July 2, 2009

Cuti-Cuti Malaysia @ Langkawi - Part 2

Posted by Azira at 11:59 AM
Petang Sabtu tu, lepas berehat sekejap, mandikan Danish, kamipun keluar utk berjalan-jalan. Tempat pertama yg kami tuju adalah Langkawai UnderWater World, since letaknya tak jauh dari Porto Malai. Nak masuk ke sini tiketnya agak mahal, RM28 seorang untuk dewasa. Masa dulu-dulu mommy pegi rasanya murah je.. Dah banyak perubahan berlaku dalam Waterworld ni.



Anacoonda pun ada tapi dok tido..


Kepala Danish kecik sangat nak compare ngan lubang tu.. Mommy terpaksa mengcangkung sambil pegang Danish..

Seronok Danish dapat tengok fish dekat2.. besar2 plak tuuu..

Comelkan ikan ni...

Sedar2 Danish dah terlelap tika dok syok tengok ikan.. Ngantuk sangatla tu..

Pastu kami singgah jap jamu2 mata kat The Zon Duty Free Shop yg terletak kat sebelah Underwater World. Masa ni mood shopping belum ada lagi.. Saje-saje jer la tgk2 perfume and chocolates sambil survey price.. Pefume kat Langkawi ni murah dalam 10% jer dari harga di KL.

Lepas tu kami terus ke Dataran Helang di Pekan Kuah, berhampiran Jeti Kuah.. Lebih kurang half an hour dari Pantai Chenang.. Masa Danish dok tido lagi, kat Dataran Lang pun Danish tak sedar2 lagi.. Tak syok plak Danish tido. Tak bleh nak tunjukkan Danish burung helang yg amat besar tuuu... Hubby kata, kalaulah ada burung helang sebesar tu, macamana yek??? Sure menggerunkan...


Kasut dah tinggal sebelah.. Sebelah kiri di kaki, sebelah kanan dalam handbag mommy.. Ada ka???
Dari Dataran lang, kami terus balik ke hotel tapi pusing-pusing Pulau Langkawi, lalu jalan2 kampung.. Sebelum balik hotel, singgahlah makan kat Restoran Lubuk Buaya, kat tepi hotel Aseania. Kami melantak banyak jugakla malam tu dengan ikan siakap stim, tomyam seafood, sotong goreng tepung, kerang bakar dan laicikang.. Merah ler... dahla ikannya segar.. Tak sempat nak snap gmbr foods coz Danish dah bangun and daddy gilir-gilir makan untuk jaga Danish..
Malam tu kami tak ke mana, just lepak kat bilik.. Daddy kepenatan.. So, layan tv ajelah...Danish plah dok teruja dengan telefon.. asyik nak main dengan telefon aje.. Yelah, yg penah main selama ni handphone, telefon ni tak penah tengok..



0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez