July 1, 2009

Cuti-Cuti Malaysia @ Langkawi

Posted by Azira at 3:01 PM
Entry yg dijanjikan, weekend baru-baru ni kami tiga beranak meluangkan masa bersama-sama bercuti di Langkawi. Alaa.. bercuti dalam Malaysia jerr.. bukannya ke luar negara.. Tapikan Malaysia ni kan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati, so watpe nak buang duit pi cuti ke luar negara... cewahhh... (ni kata-kata orang yg duitnya tak brape banyak.. hehehe..). Dah la sekarang dok sibuk musim H1N1, takutnya.. Kami amik pacakage Go Holiday yg disediakan oleh AirAsia (Flight + hotel), boleh tahan murah la harganya.. 3 hari 2 malam.. Kami naik flight pada hari Sabtu, 27 Jun 2009 kul 12.00 tghari di LCCT. Ni la first time kami ke LCCT. Selama ni ke KLIA jerr.. Besar gak LCCt ni.. Punyala ramai manusia kat LCCt ni.. Dan inilah kali pertama Danish naik flight.. Masa kat Balai Berlepas Danish tido. So, masa berjalan ke plane, Danish tak sedar sampailah kt tangga plane baru Danish terjaga dan terpegun tengok aeroplane yg begitu besar yg selama ni dia hanya tengok di udara..

Ni tiket kami ke Langkawi..
Kat Departure Hall LCCT


Ni plane yg kami naik.. Tak boleh nak amik gmbr kat plane, strictly prohibited.. Takpelah.. yg penting adalah keselamatan..


Dalam plane.. Danish memang tak boleh nak dok diam.. Sekejap dia berdiri kat tingkap, sat dia main buku-buku, sat dia nak dok bawah, sat dia intai orang belakang.. Sat dia main safety belt.. macam2 laa.. Penat mommy dibuatnya.. Kami memang beli seat tapi bukanlah Hot Seat. Seat biasa aje, RM5 per seat.. Kami bernasib baik, row kami ada 1 seat yg kosong, so kami letakkanlah Danish di tengah-tengah..

Kul 1.00 tghari kami tiba di Airport Langkawi.. Kat airport, Encik Die, tuan punya kete utk disewa dah tunggu kami bersama kete Viosnya. Alhamdulillah.. kami dapat sewe kete RM60 sehari untuk 2 hari.. Dalam Viosnya penuh dengan hiasan harimau bintang.. Aummm... hehehe.. ngeri betul.. Dari airport kami terus ke Hotel Awana Porto Malai di Pantai Chenang

Kat Hotel Awana Porto Malai... Ikut package, bilik kami adalah Garden View tapi mommy upgrade bilik ke Sea View dengan bayaran RM40 semalam.. Cantik hotel Awana ni. Kat sini takde pantai tapi jeti kayu dibina sepanjang hotel ni dengan view bot-bot berlabuh.. Kata orang hotel ni tempat Tun Mahathir menyambut kepulangan Dato' Azhar Mansur dari pelayaran mengelilingi dunia.. memang cantik... Bilik kami betul-betul menghadap jeti bot berlabuh..




0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez