July 2, 2009

Cuti-Cuti Malaysia @ Langkawi - Part 5

Posted by Azira at 4:00 PM
Hari Isnin (29/06/2009), last day kami di Langkawi. Pagi tu breakfast kat hotel. Kul 11 pagi kami chechk-out and terus ke Pekan Kuah untuk shopping barang-barang seperti cokelat untuk dibawa balik. Punyalah banyak kedai barang-barang duty free kat Pekan Kuah sampaikan tak tau nak mula yg mana. Niat mommy pi Langkawi adalah untuk bercuti, shopping tak timbul pun dalam hati cuma nak beli cokelat jer tapi bila dah masuk kedai Duty Free Haji Ismail Group, mata dah jadi pinar tengok pinggan-mangkuk yg menarik perhatian dengan harga yg murah.. Aduh.. tak tahu nak beli yg mana satu, rasa macam nak beli sume.. (macam la banyak sangat duit...) Tengok Corni9ng Ware nak, tengok Vision nak, tengok Vantage pun nak... ish.. ish.. ish.. padanlah orang pompuan suka sgt pi Langkawi, rupa2nya dok shopping pinggan mangkuk.. Disebabkan masa dah terlalu suntuk, nak kejar flight kul 3.30 ptg, mommy rembat jer Thefal non-stick pan, food server and chocolates jerrr.... Dah bgtau daddy, next time nak kena datang lagi ni...

Danish dah segak untuk balik KL

Rupanya Danish minat betul dengan coklat Daim.. Dari pekan Kuan ke Airport dah brape bijik dia telan.. Ni dok tgh mengunyah coklat Daim..

Ni la barang2 yg sempat dishopping oleh mommy..

Lepas check-in kat airport, kami bergegas ke Beras Terbakar untuk lunch gerai ikan bakar. Pi kat situ lauk dah banyak yg tinggal. Gmbr pun tak sempat nak amik. Flight kami lewat 10 minit, 3.40pm kami meninggalkan Pulau Langkawi. Dalam plane Danish tido sampailah balik ke umah pun tak sedar2 lagi.. Lewat petang barulah Danish bangun.. Rasanya macam tak puas lagi bercuti kat Langkawi ni. Dah bgtau hubby, next time ada rezeki kita pi lagi ke Langkawi, banyak lagi tempat menarik kat Langkawi yg belum kami terokai..




0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez