July 2, 2009

Cuti-Cuti Malaysia @ Langkawi - Part 3

Posted by Azira at 12:00 PM
Hari kedua (Ahad), pagi-pagi kami bangun and terus breakfast jat Seagull kat hotel. Bersemangat Danish makan pagi tu.. Lepas bfast kami berjalan-jalan kat jeti tepi hotel.. Memang cantik view kat sini.. Rasa tak nyesal amik hotel Awana Porto Malai ni..



Kul 10.30 pagi kami keluar ke Pantai Kok untuk naik cable car.. Jauhnya dari Awana Porto Malai lebih kurang 40 minit.. Letaknya dekat dengan Air Terjun Telaga Tujuh.. Langkawi Cable Car ni terletak kat Oriental Village. Macam-macam ada kat dalam Oriental Village ni, tasik, shops, hotel pun ada.. ala-ala Bukit Merah Laketown Resort tapi kecik..



Harga sebenar tiket cable car ni RM30 seorang untuk dewasa tapi bila tunjukkan MyKad dapatlah harga RM15 seorang. kanak-kanak tak perasan la plak coz Danish free.. Pengunjung kat sini boleh tahan ramai gak tapi tak la seramai masa cuti sekolah.. Queue nak naik cable car ni takla panjang.. Danish sikitpun tidak menunjukkan rasa takut naik cable car ni malah seronok dok tengok view sekitar. Mommy plak rasa gayat semacam, lebih2 lagi bila naik jambatan gantung... Ngeri betul, kena berpaut pada lengan hubby tapi Danish relax jer.. Cable car ni ada 2 stop, satu kat tengah, boleh turun untuk tengok view Langkawi and satu stop kat puncak bukit. Kat puncak nilah terletaknya jambatan gantung yg mengerikan.. Lagi satu hal, dari jambatan gantung nak ke stesen cable car kena panjat tangga.. Tercungap-cungap mommy panjat tangga sebanyak 250 anak tangga... Letih ooooo... Dah ler pakai kasut tinggi.. Naya tu..


Kat Oriental Village ni ada Animal Park. Tapi binatang yg ada adalah rusa dan arnab jer.. Rusa-rusa ni dibiarkan bebas. Jadi pengunjung dibenarkan untuk beri rusa-rusa ni makan. Selain tu ada gak gajah dan pengunjung bleh tunggang gajah tapi mahal tiket nak tunggang gajah ni, RM50 untuk 2 dewasa dan sorang kanak2.. Hubby kata mahal and gajah pusing tak jauh pun.. Jadi, kami tak jadila nak tunggang gajah..

Dari oriental Village kami bersiar-siar Pulau Langkawi, pegi ke Air Terjun Telaga Tujuh, jalan-jalan tengok hotel termahal di Langkawai, Hotel Datai dan Idaman di Teluk Datai. Punyalah jauh terpencil tapi hotelnya cantik... Pada mulanya nak singgah ke Crocodile Farm tapi terpaksa batalkan niat coz hujan dan Danish pulak tido.. So, kami terus ke Makam Mahsuri.. Kat Kota Mahsuri ni Danish dok tido jer... Nak masuk ke Kota Mahsuri ni kena bayar RM5 untuk dewasa..


Muzium Mahsuri.. Kena gilir-gilir dengan hubby masuk coz Danish tido.. Dalam muzium ni memaparkan kisah keturnan Mahsuri dari kedua ibubapanya hinggalah ke anak-cucu-cicitnya..


Rumah Pandak Maya (Parents Mahsuri)

Telaga Mahsuri

Ada Burung Merak kat Kota Mahsuri ni...

Makam Mahsuri

Dari melawat Kota Mahsuri, perut lapar, so kami pekena laksa dan cucur udang panas kat gerai berhampiran Kota Mahsuri.. Sedap arrr sampai licin... Danish pun dah bangun.. so, susahlah nak snap gambar... Gambar ni jer yg ada...



0 comments:

 

MOMMY DANISH & DANIA Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez