak beli sume.. (macam la banyak sangat duit...) Tengok Corni9ng Ware nak, tengok Vision nak, tengok Vantage pun nak... ish.. ish.. ish.. padanlah orang pompuan suka sgt pi Langkawi, rupa2nya dok shopping pinggan mangkuk.. Disebabkan masa dah terlalu suntuk, nak kejar flight kul 3.30 ptg, mommy rembat jer Thefal non-stick pan, food server and chocolates jerrr.... Dah bgtau daddy, next time nak kena datang lagi ni...

Danish dah segak untuk balik KL

Rupanya Danish minat betul dengan coklat Daim.. Dari pekan Kuan ke Airport dah brape bijik dia telan.. Ni dok tgh mengunyah coklat Daim..

Ni la barang2 yg sempat dishopping oleh mommy..

Lepas check-in kat airport, kami bergegas ke Beras Terbakar untuk lunch gerai ikan bakar. Pi kat situ lauk dah banyak yg tinggal. Gmbr pun tak sempat nak amik. Flight kami lewat 10 minit, 3.40pm kami meninggalkan Pulau Langkawi. Dalam plane Danish tido sampailah balik ke umah pun tak sedar2 lagi.. Lewat petang barulah Danish bangun.. Rasanya macam tak puas lagi bercuti kat Langkawi ni. Dah bgtau hubby, next time ada rezeki kita pi lagi ke Langkawi, banyak lagi tempat menarik kat Langkawi yg belum kami terokai..




Cuti-Cuti Malaysia @ Langkawi - Part 4

Posted by Azira at 12:01 PM 0 comments
Balik dari Kota Mahsuri mommy bawak Danish mandi-manda kat pool hotel. Pool kat hotel ni lain sket, ada bahagian kanak2 ala-ala themepark walaupun kecik aje.. Petang tu hanya kami bertiga jer kat pool tu.. Lepas lepak kat pool kami jalan2 kat jeti tepi hotel menikmati pemandangan yg indah..


View laut ketika waktu senja. Pic ni diambil dari bilik kami..


Malam tu kami decide to have dinner kat Restoran The Zest kat hotel tersebut. Rasanya malas nak keluar dari hotel. Boring gak if asyik makan thai foods.. Menu kat restoran ni adalah western dan rasanya memang sedap.. Tak rugi kami dine kat situ..

View restoran pada waktu senja

Mommy's drink - Seven Well Fizz

Daddy punya -Air Kelapa Muda yg tak muda (ahakkss..)
Ni Danish punya - Twist Roll

Mommy's Dinner - Main Course - Mignon Sizzling Beef Steak With Mushroom
Daddy's Dinner - Sizzling King Prawn (Best!!)

Our Dinner..


Cuti-Cuti Malaysia @ Langkawi - Part 3

Posted by Azira at 12:00 PM 0 comments
Hari kedua (Ahad), pagi-pagi kami bangun and terus breakfast jat Seagull kat hotel. Bersemangat Danish makan pagi tu.. Lepas bfast kami berjalan-jalan kat jeti tepi hotel.. Memang cantik view kat sini.. Rasa tak nyesal amik hotel Awana Porto Malai ni..



Kul 10.30 pagi kami keluar ke Pantai Kok untuk naik cable car.. Jauhnya dari Awana Porto Malai lebih kurang 40 minit.. Letaknya dekat dengan Air Terjun Telaga Tujuh.. Langkawi Cable Car ni terletak kat Oriental Village. Macam-macam ada kat dalam Oriental Village ni, tasik, shops, hotel pun ada.. ala-ala Bukit Merah Laketown Resort tapi kecik..



Harga sebenar tiket cable car ni RM30 seorang untuk dewasa tapi bila tunjukkan MyKad dapatlah harga RM15 seorang. kanak-kanak tak perasan la plak coz Danish free.. Pengunjung kat sini boleh tahan ramai gak tapi tak la seramai masa cuti sekolah.. Queue nak naik cable car ni takla panjang.. Danish sikitpun tidak menunjukkan rasa takut naik cable car ni malah seronok dok tengok view sekitar. Mommy plak rasa gayat semacam, lebih2 lagi bila naik jambatan gantung... Ngeri betul, kena berpaut pada lengan hubby tapi Danish relax jer.. Cable car ni ada 2 stop, satu kat tengah, boleh turun untuk tengok view Langkawi and satu stop kat puncak bukit. Kat puncak nilah terletaknya jambatan gantung yg mengerikan.. Lagi satu hal, dari jambatan gantung nak ke stesen cable car kena panjat tangga.. Tercungap-cungap mommy panjat tangga sebanyak 250 anak tangga... Letih ooooo... Dah ler pakai kasut tinggi.. Naya tu..


Kat Oriental Village ni ada Animal Park. Tapi binatang yg ada adalah rusa dan arnab jer.. Rusa-rusa ni dibiarkan bebas. Jadi pengunjung dibenarkan untuk beri rusa-rusa ni makan. Selain tu ada gak gajah dan pengunjung bleh tunggang gajah tapi mahal tiket nak tunggang gajah ni, RM50 untuk 2 dewasa dan sorang kanak2.. Hubby kata mahal and gajah pusing tak jauh pun.. Jadi, kami tak jadila nak tunggang gajah..

Dari oriental Village kami bersiar-siar Pulau Langkawi, pegi ke Air Terjun Telaga Tujuh, jalan-jalan tengok hotel termahal di Langkawai, Hotel Datai dan Idaman di Teluk Datai. Punyalah jauh terpencil tapi hotelnya cantik... Pada mulanya nak singgah ke Crocodile Farm tapi terpaksa batalkan niat coz hujan dan Danish pulak tido.. So, kami terus ke Makam Mahsuri.. Kat Kota Mahsuri ni Danish dok tido jer... Nak masuk ke Kota Mahsuri ni kena bayar RM5 untuk dewasa..


Muzium Mahsuri.. Kena gilir-gilir dengan hubby masuk coz Danish tido.. Dalam muzium ni memaparkan kisah keturnan Mahsuri dari kedua ibubapanya hinggalah ke anak-cucu-cicitnya..


Rumah Pandak Maya (Parents Mahsuri)

Telaga Mahsuri

Ada Burung Merak kat Kota Mahsuri ni...

Makam Mahsuri

Dari melawat Kota Mahsuri, perut lapar, so kami pekena laksa dan cucur udang panas kat gerai berhampiran Kota Mahsuri.. Sedap arrr sampai licin... Danish pun dah bangun.. so, susahlah nak snap gambar... Gambar ni jer yg ada...



 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez